Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Saturday, August 11, 2018

Thank you for the incredible birthday wishes!

I’m humbled to have so many wonderful people in my life! I’m overwhelmed with gratitude for the amazing people I am so very blessed to have in my life and call my friends and family! Thank you for the incredible birthday wishes!


Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.. Tahun ini genap umur saya 33 tahun. Memetik kata-kata My Other Half, "Hidup ini adalah pentas drama. Kitalah penulis skrip, sutradara dan juga pelakonnya. Olahlah cerita singkat hidup kita secemerlang mungkin." Hidup ini semakin lama semakin pendek. Bagaimana kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan peranan kita sebagai Khalifah Allah itu yang penting. Mungkin umur hanya sekadar angka, tetapi pernahkah kita bertanyakan diri apakah sumbangan kita kepada Agama, Bangsa dan Negara?

ULANG TAHUN KELAHIRAN ANNA SUHAIMI

Terima kasih kepada Mak & Ayah, Mr Hearthrob, adik beradik dan keluarga mertua, serta rakan-rakan dan sahabat atas kiriman doa dan ucapan Ulang Tahun Kelahiran saya pada hari ini. 2018, sememangnya tahun yang saya rasakan tahun yang cukup-cukup bertuah buat saya. Ulangtahun kelahiran pada tahun ini juga agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan sebarang sambutan, cukuplah tulus doa agar saya berjaya Dunia dan Akhirat.

REZEKI ULANG TAHUN KELAHIRAN 2018

Alhamdulillah.. Tahun ini, rezeki saya sambut ulangtahun pada hari KZ Consultant Empowering Traning. Mujur tiada perancangan percutian dibuat. Training ini asalnya dijadualkan pada 4 Ogos 2018, tetapi disebabkan tarikh tersebut ada event lain, maka postponned ke 11hb. Jika diikutkan tahun-tahun sebelum ini, tarikh birthday pasti saya akan bercuti.. Hihi.

MENERIMA AWARD 'CHAMPION GROWTH' 


Sebenarnya tak sangka pun akan dapat CHAMPION! Ramai lagi yang hebat-hebat dan produce BIG CASE. Seronok sangat-sangat. Terima kasih UM Zeck dan seluruh warga KZ Empire Group atas doa dan sokongan kalian. Yang tidak pernah sesekali jemu untuk memberi tunjuk ajar dan panduan.

HADIAH DARIPADA MR HEARTHROB


Ya Allah.. surprise betul. Ingatkan ajak pergi makan, sebab masa tu perut dah berkeroncong dengan merdunya. Maklumlah lepas training tadi tak sempat lagi lunch, sebab rushing pergi Columbia Cheras - Assist Mr Client. Jalan punya lah laju. Sebab dalam kepala ni dah fikir, disebabkan Birthday Girl, boleh lah pow makan sedap. Hehehe.. Sesampainya di Metro Point, melencong pula ke Emas Sri Pinang. Ayat yang paling sedap didengar "Pilih lah yang mana suka...". Ha kau, hilang lapar tadi! Kah!


Siap ada Birthday Card. Thanks Sayang! Love you to the Moon and Back..


Walaupun dah dapat hadiah, perut nak juga lah diisi kan. Ni consider Lunch+Dinner. First time kami makan di JAHHET FINE MEAT ni. Semuanya gara-gara tengok video review dari Ustaz Don Daniyal. Bukan main sedap lagi beliau makan TOMAHAWK. Restoran ni adalah milik anak kepada Almarhum Ustaz Haron Din. Harga reasonable dan disebabkan saya tak boleh makan daging lembu buat masa ni, saya memilih untuk hidangan lamb lah. Asalnya nak pilih Lamb Shank, my favourite tapi dah habis pulak. Jadinya saya pilih Lamb Rack (masak Medium Well), dan MH pilih Lamb Ribs (masak Well Done). Dari segi rasa, umpphh memang terbaik. Hajat makan Wagyu belum kesampaian lagi. Ada rezeki, lain kali lah ye.

UNBOXING HADIAH ULANGTAHUN KELAHIRAN


FITBIT FLEX 2: Ni pun MH yang hadiahkan. Dah dapat sebulan awal, tapi simpan belum pakai. Kenapa beli Fitbit lagi? Sebab yang ni lebih lasak. Boleh pakai swimming. Ha... Apa maksudnya tu?



DUCK 2018 PLANNER: Yang ni adalah hadiah KZ Award siang tadi. Siap ada nama ye. Bestnya. Thanks yang membeli. I love the design and the color.



