Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, September 04, 2010

Jom Balik Kampung.. Yeay!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~~~



Alhamdulillah, syukur masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita semua beroleh maghfirahnya, InsyaAllah..~~ =)
Counting days nak balik ni. Anna akan balik kampung Ahad malam (5 Sept 2010). Tak sabar sgt rasanya nak jumpa keluarga tersayang. Mungkin sepanjang bercuti lebih kurang 10 hari nanti, Anna akan jarang online. Jadi minta jasa baik kawan2 untuk tetap menziarah rumah Anna yg tak seberapa ni. Kalau yang ada di Utara, boleh la datang rumah ye.. Hehehe.. Meh datang makan kuih MAKMUR. Nak tak?

Dikesempatan ini juga, Anna nak mintak maaf la ye. Ucapan seperti di dalam kad raya kat atas tu. Nanti U all update la ye tentang kemeriahan U all berhari raya. Boleh berkongsi pengalaman dan keseronokan. Jangan dilupa juga kepada yang tidak berkemampuan, pada yang tiada kirimkan doa banyak2..

K lah, Anna perlu sattlekan assignment dan packing barang nak balik. Bestnyee..... Jumpa U all lagi lepas raya k. Jangan nakal2 tau. Kalau main mercun pun berpada-pada. Jangan sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain. Daaa~~~

:: SEKIAN ::



Read More

Sunday, August 29, 2010

Murni Ramadhan di KTF: Kenangan Terindah

Assalamualaikum...~

Alhamdulillah, hari ni dah 19 hari umat Islam berpuasa. Kemeriahan untuk berhari raya semakin terasa apabila masing-masing sudah sibuk keluar mencari baju raya, kuih raya, perabot raya.. hhihihi.. macam2 lagi lah nak beraya.. Ketibaan Hari Raya mmg dinanti2kan. Namun, dalam sibuk kita bergembira shopping untuk raya, ingatkah kita pada yang tidak berkemampuan untuk menyambut hari raya sesempurna orang lain? Adakah kita sedar, definisi hari raya bagi setiap org adalah berbeza? Sedarkah....?

Tadi, Anna berkesempatan untuk berbuka puasa bersama golongan yang kurang berkemampuan. Mereka ini daripada empat buah kampung yang dipilih daripada Daerah Kulai. Majlis berbuka puasa ni adalah penutup bagi program MURNI RAMADHAN 6 2010. Sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan penajaan dan sumbangan bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Program MR-6 ni anjuran JKM KTF.. Alhamdulillah, ramai yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Walaupun gerak kerja yang diakukan agak ad-hoc, namun segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Majlis dimulakan jam 5.30 pm dengan acara Khatam Al-Quran. Pada jam 6.00 pm penduduk kampung tiba dengan menaiki bas UTM. Mereka berkumpul di dalam dewan sementara menunggu waktu berbuka puasa.. Setelah ucapan daripada Pengarah Program, Pengetua Kolej dan Penggawa Kampung, acara penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung pula. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur dan juga wang tunai. Setelah itu, video kekejaman Israel terhadap Palestine pula ditayangkan.. Subhanallah..!!! Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak berada dalam keadaan seperti di sana. Sayu sangat hati tengok kekejaman dan kejahatan mereka! Video selama 30 minit tersebut tidak sempat dipertontonkan sehingga tamat memandangkan azan bakal berkumandang...


************************************************************


Alhamdulillah... kenyang.. Menu utama Nasi Beriyani dengan ayam masak merah, daging kurma, dalca dan acar nenas. Menu tambahan, kuih muih dan jejemput bilis. Tidak tergambar kegembiraan dan kesyukuran di wajah orang-orang kampung dapat berbuka bersama kami. Setelah menjamu selera, bersolat berjemaah di Dewan Sri Alam, KTF. Mereka berangkat pulang jam 9.00 pm.

Sedikit gambar sebagai pelengkap story.. hehhehe...


