Showing posts with label Gelak Ketawa. Show all posts
Showing posts with label Gelak Ketawa. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

SMKAK Gathering & Family Day 2017 [Sentosa Villa, Perak)


The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when. (Simon Sinek) 



Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat ataupun rakan karib dalam kehidupan. saya pasti anda juga ada sahabat yang anda sayang. Dan pasti setiap kawan yang anda pilih sebagai sahabat karib mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kata orang biarlah pilih sahabat yang bisa tertawa dan menangis bersama, yang boleh berkongsi rasa dan cerita.

Saya sendiri mempunyai sahabat dan kawan baik (BFF). Pada saya sahabat dan BFF juga mempunyai definisi berbeza. Sahabat adalah meraka yang saya senang untuk barkongsi cerita, tetapi BFF lebih dekat dengan hati. 

BFF saya yang semestinya yang sentiasa di hati adalah Mr Hearthrob saya sendiri. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara yang lebih serius, kami selesa barkongsi rasa dan kata. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya 2 orang BFF lain  (Shikin & Dina.. I love u!) dan beberapa orang sahabat di kalangan rakan sekolah menengah.

Setiap tahun, seperti biasa, kami akan menganjurkan SMKAK Gugurlz Gathering & Family Day. Tahun 2017, giliran team sahabat di Utara pula in-charge. Kali ini, kami berkumpul di Sentosa Villa, Perak selama 3 harı 2 malam. Family kami ni makin lama makin besar tau. Sebahagiannya telah berumah tangga, ada juga yang telah mempunyai permata hati.. :). Memang meriah. 




Penginapan kami selama 3H2M



Second Day -- Bukit Larut.. Nice view :)



Dina... my BFF



Kami naik ni lah.. Mencabar betul!



Sape tau apa sejarah Bukit Larut?



Duta AIA.. Hehehe



Posing skit..



Santai petang di kawasan villa



Last Day -- Rekreasi di Taman Tasik Taiping



Yeah!!!



Jom Balik.. Semoga berjumpa lagi..



SAYONARA


      
Read More

Sunday, January 24, 2016

Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2015

Satu lagi entry yang dah lama 'terperam' dek kerana kekangan masa untuk edit gambar..:)
Saja berkongsi sebagai kenangan manis~


Datuk Mustafha - Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat





Barisan Kepimpinan Tertinggi Bank Rakyat






TEMA : MOVIE CHARACTER
Cer teka, apa character yang saya bawa??
Bergambar bersama Transformer~





Penampilan istimewa, Nabil dan Angah sebagai pengacara majlis. Memang meriah dan havoc habis. Tidak terlalu formal dan disusuli dengan lawak-lawak bersahaja. Cukup menghiburkan dan menghidupkan suasana majlis makan malam.




Sempat bergambar dengan Pengarah Urusan/Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Hj Abd Razak




Red Carpet Entrance. Memang Grand uolls~




Team HR!




Nabil dan Angah!!! Terbaik...



Pengerusi baru Bank Rakyat: 
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B)




Macam-macam 'character' ada malam ni..
Ni team HR lagi.. Running Man, The Hunger Games, Back to The Future
Myself? Mengenakan Dress Alice in Wonderland, yang disewa dari Butik Empire Costume KLCC. Saya ada kembar Alice seorang lagi pada malam tersebut. Tak sempat nak ajak bergambar. Hihi~

Tak lupa juga penampilan istimewa dari Hazama! Fuhhh.. suara dia memang best.. Persembahan yang bersemangat. Sedar-sedar tiga lagu dah dia persembahkan. Boleh tahan kelakar orangnya.. Sempat bergurau dan melawak di atas stage. 

Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam. Sayangnya saya tak ada rezeki cabutan bertuah. Grand Prize merupakan scooter (tak ingat jenis ape), ada hadiah-hadiah best lain antaranya iPad, Samsung Note 8, iPhone 6, voucher SOGO, dan amcam-macam voucher lagi.

Ok lah, ini sahaja sedikit sebanyak coretan Majlis Makan Malam Bank Rakyat. Dah 'basi' tapi tetap segar dalam memori~ :)









Read More

Friday, July 20, 2012

Sambutan Hari Lahir CHRO


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Encik Hisham..
Allah selamatkan kamu...




Selamat hari lahir diucapkan kepada our beloved boss.. Encik Norhisham Ahmad (Chief Human Resource Officer)..

Tanggal 19hb Julai 1963, bersamaan 27 Safar 1383 di hari Jumaat yang mulia, maka lahirnya seorang insan di bumi Melaka.. yang diberi nama yang cukup bermakna.. Norhisham yang bermaksud  'Cahaya Pemurah'..

Semoga limpahan cahaya pemurah tersebut sentiasa memayungi kami sebagai anak buah yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahanda..