JAM TANGAN MICHAEL KORS MK2547: Dah lama aim jam MK ni. First time pakai jam bertali Leather. Sebenarnya ni hadiah daripada Siti Zanariah. Ye, betul hadiah saya kepada diri sendiri. Setiap kali birthday, mesti saya ada aim apa hadiah untuk appreaciate diri sendiri. Setiap kali saya ada appointment area Mid Valley, mesti saya singgah Butik MK di The Gardens. Just nak ambil feel dulu. Dan alhamdulillah... :) Oh ya, pink Unicorn tu adalah Birthday Gift after purchase ya. Cute kan?



MARY KAY TIMEWISE REPLENISHING SERUM+C: Mary Kay adalah set penjagaan kulit yang saya dah konsisten guna lebih dari setahun. Thanks to my Beauty Consultant, Dayah Anuar yang selalu bagi gift setiap pembelian. Ini adalah pertama kali saya try Serum+C ni. Sebab bila dah masuk usia 30-an, haruslah menjaga kesihatan kulit kan. Dan disebabkan pembelian di bulan Ulangtahun Kelahiran, maka dapat gift birthday - Lipstick Bashful You. Alhamdulillah...


SYUKUR YA ALLAH ATAS NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN
Read More

Tuesday, April 24, 2018

My BIG WHY

"Outstanding people have one thing in common: an absolute sense of mission" - Zig Ziglar


Tahniah to My Leader!


Dah macam agency pelancongan pulak Level 26 ni. AIA sediakan 14 trip setahun. Ada trip Asia, malah ada trip Europe dan sebagainya.  


Impian~



Yakin dan percaya, Allah telah aturkan yang terbaik. Syukur dan terima dan terus melangkah :)

Read More

Wednesday, August 31, 2016

KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia]

TRAVELING -- It leaves you speechless, then turns you into a storyteller..

Hari terakhir kami di Bali!! 8 hari yang sangat memberi pengalaman yang sungguh bermakna dan bererti. Tentang keindahan alam, meraikan kepelbagaian manusia dan ciptaan Allah, mensyukuri Agama yang dianugerahkan.. Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar. 

Apabila melihat kesungguhan penduduk Bali dengan kepercayaan mereka terhadap tuhan Trinity, terasa kerdilnya diri ini, lemahnya diri ini dalam menyampaikan dakwah. Bagaimana Nabi Muhammad menyampaikan dakwah kepada ummatnya dahulu... Bukan senang, tapi tidak mustahil. Ya, semuanya dengan izin Allah swt.

BYE-BYE BALI.. HELLO MALAYSIA..

Flight kami jam 4PM. So ada masa lagi untuk shopping last minute. So, pagi ni jom round dulu sekitar bandar Kuta. Awal-awal pagi, kurang sikit kesesakan. 



The Jayakarta Club Bali, Kuta --- highly recommended!!



Nampak tugu REKLAMASI tu? Penduduk asli Bali menolak pembangunan di Tanjung Benoa.



Last minute shopping di Krishna. Orang tak ramai lagi sebab masih pagi. Beli kopi Bali, t-shirt dan beberapa item cenderahati. Harga di sini sangat memuaskan berbanding toko-toko cenderahati yang lain.

Cash masih ada balance. So, kami decide beli makanan je lah. memandangkan Sneakers murah kat sana, apa lagi kami borong lah kan. Oh ya, kat sini pun ada Kartika Sari tau. Nyummeh!



Finally, kami sampai di Airport Ngurah Rai jam 12PM. Then, serahkan semula kereta kepada Pak Gusti's staff. Ohh ya, nampak tak kotak yang di dalam gambar kat atas tu? Kami terlupa nak wrap dulu. Just ikat dengan tali je tu. Kami ada bertanyakan harga wrapping luggage.. Rp80,000. Kena bayar dalam Rupiah ye. RM not acceptable. Alamak! Macam mana ni. Lastly teringat balik, kami ada bawa plastik sampah yg hitam tu. Idea pun datang.. 




Korang, kalau travel sendiri nanti, bawak camni. Standby in case nak guna. And memang berguna pun.



So wrap lah sendiri kemas-kemas ye. :)




Bye-bye Bali.. Till we meet again..





Ni antara souvenir yang diborong untuk family dan rakan-rakan. Signature Bali - Pie Susu, Kacang Disco, Kopi Bali, Pie Kacang.. But make sure makanan yang korang beli, mestilah ada tanda HALAL ye. HALAL kat sini dikeluarkan oleh Majlis Ugama Indonesia (MUI).

Pie Susu paling femes dan sedap adalah Pie Susu Dhian. Ni pun hasil survey-survey dalam blog dan juga tanya orang-orang Bali sendiri.



Semoga ada rezeki ke Bali lagi..




Read More

Tuesday, June 03, 2014

Mr Hearthrob (MH) Bebas Denggi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, cinta hati saya, 'My Hearthrob-MH' dah bebas dari Demam Denggi. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Anggaplah ini semua sebagai 'hadiah' dariNya. Hadiah yang diberikan tanpa disangka-sangka.. 