A: Macam biasa, nak bergambar sebelum makan. Masa ni baru jam 6.30 pm
B: Selepas makan. Bergambar dengan kekenyangan
C: Takde motif pun gambar ni. Saje2..
D: Bergambar kenangan bersama Pemb. Felo dan adik JKM
E: Bee dan Ranjeni, antara org kuat majlis ni. Baru makan lepas semua selesai. Semangat 1 Malaysia!

****************************************************

Tiba-tiba terkenang pertama kali MURNI RAMADHAN ni di adakan di KTF. Pengasasnya adalah Saudari Masayu binti Shafie. Miss u lot sis. Tanpa kak ayu, mungkin KTF takde acara tahunan Ramadhan seperti ini. Walaupun pengurusan dan perjalanan program agak berbeza dengan yang asal, namun matlamat dan objektif tetap sama. 

Murni Ramadhan 1, kak ayu organize bersama kawan2nya, Murni Ramadhan-2 lah kak ayu membawanya ke dalam KTF. Masa tu Anna 1st year dan kak ayu JKM. Mmg best. Demi mencari sumbangan yang banyak, kami design kad raya, cetak dan jual sendiri. Lepas terawih gi ke kolej2 lain untuk jual. Waktu ofis hour kami kutip sumbangan di kalangan student dan lecturer. Waktu petang kami kutip di kalangan student KTF. Selain tu, kami juga mengumpul pakaian daripada pelajar dan pensyarah untuk diberikan kepada golongan susah tersebut. Sumbangan yg kami dapat juga digunakan untuk menampung keperluan kami berbuka di rumah mereka. Masa ni lah digunakan sebaiknya untuk menginsafkan diri kita. Kalau U all nak tau ceritanya boleh BACA SINI..

MR-3, Anna and team lak organize memandangkan kak ayu dah grad. Masa ni Anna JKM KTF.. Pengalaman semua tu masih tersimpan kemas dalam memori ni. Sangat mahal dan penuh bermakna~~~ Semoga MURNI RAMADHAN ni terus diadakan setiap tahun di KTF..


Gambar Kenangan MURNI RAMADHAN 2..

Adik2 comel tu dari Kampung Pok dan Kampung Tiram Duku, Gelang Patah



Antara sumbangan yang terkumpul untuk diagihkan



" KETAHUILAH bahawa pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak akan berkembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan), dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, mereka yang melakukannya peroleh pahalaberganda-ganda."

Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat mengundang limpahan berkat~~~



Read More

Wednesday, August 18, 2010

Tip Menolak Permusuhan

Assalamualaikum.... dan salam SATU MALAYSIA.. :)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-8 umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Ada yang terasa lambat masa bergerak, ada yang rasa cepatnya dah lebih seminggu dah berpuasa... U all rasa camne? Bagi Anna macam cepat je kan, sedar2 dah tinggal lagi 3 minggu nak beraya. Semangat nak beraya dah berkobar2. Sebabnya BAJU RAYA dah ada, KUIH RAYA dah tempah, TIKET BALIK KAMPUNG dah beli.. Lalalalala~



Dalam kesibukan kita seharian, tak terlepas daripada berlaku perselisihan faham dan tidak sependapat. Samaada sesama rakan sebaya, majikan, keluarga mahupun jiran tetangga. Perasaan tidak puas hati ni jika dibiarkan akan menjadi nanah di dalam diri kita. Ye lah, mula2 sikit je, tapi kalau dah setiap hari ade je yg tak kena, lama2 bersarang dalam hati kita kan? Dalam istilah kaunseling 'UNFINISHED BUSINESS'. Maksudnya perkara yang terpendam (yg tak elok) terus dibiarkan tersimpan kat lubuk hati tanpa diselesaikan atau diluahkan. Lama2 akan menjejaskan emosi, perasaan dan tindakan seseorang itu.... Lepas tu mula la anggap kawan baik dah jadi musuh, jiran belakang rumah jadi musuh ketat, majikan jadi orang yg paling kita menyampah. Huhuhu... Ish... ishh.. Ishhh.. tak baik tau camtu..

