Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Saturday, June 30, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

“Salam lebaran dengan penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita dan juga  terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma… Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Mohon halalkan segala jua pemberian seperti makan dan minum.. Moga Aidilfitri pada kali ini membawa lebih erti buat kita semua… Akhir kalam SELAMAT  AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN”




Alhamdulillah, tahun ni kami masih diberi kesempatan untuk meraikan hari kemenangan bersama keluarga tersayang. Tahun 2018 giliran berhari raya bersama keluarga di Penang pada hari raya pertama. Tema tahun ini adalah warna PURPLE. 

Busana kami pada hari raya pertama adalah daripada Butik Primavalet. Seminggu sebelum pulang ke kampung, baru ada kesempatan untuk shopping raya. Plan asalnya kami decide untuk mengenakan warna Hijau. Tetapi setelah berbincang dengan family, kami sebulat suara memutuskan untuk guna tema Ungu. Yeah! 

Tahun ni semangat berhari raya lain macam. Actually dah dua tahun kebelakang, kami recycle je baju raya. Bukan masalah tak sempat beli, tetapi tak ada 'semangat'. Berlainan pula cerita pada tahun ni, segala persiapan raya ada dalam list. Baik Biskut Raya, Baju Raya, Sampul Angpow Raya dan lain-lain.

Raya Kedua..

Awal pagi saya dan Mr Hearthrob ke Alor Setar. Target, nak berhari raya ke rumah BFF saya, Puan Rusydina. 


Saya mengenakan busana dari Butik People, manakala MH menggayakan Busana dari Primavalet. 


BBQ di rumah Adik


Raya Ketiga..

Memulakan perjalanan dari Penang ke Kuala Lipis, melalui Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuma berlaku kesesakan sedikit di Tanah Rata sebab ramai berhenti minum teh dan membeli sayur-sayuran.


Singgah minum teh di Bharat Tea


Raya Keempat..


Beraya di rumah sanak saudara di Kuala Lipis. Saya mengenakan busana warna hijau dari KWC, MH pula masih mengekalkan busana dari Primavalet. Serasi betul dengan PV ye..

Jika jiwa sebening air, jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raihkan kemenangan ini dengan 
saling bermaafan sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


SHRMZB







Read More

Tuesday, April 24, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilafku memberi lara,
Mohon maaf zahir dan batin..

Tahun 2017, saya tak perlu apply Cuti Raya. Tidak perlu lagi mengatur jadual dengan rakan sekerja untuk siapa bercuti dahulu, siapa kemudian. Alhamdulillah, aturan Allah dan perancanganNya adalah yang paling baik. 

Tahun ini #teamrayarumahmertua.. So raya pertama di rumah mertua, dan spend selama beberapa harı di Kuala Lipis sebelum sambung beraya di Pulau Pinang pula.


Tema tahún 2017 : Putih dan Biru


Tengah tunggu semua balik dari Masjid untuk sesi bersalaman dan penyerahan duit raya


Team B: Family Hafzan, Family Zariri, Family Faizal, Wafiy dan Hadizuddin


Bersama ibunda mertua tersayang :)


Beraya di rumah Taiko! Our client


Ni family saya. Amran tiada dalam gambar


Tema jubah tahun ni katanye


Ni jamuan raya AIA Capsquare. Nyummy~


S.M.I.L.E


Read More

Saturday, October 09, 2010

Open House || Penutup Syawal

Assalamualaikum..

Salam 1 Zulkaedah. :)

Nampaknya mata masih segar. Tadi on the way balik dari open house dah ngantuk. Tapi dah cuci muka, segar pulak. Heheh.. Jadinya, gunakanlah kesempatan ni nak update blog. 

Syawal dah berlalu, masuk Zulkaedah pulak. Sekejap je masa berlalu.. Masa pantas, tapi progress tesis? Hmm.. Al-fenin.. Ape2 pun, undangan open house tetap dipenuhi.


071010: Kangkar Pulai
Tuan Rumah: Dayah (Mantan Pengerusi JKM KTF)




081010 : Pulai
Tuan Rumah: Puan Daliza (Mantan Pembantu Felo KTF)



Read More

Monday, October 04, 2010

Lebaran 1 Malaysia || Jamuan Hari Raya KTF 2010

Assalamualaikum..