Kisahnya bermula apabila MH mula rasa tidak selesa dan lemah-lemah pada Sabtu minggu lepas (24 Mei 2014). Pada mulanya ingatkan demam biasa. Tapi bila malam MH mula sakit kepala. Macam biasa, makan Paracetemol sahajalah, dan tidur. Namun keesokkan harinya MH mengadu sakit kepala, pening-pening macam nak pitam. MH hanya minta ubat Migrain. Lepas makan, lega sikit. Weekend tu memang kami keluar menghabiskan hujung minggu. Tiada tanda-tanda MH semakin 'sakit'. Pada malamnya, MH mula menggigil. Saya yang jadi 'nurse tak bertauliah' ni cuak juga. Ajak ke klinik, tak hendak juga. Sudahnya makan lagi PCM. Setiap 4 jam, saya bangun untuk make sure MH OK. Namun, hampa, keadaan sama...

27 Mei 2014 (Selasa): Demam semakin melarat. MH tidak boleh bangun, kepala berdenyut-denyut. Hanya bergantung kepada PCM sebab MH masih keberatan untuk ke Klinik. Saya EL demi memastikan MH berteman. Nasi yang dimasak dengan sup ayam, hanya dijamah semulut dua. Tidak ada selera katanya. Saya mula gusar. Adakah MH dijangkiti virus Denggi? Tapi tidak ada pula bintik-bintik merah dibadan. MH hanya rehat, terlantar.

28 Mei 2014 (Rabu): Saya terpaksa ke pejabat memandangkan perlu 'site visit' ke Bangsar. MH gagahkan juga ke pejabat memandangkan ada perkara penting untuk diselesaikan di pejabat. Petang, mata MH merah-merah. Badan sangat panas. Bibir pucat. Saya paksakan ke Klinik, namun MH berkeras tidak mahu. Hanya bergantung kepada PCM setiap 4 jam.

29 Mei 2014 (Khamis): MH masih demam panas. Terpaksa EL. Saya pula perlu masuk ke pejabat memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir saya masuk pejabat sebelum saya bercuti panjang (Mandatory Leave) selama seminggu. 'Work Station' perlu dikemaskan, tugasan-tugasan 'in-tray' perlu dibereskan memandangkan pada 9 Jun 2014, Division kami akan mula beroperasi dari Menara Berkembar Bank Rakyat (MKBR) di Jalan Travers. Saya perlu memastikan tugasan saya disempurnakan sebelum bercuti... Saya sempat berpesan kepada MH untuk berjumpa Doktor. Namun, pada petang itu, saya dapat panggilan daripada adik ipar yang mengatakan MH terpaksa dihantar ke Hospital Serdang kerana 'suspect Dengue'. Allah, cepat-cepat saya berkemas balik.

Bermulalah episod duka yang saya sendiri masih keliru ketika itu...


MH dihantar oleh Ambulan ke Hospital Serdang. Keadaanya sangat lemah. MH dimasukkan ke Wad Kecemasan, Zon Separa Kritikal. Mujurlah kakak ipar sudi membantu untuk menguruskan. 


Saya sampai di Bangi jam 7 mlm. Terus balik ke rumah untuk menyediakan Sup Ketam (menurut petua bagi rawatan alternatif Denggi). Selepas Maghrib, saya terus bergegas ke HS. Keadaan MH sangat lemah. Pucat dan tidak bermaya. Ya Alllah.. Dugaan. Keluarga sebelah mertua datang untuk memberikan sokongan. Macam-macam petua turut diberikan bagi melawan Denggi. 100 Plus berbotol-botol, mineral water, dengan sup ketam lagi. Abang ipar turut bawak air pucuk betik, dengan izin Allah mujarab melawan virus Denggi ni.

Sampel darah MH diambil setiap 4 jam. Allah... Kesian sangat. Namun dia tetap tersenyum dalam keterpaksaan. 

Jam dah menunjukkan jam 2 pagi. MH masih dalam keadaan lemah. Bacaan Platelet juga dropped. MH terpaksa dimasukkan ke Zon Merah- Zon Kritikal. Mengalir air mata saya. Sayu sangat. MH nak bercakap pun tak larat. Saya iring MH ke sana, namun saya tidak dibenarkan menunggu di situ. Doktor akan melakukan pemantauan rapi ke atas MH. Saya berdoa semoga MH kuat!! Saya hanya mampu berdoa..

30 Mei 2014 (Jumaat): Saya EL lagi. Alhamdulillah, usai solat subuh, saya dapat sms dari MH dia telah dipindahkan daripada Zon Merah ke Zon Pemantauan. Syukur.. Terima kasih Ya Allah.. Engkau mendengar doa hambaMu ini.. Doc nasihatkan MH agar terus minum air dengan banyak (siap ada catatan in-out air). Water drip dah masuk botol ke-3.

