Showing posts with label _award_. Show all posts
Showing posts with label _award_. Show all posts

Saturday, August 11, 2018

Thank you for the incredible birthday wishes!

I’m humbled to have so many wonderful people in my life! I’m overwhelmed with gratitude for the amazing people I am so very blessed to have in my life and call my friends and family! Thank you for the incredible birthday wishes!


Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. Tahun ini genap umur saya 33 tahun. Memetik kata-kata My Other Half, "Hidup ini adalah pentas drama. Kitalah penulis skrip, sutradara dan juga pelakonnya. Olahlah cerita singkat hidup kita secemerlang mungkin." Hidup ini semakin lama semakin pendek. Bagaimana kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan peranan kita sebagai Khalifah Allah itu yang penting. Mungkin umur hanya sekadar angka, tetapi pernahkah kita bertanyakan diri apakah sumbangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara?

ULANG TAHUN KELAHIRAN ANNA SUHAIMI

Terima kasih kepada Mak & Ayah, Mr Hearthrob, adik beradik dan keluarga mertua, serta rakan-rakan dan sahabat atas kiriman doa dan ucapan Ulang Tahun Kelahiran saya pada hari ini. 2018, sememangnya tahun yang saya rasakan tahun yang cukup-cukup bertuah buat saya. Ulangtahun kelahiran pada tahun ini juga agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan sebarang sambutan, cukuplah tulus doa agar saya berjaya Dunia dan Akhirat.

REZEKI ULANG TAHUN KELAHIRAN 2018

Alhamdulillah.. Tahun ini, rezeki saya sambut ulangtahun pada hari KZ Consultant Empowering Traning. Mujur tiada perancangan percutian dibuat. Training ini asalnya dijadualkan pada 4 Ogos 2018, tetapi disebabkan tarikh tersebut ada event lain, maka postponned ke 11hb. Jika diikutkan tahun-tahun sebelum ini, tarikh birthday pasti saya akan bercuti.. Hihi.

MENERIMA AWARD 'CHAMPION GROWTH' 


Sebenarnya tak sangka pun akan dapat CHAMPION! Ramai lagi yang hebat-hebat dan produce BIG CASE. Seronok sangat-sangat. Terima kasih UM Zeck dan seluruh warga KZ Empire Group atas doa dan sokongan kalian. Yang tidak pernah sesekali jemu untuk memberi tunjuk ajar dan panduan.

HADIAH DARIPADA MR HEARTHROB


Ya Allah.. surprise betul. Ingatkan ajak pergi makan, sebab masa tu perut dah berkeroncong dengan merdunya. Maklumlah lepas training tadi tak sempat lagi lunch, sebab rushing pergi Columbia Cheras - Assist Mr Client. Jalan punya lah laju. Sebab dalam kepala ni dah fikir, disebabkan Birthday Girl, boleh lah pow makan sedap. Hehehe.. Sesampainya di Metro Point, melencong pula ke Emas Sri Pinang. Ayat yang paling sedap didengar "Pilih lah yang mana suka...". Ha kau, hilang lapar tadi! Kah!


Siap ada Birthday Card. Thanks Sayang! Love you to the Moon and Back..


Walaupun dah dapat hadiah, perut nak juga lah diisi kan. Ni consider Lunch+Dinner. First time kami makan di JAHHET FINE MEAT ni. Semuanya gara-gara tengok video review dari Ustaz Don Daniyal. Bukan main sedap lagi beliau makan TOMAHAWK. Restoran ni adalah milik anak kepada Almarhum Ustaz Haron Din. Harga reasonable dan disebabkan saya tak boleh makan daging lembu buat masa ni, saya memilih untuk hidangan lamb lah. Asalnya nak pilih Lamb Shank, my favourite tapi dah habis pulak. Jadinya saya pilih Lamb Rack (masak Medium Well), dan MH pilih Lamb Ribs (masak Well Done). Dari segi rasa, umpphh memang terbaik. Hajat makan Wagyu belum kesampaian lagi. Ada rezeki, lain kali lah ye.

UNBOXING HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN


FITBIT FLEX 2: Ni pun MH yang hadiahkan. Dah dapat sebulan awal, tapi simpan belum pakai. Kenapa beli Fitbit lagi? Sebab yang ni lebih lasak. Boleh pakai swimming. Ha... Apa maksudnya tu?



DUCK 2018 PLANNER: Yang ni adalah hadiah KZ Award siang tadi. Siap ada nama ye. Bestnya. Thanks yang membeli. I love the design and the color.