Seems, dah lama Anna tak menjenguk blog kan? Sibuk dengan aktiviti kolej dan urusan study sampai tak sempat nak buka blog. Apatah lagi nak BW. Thanks for U all yg tak jemu2 menziarah Anna even Anna tak sempat jenguk U all. Cayang U all tau~~

Update aktiviti: Majlis/ Jamuan

Lebaran 1 Malaysia,
Dewan Sri Berlian, KTF UTM
2 Oktober 2010 (8.30pm)

Apa yang menarik untuk dikongsi...~~

1. Semua juadah disediakan sendiri oleh warga kolej. Aktiviti REWANG telah diadakan bermula 1 Oktober, jam 9.00mlm. Selain dapat menjimatkan kos, aktiviti ni dapat merapatkan silaturahim.
2. Daripada tak pandai masak, dh pandai masak. Ngeeeee~~~
3. Penat tapi puas hati. Pecah rekod sendiri tak tido lebih dari 24 jam. Bermula dari kul 10am (1st Oct) until 12.30 pm (2nd Oct). Mata dah jadi mata panda, badan dah tenat sgt.
4. Anna jadi penasihat protokol. Ada kecacatan sedikit. Maaf ye sebab terlepas pandang.
5. Pertama kali Anna berada di pasar pagi selama 3 jam++. Membeli barang keperluan untuk memasak. Lagi kesian kat Kak Jue sebab walaupun penat+letih+ngantuk, sanggup drive jugak..
6. Setelah juadah terhidang, rasa bangga jugak kan. Dah macam caterer dah kitorang ni. Sapa2 nak order untuk jamuan, bolehlah berbuat demikian,,, Hehehe..
7. Selepas jamuan tamat, bergotong-royong mengemas dewan dan mencuci segala peralatan yang dah digunakan. Sakit pinggang basuh periuk besar. Bukan satu, tapi empat. Huhu..
8. Balik ke bilik dah 2 am (3 Oct). Kepala dah ting tong.
9. Anna demam.. Uwaaaa... Sakit bangat kepala ni. Macam ada ketul batu! Berat.
10. Dah rehat sepanjang hari, makan ubat, alhamdulillah.. dah OK. Pastu bersemangat upload gambar2 dalam FB untuk tatapan adik2 JKM dan AJK yang sangat rajin bagi menjayakan majlis.
11. Dah terlebih rajin, edit2 gambar pulak untuk update blog tersayang ni. Jom usya gambar lak.. =)



Hiasan dewan bertemakan 1 Malaysia: Ada ketupat gergasi, tanglung gergasi dan 'kolam' gergasi. Juadah: Mee kari, Bihun sup, Nasi Impit dan kuah kacang, Lodeh, Nasi Goreng Cina, Roti Jala, Agar-agar dan buah Tembikai.


a: 1 Malaysia (Jjing, Anna, Ranjeni)
b: With my fren, Hana from Somalia
c: Ni lah Pengarah Program, Cik Nabilah Najib
d: Bersama Mantan Pengatua KTF, Dr Mohad Anizu
e: Bersama Pengetua Baru KTF, Puan Marzilah A.Aziz


K.A.M.I : Pengetua KTF, Mantan Pengetua KTF, Pembantu Felo KTF, JKM KTF, dan semua AJK yang terlibat.



Acara makan-makan sempena Hari Raya dah tamat. Next program: SAHABAT iaitu sambutan birthday warga KTF. Aik.. makan lagi. Heheheh~~


Read More

Tuesday, September 28, 2010

Jamuan Hari Raya IPF UTM

Assalamualaikum.

Malam semalam jamuan + makan-makan lagi. Wuhuuuu.. Raya kan sebulan, so tak henti2 ada jamuan dan open house. Semalam (27 Sept 2010), Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM mengadakan Jamuan Hari Raya untuk ahli-ahlinya yang mana terdiri daripada Pengetua-pengetua Kolej, Felo-felo dan Pembantu Felo Kolej Kediaman. 

Tentatif asalnya menjemput Dato' TNC HEMA, tapi memandangkan beliau mempunyai komitmen lain, tidak dapat memenuhi jemputan IPF. Sebelum menjamu selera, majlis dimulakan dengan MARHABAN dan SELAWAT NABI. Setelah itu, baru la... MAKAN!!! Heheheh :)

Hidangan utama set nasi tomato. Tapi setiap kolej diminta membawa pot luck masing2. Ada laksa Johor, mee rebus, sate, lemang dan rendang, ketupat nasi dan kuah kacang, air mata kucing panas, buaha2an minuman. Mmg kekenyangan. Alhamdulillah~~

Ni gambar jelitawan KTF yang setia menanti makanan. Hohoho..