So, hari ni Anna nak  berkongsi sedikit info tentang TIP MENOLAK PERMUSUHAN.. InsyaAllah, kalau kita selalu ingat dan amalkan, kita tidak akan mencipta MUSUH. Bak kata pepatah, kawan biar seribu, musuh pula jangan dicari. Betul tak? OK, tipsnya.... ;

1. Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama 'musuh' kita tu.
4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
5. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsir dan sebagainya....~




Camne? Agak2, mampu tak kita nak aplikasi tips tu semua... InsyaAllah, kalau kita betul2 nak, boleh.. Anna pernah terbaca satu buku bertajuk Law of Attraction, penulis Micheal ape ntah. Lupe.. hehe.. Memetik kata2 beliau, "apa yang kita fikirkan akan menghasilkan getaran dan isyarat yang menarik perkara tersebut.. Jadi jika kita berfikir positif, kita akan sentiasa berada di dalam getaran yang positif... Begitu juga sebaliknya.."

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib... (Surah Fussilat: 34).

Wallahu 'alam...
Read More

Wednesday, August 04, 2010

KISAH DAN NOSTALGIA RAMADHAN..

SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM, TERINGAT PULAK KISAH MASA RAMADHAN DULU...

Kisah Ramadhan ni dah agak lama berlalu, namun masih kukuh terpahat dalam memori. Pengalaman yang sangat berbeza dirasakan kerana ianya sesuatu yang baru dalam diri Anna pada ketika itu. Menyingkap semula pengalaman berpuasa bersama teman-teman seperjuangan di UTM Skudai. Masa ni tahun 2006. Wahh.. dah hampir 4 tahun kan? Tarikh mmg tak ingat lah. :) 

Anna dengan teman-teman rapat Anna menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira. Pengalaman pergi ke bazar Ramadhan yang terletak di Fakulti Alam Bina (FAB) mmg tak boleh lupa. Kami mesti pergi lewat. Masa ni mmg boleh beli dengan aman sebab orang dah beransur balik. Memandangkan kami dari KTF je, yg jaraknya cuma beberapa meter, jadi tak da masalah untuk lewat ke bazar. Yang bestnya, time ni la ramai yang akan bersedekah. Air tiga plastik dengan harga RM1.00, kuih muih penuh polistrin dengan harga RM2.00. Hehehe.. Kami pun nakal juga, ambil kesempatan, dah tau akan ada harga runtuh, mmg suka la gi lewat. Hehehe.. Tapi bukan selalu~

Kadang-kadang, ada juga kami berbuka di masjid. Untuk turut merasai bagaimana berbuka puasa dengan hidangan yang sama. Apa yang menariknya, makanan dihidangkan di dalam DULANG. Nasi+lauk+kurma+buah2an semua dihidangkan di dalam satu dulang yang besar yang berkapasiti 4-5 orang makan. Lauk2 pun sedap. 1st time makan, ada juga terfikir, cukup ke? Tapi, when it comes to 'berkat', mmg cukup kenyang. Alhamdulillah~ Pas makan, bergegas naik atas kat ruangan solat untuk berjemaah Maghrib sekaligus tunggu untuk berjemaahIsyak dan Tarawikh. Masa ni terasa sayu sangat kerana Allah memberi peluang untuk turut merasai Ramadhan lagi. 

**********************************************************

Sepanjang bulan Ramadhan, Anna tak merasakan puasa membataskan aktiviti harian Anna. Maksudnya tidak perlu fikirkan penat, letih, malas. Tapi, dengan berpuasalah sebenarnya mengajar kita erti berjuang. Ye la, berjuang menahan kepingin nak air kotak coklat Dutch Lady sejuk.. Mana ntah classmate Chinese beli. Sejuk lak tu.. Haih...! Sabar.. sabar.. 