JAM TANGAN MICHAEL KORS MK2547: Dah lama aim jam MK ni. First time pakai jam bertali Leather. Sebenarnya ni hadiah daripada Siti Zanariah. Ye, betul hadiah saya kepada diri sendiri. Setiap kali birthday, mesti saya ada aim apa hadiah untuk appreaciate diri sendiri. Setiap kali saya ada appointment area Mid Valley, mesti saya singgah Butik MK di The Gardens. Just nak ambil feel dulu. Dan alhamdulillah... :) Oh ya, pink Unicorn tu adalah Birthday Gift after purchase ya. Cute kan?



MARY KAY TIMEWISE REPLENISHING SERUM+C: Mary Kay adalah set penjagaan kulit yang saya dah konsisten guna lebih dari setahun. Thanks to my Beauty Consultant, Dayah Anuar yang selalu bagi gift setiap pembelian. Ini adalah pertama kali saya try Serum+C ni. Sebab bila dah masuk usia 30-an, haruslah menjaga kesihatan kulit kan. Dan disebabkan pembelian di bulan Ulangtahun Kelahiran, maka dapat gift birthday - Lipstick Bashful You. Alhamdulillah...


SYUKUR YA ALLAH ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN
Read More

Saturday, June 09, 2018

Ada apa dengan K.O.N.S.I.S.T.E.N ?


Konsisten merupakan salah satu kunci utama dalam sesebuah kejayaan. Dan kenapa konsisten ini penting dalam pembentukan tabiat (habit) seseorang. 

Kadang-kadang ada juga saya terfikir, kenapa susah sangat nak konsisten? Teringat kata-kata DSV dalam satu temuramah dengan beliau... "Bila ada kemahuan untuk berjaya, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, tetapi jangan lupa.. Ada satu lagi perkara yang sangat penting iaitu konsisten. Bila dah berjaya, rasa mudah je, tetapi nak konsisten tu bukan mudah.."


Antara pencapaian cemerlang saya selepas 3 bulan menyertai AIA Public Takaful Berhad (APTB). Qualified as AIA Rising Star, 2nd Runner Up Top Producer dan 3rd Runner Up Top Cases.


Alhamdulillah.. Allah izinkan saya konsisten dalam pencapaian saya. Gambar pertama dan gambar kedua, saya dapat award Top 5 Top Producer bagi dua bulan berturut-turut iaitu Januari 2018 dan Februari 2018. Gambar ketiga, saya dapat award 2nd Runner Up Top Producer in Mei 2018. Manakala gambar keempat pula saya dianugerahkan sebagai Top 3 Quarterly Top Producer (Award pada bulan April 2018). Alhamdulillah..

Tetapi, seperti yang saya risaukan, konsisten..

Bulan Mac dan April 2018 tidak menempatkan saya sebagai Top 5 Top Producer. Sedih, memang sedih. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa saya telan. Apabila saya leka, dan terus beranggapan, bisnes akan berjalan seperti biasa tanpa ada percambahan idea baru, rupanya saya silap. Tamparan yang agak besar juga bila dua bulan berturut-turut saya tidak dinobatkan sebagai Top 5 Top Producer yang mana ianya menjadi impian saya setiap bulan. Rasa macam nak menangis menyesali kealpaan diri :(

Ya Allah.. Engkau yang Maha Memudahkan.. Engkau juga yang Maha Memberi..

Aku pinjam kekuatan dari zatMu yang Maha Kuat, untuk terus kuat melangkah dalam bisnes ini. Kuatkan juga azamku dan imanku...

Sebenarnya, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa (mungkin jauh lagi bersifat sempurna..) seharusnya bermula dengan diri sendiri.. bukan daripada orang lain waima pasangan ataupun ahli keluarga sendiri. Peluang untuk berubah, untuk berjaya, untuk menggapai impian.. itu semua datang dari diri kita dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Jadi sentiasa bersyukur jika masih ada rasa untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.. :)

Jadi, LET's BE CONSISTENT guys!!

~ Pen Off ~





Read More

Tuesday, April 24, 2018

My BIG WHY

"Outstanding people have one thing in common: an absolute sense of mission" - Zig Ziglar


Tahniah to My Leader!


Dah macam agency pelancongan pulak Level 26 ni. AIA sediakan 14 trip setahun. Ada trip Asia, malah ada trip Europe dan sebagainya.  


Impian~



Yakin dan percaya, Allah telah aturkan yang terbaik. Syukur dan terima dan terus melangkah :)

Read More

Sunday, March 20, 2011

Masquerade Party at MASA '11


Fuhh.. fuhh... Banyaknye habukkkk.. Dah lama tak update blog ni. Idea dan event banyak untuk share, tapi tak berkesempatan. So, mlm ni Anna nak share tentang MASQUERADE PARTY!

