Showing posts with label Padinno. Show all posts
Showing posts with label Padinno. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Raya : Dulu dan Sekarang

Sambil minum kopi di PADINNO KOPITIAM, terkenang pula nostalgia raya masa zaman kanak2 Anna dan sekarang. Banyak perbezaan RAYA dulu dan sekarang. Antara yang berbeza dari segi persiapan raya, kuih muih, malam tujuh likur dan sambutan hari raya itu sendiri.

PERSIAPAN RAYA

U all tentu ingat trend gantung kad raya kat wall rumah U all kan? Tak kisah la jenis katun ke, corak2 ke, bunga2 ke.. Sure ada. Yg lagi best kad raya tu adalah pemberian daripada kawan2 (bukan beli sendiri tau). Anna ingat lagi dulu masa zaman sekolah, Anna dengan adik Anna yg nombor.2 tu mesti banding2kan kad raya siapa yang banyak. Bangga tu kalau dapat kad banyak dan cantik2 plus besar punye.. Lalalalaaa~ 


Tapi sekarang takde dah kot camtu. Sekarang dah guna kad raya elektronik. Tak kira la melalui e-mail ke, fb ke, friendster atau sms. Yang penting ucapan tanda ingatan tu. Nilai sentimental pada kad raya mungkin berbeza dengan elektronik, tapi zaman sekarang orang pun faham, nak pos kad raya costing. Sekeping dah kena charge RM0.50 untuk setem. Mungkin untuk yg tersayang je la ada budget. *Tiba2 teringat, kad raya untuk bonda dan ayahanda belum beli*


Persiapan lain pula antaranya memasang langsir, sarung kusyen dan alas meja. Kalau dulu, malam raya baru nak kelam kabut buat itu ini, dengan nak gosok baju, ketupan kat luar tengah rebus.. Wahh.. rindunya saat tu. Sekarang, arwah tok ayah dah takde, tinggal tok je kat kampung yg tak berapa sihat. Jadinya anak2 menantu dia la yg bawak balik serba sedikit untuk juadah di hari raya.


Malam hari raya juga dah dengar takbir hari raya berkumandang dari masjid. Rasa sangat berbesar hati. Kanak2 turut tak ketinggalan untuk bertakbir bermula daripada saat berbuka puasa hinggalah tengah malam. Sangat meriah~

Tapi kini, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, suara kanak2 dan anak muda bertakbir di masjid tidak lagi kedengaran meriah macam dahulu. Nape ye? *berfikir sejenak*


KUIH MUIH


Dari segi kuih muih lak, kalau raya dulu kuih wajib ada biskut makmur, kuih bakar, kuih loyang, kuih kapit, samperit, putu kacang dan hidangan traditional lain seperti dodol dan halua maskat. U all tau ke dan kenal tak nama2 kuih tu?

Sekarang pula, hidangan kuih muih dah mengalami transformasi. Ada Almond London, Blueberry Tart, Oat Chocolate Cookies, dan macam2 lagi la. Anna sampai sekarang kalau raya masih mencari2 kiuh lama. hehehe.. Faveret Anna of course la kuih makmur yang gebu dan manis. Hiks~


MALAM TUJUH LIKUR

Malam yang warna warni dengan cahaya lampu menandakan hari kemenangan bakal tiba. Best sangat. Masa kat kampung tok ingat lagi, bapa sedara akan turut sama tolong buatkan pelita buluh dan pelita daripada tin susu.. Kreatif kan? Yang pastinya malam tujuh likur ni pun ada pertandingan rumah cantik tau. Rumah tok Anna pernah menang. Masa tu Anna dalam darjah empat. Main mercun tak payah cite la. Baik yang muda mahupun yang tua, semua enjoy..

Tapi, sekarang nape cam sepi je. Yang ada budak2 main mercun. Yang ibu2 bapak2 ni lebih senang berada di dalam rumah. Mungkin sibuk menguruskan hal2 lain kan..


SAMBUTAN HARI RAYA

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, maka tibanya hari raya. Hari kemenangan untuk umat Islam yang berjaya menjalani ibadah dengan penuh kesabaran. Dulu, biasanya pagi raya akan ada takbir rumah ke rumah. Setiap rumah automatik akan jadi open house lah.. Terasa sangat kemeriahan tu. Biasanya lepas solat hari raya dan ziarah kubur. Masa kanak2 apa lagi, DUIT RAYA!!! Hehehe..

Sekarang, takbir rumah ke rumah tu dah takde la.. Malas nak cakap sebab ape. Huhuhu. Tapi amalan kunjung-mengunjung tetap diteruskan. Sampai skrg pun even dah besar tetap berkunjung ke rumah jiran2.. sebab semua jiran kat kampung tok tu sedara. Disebabkan dah sama tinggi dengan mak, Anna ikut golongan aunty2 la pergi beraya. Kadang2, rezeki baik still dapat duit raya tau. Wakakakaa~ *Malu*





Kemeriahan raya tahun lepas

Itulah sedikit sebanyak nostalgia raya dulu dan sekarang. Simple je. Kalau nak tau lebih detail kena la beli buku edisi khas yang bakal Anna lancarkan bulan depan berborak panjang la.. Hihihi..