Masa puasa ni juga lah teringin nak makan makanan yang jarang dijumpai. Jarang ke? Contoh, bubur lambuk dan taufu fah. Memang menjadi faveret time Ramadhan.

************************************************************

Hujung minggu lak, Anna akan join program MURNI RAMADHAN. Masa ni mmg volunteer untuk jadi secretariat. Aktiviti tiga minggu (setiap sabtu ahad) ni merangkumi berbuka puasa di rumah orang yang kurang berkemampuan. Ya Allah! Bersyukurnya Anna di lahirkan dalam keluarga yang mampu walaupun tidaklah berada. Sebak sejenak sewaktu berbuka di samping keluarga ibu tunggal yang hanya makan makanan yang diberi jiran. Dengan ketiadaan elektrik dan sumber air bersih. Anak2 hanya makan sedikit makanan yang kami bawa kerana katanya untuk disimpan bersahur kelak! MasyaAllah, mereka masih kecil, tapi tahu erti kesusahan dan menghargai rezeki. Teringat pesanan ayah Anna, ambillah makanan dengan kadar perlu supaya tidak membazir. Mmg dari kecil Anna diajar untuk habiskan juga makanan.

Kami berbuka puasa dalam kegelapan hanya diterangi cahaya dari sebatang lilin. Sebelum berbuka, sempatlah kami berbual dengan anak2 ini. Mereka walaupun masih kecil, tapi sangat betah berpuasa kerana setiap hari adalah seperti berpuasa bagi mereka.. Nah! Berbeza dengan kita, kalau makan nak bermewah-mewah, sedap-sedap, sampai kita terlupa kepada golongan yang tidak berkemampuan. 

Setelah berbuka, kami menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Hati sekali lagi tersentuh sebab air dalam takungan kolah tu adalah air yang kurang bersih. Berbau dan berkeladak. Kami difahamkan air ni di ambil di tempat tadahan hujan di belakang rumah. Sob.. sob.. sob.. Sedih sgt~ Bayangkan dengan air ni juga mereka mandi, minum dan berwudhuk! :(

Kami bersolat di masjid berdekatan setelah siap mengemas makanan dan dapur. Setelah bersolat, kami yang terdiri daripada beberapa kumpulan (adalah dalam 20 org sebab satu rumah 3-4 org pelajar) berkumpul untuk balik ke UTM. Perjalanan pulang dirasakan sangat sayu. Sepanjang perjalanan dari Gelang Patah ke Skudai ditemani cerita2 sedih daripada pengalaman berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Sangat menginsafkan. Anna hanya bercerita tentang satu family ni sahaja. Lagi dua family (minggu yg seterusnya) biarlah tersimpan dalam memori. 

Dalam pada kita mengatakan seronok menyambut Ramadhan, ingatkah kita pada 'mereka'? Dalam keghairahan kita membeli juadah berbuka, terlintaskah difikiran juadah yang mereka ada untuk berbuka? Bagaimana dengan keinginan mereka untuk sama-sama berjemaah terawikh? Sedangkan kita kadang2 bertarawikh sebab mengharapkan moreh selepas usai bersolat... Seronok kah kita menghadapi Ramadhan? Dapatkah kehadiran Ramadhan kali ni mendidik diri kita supaya lebih bersederhana?

Kisah dan nostalgia ini hanya untuk perkongsian. Kalau ada yang kurang senang dengan penulisan Anna ni harap maaf. InsyaAllah, sama2 kita perbaiki yang lemah. Semoga sama2 mendapat manfaat daripadanya. 


Teringat individu2 yg terlibat dalam MURNI RAMADHAN-2 ni.. Antaranya Silmiah, Kak Ayu, Kak Aishah, Kak Farah Alwani, Kak Farah Aziz, Kak Ai dan ramai lagi la...






Current mode: Sedih sebab kenangan berbuka puasa tu bagaikan ditonton kembali~

Read More