Actually ni tema untuk dinner kolej. Malam Anugerah Srikandi (MASA '11). Tujuan dinner ni untuk memberi penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada kolej dan universiti. Selain tu, of course la acara makan-makan dan persembahan. Da Bomb! u all... Best sangat rasanya dinner kali ni, mungkin sebab ni dinner terakhir Anna kat UTM. Maklumlah dah last sem. Cerita je tanpa upload gambar tak best kan.. So jom layannnn~~

Masquerade girls: Miss Roha, Miss Anna, Miss Jue

Topi pinjam =)

Masquerade Girls again: Mrs Sham, Miss Anna, Miss Jue

Bersama bonda KTF, Puan Marzilah dan barisan Felo dan Pembantu Felo


Amacam? Jeles tak bagi sesiapa yang tak gi? Tu belum tgk gimik perasmian, deco, food dan macam2 lagi lah.. Mmg superb la.. Malam tu kami makan Chicken Chop, Mushroom Soup, Pudding, Salad and Ice Cream. Rasanya ni 1st time MASA menghidangkan western food kepada tetamu sebab kebiasaannya Nasi Briyani atau Nasi Tomato.. =)

Ape2 pun, tahniah kepada semua yang menjayakannya. Semoga KTF terus cemerlang. InsyaAllah.. 



Read More

Sunday, September 19, 2010

Award Dari Wanzi, Tiefazatie dan Cik tom

Assalamualaikum... 


Rasanya dah lama Anna tak update tentang award dan tag. Dah terkumpul lama dah dalam draft. So, mlm ni Anna juz nak update tentang award dan tag je.. :)

Award Pertama
From; Wanzi




a- Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Nak siapkan entri ni cepat2, jap lagi nak turun gi meeting untuk gotong royong sambutan hari raya kolej.. hehe.. 

b- Apakah nama samaran anda?
Anna, Ana, Siti, Kakak, Farah, Liya (Datang mana lak nama dua yang terakhir tu? Hanya yang keje di PAC Sdn Bhd je tau.. Hihihi)

c- Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
* Mak
* Ayah
* Adek2

d- Panggilan untuk si dia?
    Adalahhhh... tak payah la nak mention. hikhik..~~

e- Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
Tak de la specific nak ape.. Cukuplah kalau org yg istemewa tu anggap diri ini juga istimewa dan doakan kebahagiaan berkekalan selamanya~

f- Blog mana yang anda selalu lawat?
Uhhhh banyak ler tak terkira pula.....

g- TAG kan kepada 15 blogger?
Yang ni yg cam lambat sikit. KIV dulu boleh? Nak cepat2 gi meeting ni.. hehhee..

***************************************************

Award Kedua
From; Tiefazatie & 




Hye all... 
Wow, ni sebenarnya sesuai untuk b4 raya, tapi Anna yg tangguh simpan nota cinta ni lama2. So mlm ni baru nk langsaikan. Anna dapat award atau tag ni daripada dua org kawan blogger yg paling ceria.. Jom layankan soalan2nya.. :)

Puasa penuh tak taun nie?
Boleh la dikira penuh. hehehe..

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
Alhamdulillah, takmo simpan lama2 kalau da salah silap. Yang penting kalian berdua takde salah silap pun ngan Anna. BTW, Anna maafkan.. :)

Kampung kat mana?
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.
Blog U all berdua mmg comel. Ada identiti sendiri..


Awak nak tag org, tag aje laa T____T
InsyaAllah.. coming soon.. Sape2 yg sudi ambil nota cinta ni, dipersilakan.. Semoga ukhwah terbina last forever....



















Read More

Sunday, August 29, 2010

Award Dari Zaer dan Cik Tom

Selamat Malam Semua....

Entri ni ditulis ketika mata sudah berat meronta2 nak suh tido. Hehehe.. Maybe juz a simple entri.. Anna juz nak update dua AWARD yang Anna dapat daripada rakan blogger yang Anna rasa U all sedia mengenali mereka berdua ni. :) 

**************************************************************

OK, award pertama ni datangnya dari ZAER.. Dah beberapa hari nak publish, tapi tak sempat2 lagi sebabnya takde mood nak update blog. Jom tgk ape awardnye..






Anna pun tak sure award ni apa namanya.. Yang bestnye, takde nak kena jawab soalan ape2 pun. Publish je.. Hehehe... Thanks again ZAER...

Anna nak tag:


*********************************************************************

OK, yang kedua, datang daripada CIK TOM. Ala, gadis manis yang suka tomato tu.. Heheh.. Ni pun dah beberapa hari simpan dalam draft. Thanks ye CIK TOM, actually pernah dah dapat award ni, tapi sebagai penghargaan atas pemberian, Anna buat juga entri ni ye, tapi maaf la lambat sikit. :)




Dan mengikut tulisannya, bagi melengkapkan penerimaan award ni, aku kena write down 5 nama ni dulu (tujuannya adalah sama-sama meningkatkan trafic).. aku buat, so orang yang di tag pun kena buat...baru lah leh ambik award ni..