Memetik kata beliau.. "Semoga kita semua ikhlas bekerja dan bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab...".. Besar pengharapan beliau dalam memimpin anak buahnya menjadi insan yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah.. InsyaAllah boss..

Nota-cinta-Anna: Hampir dua bulan Anna berada di bawah tunjuk ajar dan bimbingannya. Alhamdulillah, sekarang Anna dah mula dapat menyesuaikan diri dan memahami sifat dan sikapnya. Awal2 dulu, sengsara juga emosi den ni ha.. Tapi sekarang dah stable.. Yang penting, jangan lupa, kebergantungan kita kepada Allah secara total yang akan memusnahkan 'blok' negatif yang ada dalam diri kita.. Bertawakkan dan bermuhasabah dapat meredakan sifat mazmumah dalam diri kita. InsyaAllah..

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga amal ibadat yang dikerjakan mendapat keradhaan dan manfaat dariNya. Amin...
Read More

Monday, June 18, 2012

Padah Bertangguh!

Assalamualaikum..

Isnin = Monday Blues.. Betul ke???

Pagi tadi memang kelam kabut. Akibat bertangguh punye pasal lah.. Dah bunyi alarm, tapi tangguh lagi 10 minit... Sebab fikir baju gi kerja dah iron, so agak2 macam sempat la kan..

Actually Anna gi kerja naik Komuter dan LRT. Tapi nak ke kamuter, hubby la hantar. Biasanya jam 6.40am dah keluar rumah. Tapi pagi ni kul 6.50am baru keluar rumah. 

Sampai kat Stesen Komuter Bangi je, tren pon sampai. Berlari bagaikan pelari pecut 100 meter. Tapi nasib tak baik, tak sempat naik. Kebetulan line Touch n Go rosak. Alahaiiii.. Penat berpeluh2 berlari. Tak pasal2 je. Mujur pakai seluar. Kalau pakai baju kurung, memang kelakar..

Disebabkan frust tak sempat kejar tren, nak call hubby la mengadu.. Tapi... Oh nooooooo... handphone pulak tertinggal. Isk. isk. macam nak nanges pon ada. Cari public phone pulak takde.. camne ni..

Tengah dok berfikir tu, ada announcement pulak, yang mengatakan tren ke Rawang delay. Alamak, lambat la masuk opis ni kang.. Jam dah kul 7.15am. Cuak dah ni... Nak tak nak, terpaksa menebalkan muka pinjam telefon ofis stesen komuter. Baru dail 012-4.. tren pun sampai.. Alhamdulillah.. Lega sikit..

Dalam tren pulak punyelah ramai orang. Berdiri hampir sejam. Kebas kaki ni ha.. Tapi kegemaran yang satu ni tak dapat dielakkan.. TIDO dalam tren. kuikuikui.. Even berdiri, tido tetap tido.. ngeeee~

Sampai di KL Sentral dah jam 8.05am. Apa lagi cepat2 kejar LRT pulak. Mmg tak peduli lah kiri kanan. Jalan tak perasan orang dah. Yang penting 8.30 dah kena ada dalam opis..

Alhamdulillah, tepat jam 8.29am, berjaya punch in.. Fuhhh... Mujur sempat. Terus email kat hubby bgtau tertinggal HP. Mmg la kena gelak.. Kelam kabut pastu semua tertinggal...


# Berazam bangun awal sikit esok pagi. =)







Read More

Tuesday, May 22, 2012

Ketawa dan Kesihatan

 Hai all~~

Hari ni Anna terbaca artikel tentang KETAWA. Hmm.. menarik.. Jom kita sama2 baca dan memanfaatkannya..





***********************************
{Copy, Paste & Edited}

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. **Kadang2 teringat pun dah gelak.. Adnan Sempit mmg betul2 buatkan Anna gelak**

Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.

Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita! **Hoh? Betul ke? Jom kita baca lagi**

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. **OK la tu, boleh skip jogging.. Hahahaha**

Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.


Antara fakta lain tentang ketawa:  

Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal. 

Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah. 

Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung. 

Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori. 

Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan. 

Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk. 

Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa. 

Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.

Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.
Semoga ia membawa kebaikan kepada kita....

Pen Off~~
Read More

Monday, October 11, 2010

20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila

Hahahaha... Memang lawak la 20 perkara ni.. mmg sengalllll!!! Jom baca.. (Anna dapat dari facebook  Syazwan Aizad Abdul Mutalib)


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati.. " horee…kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2.. " Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


p/s: Agak2, U all sanggup ke nak buat? ngeeee~

Read More

Tuesday, July 06, 2010

Cara Cover Malu yang Paling Berkesan....

Berikut adalah petua yang semestinya BUKAN menjadi amalan Anna ye.. hihi.. Juz sharing.. hahaha.. Co0l~




1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.

2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.






3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?" walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.  Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!
Read More