Ada dedikasi khas untuk Padin ni. Banner selamat hari raya. Dengan harapan dapat duit raya extra ye pokcik. Ngeeee~



Hasil kerastangan Anna yang kurang kreatif. Hihi~
SELAMAT HARI RAYA YE... 
MAAF ZAHIR BATIN~
Read More

Saturday, August 14, 2010

Blog Review: PADINNO.COM

Sambil minum kopi di PADINNO KOPITIAM, timbul idea nak review 1 blog ni, blog yang mana boleh dipertandingkan blog paling popular di alam maya.. Hehehe..



Blog mana lagi kalau tak lain tak bukan... padinno.com la. Apa yang menarik kat blog ni? Anna rasa ramai yang dah sedia maklum dengan kewujudan blog encik Padin ni. Beliau ni sangat friendly. That's why la siap buka kedai kopi. U all suka melepak? Suka? tak suka?  ish.. ish.. Ada yg cakap melepak tu buang masa, tak berfaedah.. Tapi bagi anna, tak salah lepak-lepak asalkan lepak yang menambahkan ilmu pengetahuan.. Contoh tempat lepak yang best, kat padinno.com ni la.. Sambil minum kopi, berkenalan dengan bloggers lain, dah macam family. Masing2 dengan background yang tersendiri, bertukar2 cerita, kongsi ilmu, nasihat, pengalaman dan macam2 lagi la.. Setiap hari mesti ada pengunjung menyinggah minum kopi sehinggalah wujudnya geng pengopi tegar. Tegarkah? ekekeke...~

Bagi yang belum pernah menyinggah, jom la try singgah. Nanti boleh apply untuk jadi pengopi tegar. Ada member card lagi tau. Tak jumpa? U all scroll sampai bawah, then akan jumpa PADINNO KOPITIAM ni..


Selain best 'lepaking', Anna juga suka baca tips2 berguna yang ada kat PADINNO.COM ni.. Maklumlah, Padin ni seorang tenaga pengajar, jadinya penulisan beliau banyak memberi panduan yang berguna untuk semua. Gaya penulisan yang bersahaja, tidak perlu berpeluh nak berfikir susah-susah, dah dapat maksud yg tersurat dan tersirat yg ingin disampaikan. 


Apa lagi yang U all tunggu...? Jom kita view blog kuning kekuningan ni.. Heehhehee... Bersamamu..~

Kepada semua geng pengopi tegar, best la lepak ngan U all. Sporting, understanding, caring and loving. Wahhhh... gitu..! :) To Padin, semoga berjaya dan terus berjaya dalam menjadi pendidik. Teruskan aktiviti blogging ni dengan penuh kesabaran dan ikhlas. Semoga persahabatan antara kita semua kekal selamanya.. Wish you all the best!

Read More

Wednesday, August 04, 2010

KISAH DAN NOSTALGIA RAMADHAN..

SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM, TERINGAT PULAK KISAH MASA RAMADHAN DULU...

Kisah Ramadhan ni dah agak lama berlalu, namun masih kukuh terpahat dalam memori. Pengalaman yang sangat berbeza dirasakan kerana ianya sesuatu yang baru dalam diri Anna pada ketika itu. Menyingkap semula pengalaman berpuasa bersama teman-teman seperjuangan di UTM Skudai. Masa ni tahun 2006. Wahh.. dah hampir 4 tahun kan? Tarikh mmg tak ingat lah. :) 

Anna dengan teman-teman rapat Anna menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira. Pengalaman pergi ke bazar Ramadhan yang terletak di Fakulti Alam Bina (FAB) mmg tak boleh lupa. Kami mesti pergi lewat. Masa ni mmg boleh beli dengan aman sebab orang dah beransur balik. Memandangkan kami dari KTF je, yg jaraknya cuma beberapa meter, jadi tak da masalah untuk lewat ke bazar. Yang bestnya, time ni la ramai yang akan bersedekah. Air tiga plastik dengan harga RM1.00, kuih muih penuh polistrin dengan harga RM2.00. Hehehe.. Kami pun nakal juga, ambil kesempatan, dah tau akan ada harga runtuh, mmg suka la gi lewat. Hehehe.. Tapi bukan selalu~

Kadang-kadang, ada juga kami berbuka di masjid. Untuk turut merasai bagaimana berbuka puasa dengan hidangan yang sama. Apa yang menariknya, makanan dihidangkan di dalam DULANG. Nasi+lauk+kurma+buah2an semua dihidangkan di dalam satu dulang yang besar yang berkapasiti 4-5 orang makan. Lauk2 pun sedap. 1st time makan, ada juga terfikir, cukup ke? Tapi, when it comes to 'berkat', mmg cukup kenyang. Alhamdulillah~ Pas makan, bergegas naik atas kat ruangan solat untuk berjemaah Maghrib sekaligus tunggu untuk berjemaahIsyak dan Tarawikh. Masa ni terasa sayu sangat kerana Allah memberi peluang untuk turut merasai Ramadhan lagi. 