KTF Best!! Gambar atas: Ayu
Gambar Bawah: Kak Sophia, Sa'a, Anna, Kak Jue




Anna-cakap: Ada lagi Jamuan 2 October ni, pastu open house 3 October... Sila jauhi diri dari penimbang buat masa ni. Hahaha~~
Read More

Friday, September 24, 2010

Jamuan Hari Raya Staf KTF

Assalamualaikum pembuka bicara....~~

Alhamdulillah, kenyang lagi malam ni dengan JAMUAN + MAKAN-MAKAN! Mau menangis tengok alat penimbang yang semakin hari semakin segak bergaya menambah angka.. Huhuhu..

Actually tadi Anna attend JAMUAN HARI RAYA STAF KTF, yang mana dihadiri oleh staf-staf serta family masing2. Staf2 ni termasuklah pengetua kolej, staf2 pentadbiran, staf2 sokongan, felo, pembantu felo dan juga staf yang bekerja di KTF. Mmg meriah + best!

Menu merupakan pot lock. Takde hidangan utama sebab semua dah dikategori sebagai hidangan utama.  Antara hidangan yg ada Nasi Beriyani, Laksa Penang, Satay, Bihun Goreng, Mee Goreng, Lontong, Mee Kari dan macam2 lagi la.... Punye la banyak makanan. Sampaikan boleh tapau lagi.

Hmmm.. Tak tau dah nak cite ape. Tgk gambar la kalau nak tau kemeriahannya..~~
















Anna-cakap: Syukur dengan rezeki yg Allah kurniakan~~


Read More

Wednesday, September 22, 2010

Resipi Dodol Pak Ngah || Meletop!

Assalamuaikum w.b.t..

Hari ni Anna nak kongsi resipi DODOL PAK NGAH yang meletop (my father la, sebab beliau anak ke-2, so pangkat pak ngah). Actually dodol ni resipi turun temurun dan warisan daripada zaman moyang. Dah turun ke nenek, sekarang ayah pula mengusahakannya. So, dari kecik la Anna tidak akan terlepas daripada makan dodol setiap tahun. Tapi DODOL PAK NGAH ni seasonal tau. Hanya ada masa musim perayaan: Aidilfitri dan Aidiladha. 


Ayah ada cakap, dulu sekotak tepung dah cukup. Lepas tu, 2 kotak, tapi tahun lepas, up lagi jadi 3 kotak. Wow.. Sambutan menggalakkan. Walaupun perusahaan secara sendiri dan sambilan, tapi dah sampai ke seluruh malaysia tau dodol ni. Asalnya tahun ni ayah cakap tak nak buat, disebabkan masalah kesihatan, tapi lastly tak sampai hati sebab regular customer frust kalau tak dapat. SO, nak tak nak, buat la jugak. Tapi dalam kuantiti yg sedikit cuma. Sebab tu la Raya Ke-6 kami adik beradik kacau dodol lagi untuk buat makan2 dan bagi jiran2 dan kawan2. Atas tunjuk ajar ayah, alhamdulillah.... Hasilnya, success! U all nak tengok step-by-step tak? Masa yang diambil lebih kurang 5-6 jam. Sebab tu la kualiti dodol ni ada umpphh. Boleh tahan sampai 3 minggu tak berkulat, sentiasa lembut dan liat (tak jadi keras), rasa yang tak berubah. Hehehe.. Promote nampak.. Laaaalaalalaaa~~

OK, ni antara pic yg Anna snap. Maaf kalau kualiti tak berapa bagus.


Bahan-bahan Utama:




a: gula merah
b: santan
c: tepung pulut (perlu dibancuh terlebih dahulu)




Antara step pembuatan DODOL:


1: air gula merah dipanaskan dahulu
2: masukkan tepung pulut yang dah dibancuh dan ditapis tadi
3: dah panas, masukkan santan
4: control api (tu la ketua chef, yg dok berdiri tu adek anak no-2)




5: dah mula pekat
6: masa ni aroma yang wangi dah mula tersebar. huhu..
7: kaler dah berubah. makin susah nak kacau!
8: ayah cakap masa ni tinggal lagi dua jam nak masak. Ada beberapa tips yg diberikan supaya tau bagaimana rupa dodol yg dah masak.




9: dah tak sabar punye pasal, time ni pun dah ambik sikit. nyummy.. sedap. U all pernah makan dodol yg belum masak??? Jangan jeles ye. Rasanya lain sikit. Lemak manis berkrim gitu.
10: Dah masak akhirnya. (3.30pm - 8.40pm). Penat kacau bersilih ganti. Fuhh~~
11: Ready to serve. Panas2 lagi.. Sedap!
12: Duta Produk... Hehehe... Adek Anna yg 1st. Hafiz.