5 blogger itu ialah:
1. 
Roshazzy Shag
2. 
Lynn 
3. Makbed 
4. Lulu Caldina 
5. Gen2Merah

Sebelum anda meletakkan links di atas, padamkan link di posisi 1. Naik kan link berikutnya [2 dan seterusnya] 1 peringkat. Contoh, posisi 2 di naikkan ke posisi 1 dan di ikuti dengan posisi berikutnya. Di posisi 5, masukkan link blog anda. Kejujuran adalah penting. Jika semua penerima anugerah mampu memberikan anugerah ini kepada 5 bloggers lain, dan mereka berjaya meletakkan links dengan betul, maka jumlah backlink yang di dapat adalah :

Posisi 5 = 5 backlinks
Posisi 4 = 25 backlinks
Posisi 3 = 125 backlinks
Posisi 2 = 625 backlinks
Posisi 1 = 3,125 backlinks
"Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation), ramai bloggers telah mendapat 1,923,125backlinks dan keuntungannya blog anda akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik ke blog anda"
So, saya nak jemput, 5 orang teman blogger saya, untuk bersama-sama meramaikan 'usaha murni' ni...



mereka yang bertuah adalah:
 (later Anna masukkan... ngantuk dah ni. huhu)

ok..... Anda boleh sambung... 

4) Anna
5) ______________ (isikan nama anda lak kat sini)


p/s: yang atas n bawah tue sikit je cik tom edit..yang lain copy paste bulat2. huhu... (yg ni anna lak yg copy paste ayat cik tom)..




SEKIAN~











Read More

Thursday, August 26, 2010

Award Dari Ellen

Selamat pagi. Semoga ceria hari  ni.. :)

Pagi2 yang sejuk dan syahdu (erkk ye je) ni Anna nak kongsi dengan U all tentang award cantik dan comel Anna dapat. Actually dapat semalam, tapi takde kesempatan lagi nak buat. So, pagi ni adalah masa terbaik untuk update blog.. 

Award yang cantik ni telah dianugerahkan daripada kawan baik Anna kat dunia blog ni. U all sure kenal: ELLEN yg sangat peramah dan happy go lucky ni. Thanks ye ELLEN.. Baru je sebulan berbelog, tapi follower dia dah 555. Wow.. Tidak syak lagi, mmg peramah. Sangat senang berkawan dengan Ellen tau. Even Skudai and Sabah jauh, tapi kami tetap rasa dekat.. OK lah, tanpa buang masa jom tgk award ni

:
:

:
ok ini award nya...



Alahai, comelnye.. Suka dengan bentuk dan kaler award ni. Word Beautiful Blogger tu ternyatalah untuk penerima award kan? Tapi pemberi Award pun secara automatik la beautiful kan? Cantik ni subjektif.. Tak semestinya muka cam Lisa Surihani je dikatakan cantik. Atau ada juga kata Tyra Bank tu cantik.. Beautiful is in the eye of the beholder kan? =)

K lah, dah dapat award kena tag.. Anna tag semua follower blog Anna yang baik hati ye. Sudi2 la ambik ye. U all mmg sentiasa beautiful in my eyes.. ^_^

Sekian~
Read More

Wednesday, August 25, 2010

Award Dari Emieysandra


Selamat bersahur... =)

Awal2 pagi ni ingat nak buat assignment, tapi dah stop rehat jap, dah nak masuk gear balik susah lak. Layan blog jap la.. Tadi check shoutbox ramai yg sudi singgah. Anna berusaha untuk jejaki balik. Kalau ada yg terlepas tu, harap jgn marah or berkecil hati ea. Huhu.. Sambil belek2 tu, Anna terbaca la shout daripada salah sorg rakan di alam maya Anna ni. Rupanya dalam lama Anna tak aktifkan diri dengan blog pun, masih ada insan yg sudi bagi AWARD.. Lalalala~

Award yang comel bangat ni datangnya dari cik emieysandra. Thanks ye Emiey.. Tapi kalau nak ambik award ni, perlulah jawab soalan di bawah ni;


1. Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka ataupun bersahur.
1. Nasi kerabu
2. Ayam percik
3. Puding
4. Taufu Fah
5. Murtabak
6. Nasi Ambang
7. Quacker Oat + Milo (aik.. takde kat bazar la. Buat sahur je)




2. Kemudian, tag 5 rakan blogger yang lain.
4. Mus

inilah awardnyer.
:
:
:

 

Sangat cantik + cute sebab kaler purple. Friendly.. :)
Read More