**********************************************************

Sepanjang bulan Ramadhan, Anna tak merasakan puasa membataskan aktiviti harian Anna. Maksudnya tidak perlu fikirkan penat, letih, malas. Tapi, dengan berpuasalah sebenarnya mengajar kita erti berjuang. Ye la, berjuang menahan kepingin nak air kotak coklat Dutch Lady sejuk.. Mana ntah classmate Chinese beli. Sejuk lak tu.. Haih...! Sabar.. sabar.. 

Masa puasa ni juga lah teringin nak makan makanan yang jarang dijumpai. Jarang ke? Contoh, bubur lambuk dan taufu fah. Memang menjadi faveret time Ramadhan.

************************************************************

Hujung minggu lak, Anna akan join program MURNI RAMADHAN. Masa ni mmg volunteer untuk jadi secretariat. Aktiviti tiga minggu (setiap sabtu ahad) ni merangkumi berbuka puasa di rumah orang yang kurang berkemampuan. Ya Allah! Bersyukurnya Anna di lahirkan dalam keluarga yang mampu walaupun tidaklah berada. Sebak sejenak sewaktu berbuka di samping keluarga ibu tunggal yang hanya makan makanan yang diberi jiran. Dengan ketiadaan elektrik dan sumber air bersih. Anak2 hanya makan sedikit makanan yang kami bawa kerana katanya untuk disimpan bersahur kelak! MasyaAllah, mereka masih kecil, tapi tahu erti kesusahan dan menghargai rezeki. Teringat pesanan ayah Anna, ambillah makanan dengan kadar perlu supaya tidak membazir. Mmg dari kecil Anna diajar untuk habiskan juga makanan.

Kami berbuka puasa dalam kegelapan hanya diterangi cahaya dari sebatang lilin. Sebelum berbuka, sempatlah kami berbual dengan anak2 ini. Mereka walaupun masih kecil, tapi sangat betah berpuasa kerana setiap hari adalah seperti berpuasa bagi mereka.. Nah! Berbeza dengan kita, kalau makan nak bermewah-mewah, sedap-sedap, sampai kita terlupa kepada golongan yang tidak berkemampuan. 

Setelah berbuka, kami menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Hati sekali lagi tersentuh sebab air dalam takungan kolah tu adalah air yang kurang bersih. Berbau dan berkeladak. Kami difahamkan air ni di ambil di tempat tadahan hujan di belakang rumah. Sob.. sob.. sob.. Sedih sgt~ Bayangkan dengan air ni juga mereka mandi, minum dan berwudhuk! :(

Kami bersolat di masjid berdekatan setelah siap mengemas makanan dan dapur. Setelah bersolat, kami yang terdiri daripada beberapa kumpulan (adalah dalam 20 org sebab satu rumah 3-4 org pelajar) berkumpul untuk balik ke UTM. Perjalanan pulang dirasakan sangat sayu. Sepanjang perjalanan dari Gelang Patah ke Skudai ditemani cerita2 sedih daripada pengalaman berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Sangat menginsafkan. Anna hanya bercerita tentang satu family ni sahaja. Lagi dua family (minggu yg seterusnya) biarlah tersimpan dalam memori. 

Dalam pada kita mengatakan seronok menyambut Ramadhan, ingatkah kita pada 'mereka'? Dalam keghairahan kita membeli juadah berbuka, terlintaskah difikiran juadah yang mereka ada untuk berbuka? Bagaimana dengan keinginan mereka untuk sama-sama berjemaah terawikh? Sedangkan kita kadang2 bertarawikh sebab mengharapkan moreh selepas usai bersolat... Seronok kah kita menghadapi Ramadhan? Dapatkah kehadiran Ramadhan kali ni mendidik diri kita supaya lebih bersederhana?

Kisah dan nostalgia ini hanya untuk perkongsian. Kalau ada yang kurang senang dengan penulisan Anna ni harap maaf. InsyaAllah, sama2 kita perbaiki yang lemah. Semoga sama2 mendapat manfaat daripadanya. 


Teringat individu2 yg terlibat dalam MURNI RAMADHAN-2 ni.. Antaranya Silmiah, Kak Ayu, Kak Aishah, Kak Farah Alwani, Kak Farah Aziz, Kak Ai dan ramai lagi la...






Current mode: Sedih sebab kenangan berbuka puasa tu bagaikan ditonton kembali~

Read More