Itu lah sedikit sebanyak kenangan raya tahun ni. Kepada rakan2, kalau nak rasa DODOL PAK NGAH, silalah datang bertandang di rumah time raya ye. Datang waktu lain tak ado k.. Kalau nak tempah untuk juadah pagi raya, sila tempah sebulan awal. Kalau lambat melepassss.. Kuikuikui. Tapi kalau nak untuk special occasion or event boleh je, cuma kena tgk kesesuaian waktu la. Maklumlah, ayah kan bekerja. Atau kalau nak resipi boleh contact Anna atau adek Anna tu.. Adios!



Anna-cakap: Rugi kalau resipi tradisional dilupakan. Jangan sampai suatu hari nanti, generasi akan datang tak tau dan tak kenal DODOL.

Read More

Wednesday, September 15, 2010

Reunion Alumni SMKAK @ DGCC

Assalamualaikum...

Entri ni sepatutnya dah di publish dua hari lepas (12 Sept 2010).. tapi tak sempat. Anna juz nak share dengan U all kemeriahan Majlis Reunion Alumni SMKAK 1998-2002 (F1- 1998/F2-1999/F3-2000/F4-2001/F5-2002).  

Lokasi reunion: Dewan Damai, Darulaman Suites, Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah. Kalau U all nak try dinner kat sana boleh la try search kat internet. Tempat tu nice. Kalau nak tengok lokasi boleh klik sini. Setiap dinner sure ada tema kan? So reunion kali ni temanya adalah ~eh...8 tahun dah!.

DGCC Hall


Semua yang hadir malam tu segak bergaya dan ayu belaka apabila mengenakan baju melayu dan baju raya. Memang meriah dengan warna-warni Aidilfitri.

Tentatif Majlis:


745 – 815 pm : arrivals & registration
815 pm : welcoming remarks by MC
: opening doa
: opening remarks by PM
830 pm : slideshows, enjoy dinner
900 pm : lucky draw 1
905 pm : board committee voting
920 pm : lucky draw 2
925 pm : special slideshow for arwah Mohd Nadmin, hadiah Al-Fatihah
940 pm : lucky draw 3
945 pm : speech from class representative
1015 pm : continue with award for “paling segak & paling kacak"
1030 pm : open to floor for any comments
1045 pm : photoshoot session


Menu simple je: BBQ. Bak kata penganjur, makan sampai buncit. Hehhe.. Memang kenyang sangat pun. Sebanarnya makan jatuh number dua. Tujuan utama nak jumpa dengan kawan2. Kebanyakan lepas SPM mmg dah tak pernah jumpa. Masing2 bawa haluan dan perjalanan hidup. Ada yang masih study, ada yg dah berkerja, ada yang dah berkahwin dan tak kurang juga masih ramai yang single. Ngeh3~~ Macam2 cerita kami kongsikan malam tu. Sampaikan tak sedar masa begitu mencemburui kami. So, jom layan antara gambar2 yg sempat Anna upload je la ye. Nak tengok banyak boleh tengok kat fb. Beratus gambar dari photographer. Hehehehe.. :)


Gurls yang hadir


Guys yang hadir



5 Fathonah; class of 2002 (tak semua hadir)



Sembang apa la kan... hehhee~~



Bergambar setelah kenyang~~ fuhh..


Rasanya cukup dulu la gambar2 ni.. Alhamdulillah, committee untuk reunion pun dah dilantik. Harap2nya next reunion Anna dapat join lagi lah. Support kawan2.. :) Semoga berjumpa lagi. Daaaa~~~


Read More

Tuesday, September 14, 2010

Raya Ketiga : Arau, Perlis

Jom Beraya~~~

Raya ketiga, kami sekeluarga ke Arau, Perlis. Menziarah sepupu mak. Wahhhh.. Beraya sakan la tahun ni. Yang susah hatinya, makan banyak, gain weight!! Huhuhu.. Camno ni. Agak2 kalau aktifkan Blogwalking pasni boley kurus tak? hehe. Dah beberapa hari tak sempat BW. Sorry ye  kawan2. Anna balik UTM 16 Sept. Dah sampai sana boleh la mulakan aktiviti BW dengan konsisten. Fuhhh..~~


Berborak panjang


Pakcik Amir. Bekas lecturer UiTM Arau. 




Malam ni akan ke Darulaman Golf & Country Resort, Jitra untuk attend REUNION ALUMNI SMKAK.. ^_^



Read More