Selepas bersarapan, saya pulang ke rumah untuk membersihkan diri. Dari semalam dengan berbaju kurung ke sana sini.. :) Alhamdulillah, mak mertua dan adik ipar sudi menemani.. 

Jam 11 am, saya telah berada di HS semula. MH masih di Wad Pemerhatian memandangkan wad 7D yang sepatutnya MH 'check-in' penuh! Baru saya tahu, ramai sangat yang kena Denggi. Sampaikan tidak cukup katil di HS, terpaksa rest hanya di kerusi yang disediakan. Kesian sangat..

Jam 7.10 pm.. MH dipindahkan daripada Wad Pemerhatian ke Wad 7D. Alhamdulillah, lebih selesa untuk MH berehat. Wad yang menempatkan 4 orang satu bilik ini cukup selesa.. Kesemua pesakit di situ adalah pesakit Denggi!

Jam 12 am ++.. Saya baru melelapkan mata sekejap, Jururawat memberitahu MH terpaksa berpindah ke Wad 8C pula. Berpisat-pisat mata ni. 4 orang pesakit Denggi dipindahkan pada pagi itu juga. Alhamdulillah, Wad 8C adalah Wad Kelas Pertama yang ditukarkan daripada 2 katil kepada 3 katil. Sangat selesa (tandas dan Surau yang berdekatan).

31 Mei 2014 (Sabtu): Hari yang ditunggu-tunggu sejak Mac lalu. Sebetulnya kami telah merancang untuk Honeymoon di Sabah selama seminggu (Anniversary ke-2). Kami merancang, namun apalah sangat perancangan kami ini berbanding apa yang telah dirancang oleh Allah. Dengan redha, saya merelakan penerbangan kami pagi ini (7.30 am) berlepas begitu sahaja. Apa yang penting ketika ini hanyalah kesihatan MH..

10 am.. MH nampak sedih dan terkilan.. Demi memujuk rasa, MH mencadangkan agar kami tempah tiket baru ke Sabah pada 2 June, dengan harapan MH telah sembuh. Doc telah mengambil sampel darah yang saya sendiri tak pasti kali keberapa. Mungkin lebih dari 10 kali dah. Keputusan darah akan diberitahu jam 2 ptg samaada MH boleh 'discharge' atau tidak. Menurut Doc, bacaan platelet MH dah stabil. Ada sinar-sinar harapan untuk keluar dari HS..

Kadang-kadang, apa yang kita harapkan, itulah 'ujian' terbesar. Keputusan jam 5 telah diketahui. Doc tidak dapat memberi kebenaran untuk 'discharge' walaupun platelet dah stabil (ada peningkatan), namun terdapat bacaan yang kurang memuaskan berkaitan dengan kepekatan darah dan 'hati membengkak'! Allah... kesal juga ketika itu. Saya terus google sebab-sebab perkara tersebut berlaku. Kemungkinan darah MH adalah tinggi asid (suka makan masam-masam/jeruk). Satu perkara tentang 'hati bengkak' kemungkinan makan seafood yang bercengkerang, terlebih ambil ubat-ubatan, makan masakan yang dimasak terlalu lama-melebihi suhu 100-200 dan juga makanan berminyak (yang ni saya tak pasti-randomly search di google).. Nampaknya malam ni bermalam di HS lagi - Malam ke-3.. Saya hanya tersenyum memandang MH.. :)

1 June 2014 (Ahad): Sampel darah diambil jam 9.20am. Water drip juga telah ditanggalkan. Adakah ini petanda yang baik? Doc memberi jaminan sekiranya semuanya stabil, MH boleh discharge hari ini. Ya Allah, syukur. Tersenyum lebar saya dan MH. MH berusaha minum air mineral sekerap mungkin. Demi memastikan tahap selamat untuk keluar dari HS. Keputusan darah akan dimaklumkan pada jam 2 ptg.

Jam 4pm.. Alhamdulillah, Doc telah memaklumkan MH dah boleh discharge, namun perlukan pemantauan di rumah. Bacaan platelet terakhir MH adalah 87 sahaja. Masih dibawah paras selamat (sepatutnya di atas bacaan PLT 100). Doc tetap berpesan seperti biasa, banyakkan minum air mineral.



Senyum walaupun masih pucat.. Selesai menguruskan urusan discharge MH, Doc ada memberikan kad rawatan susulan. MH perlu ke Klinik Kerajaan yang berdekatan pada 3 Jun 2014 bagi memastikan bacaan Platelet adalah normal (Bacaan 150 dan ke atas).

Owh, peracangan kami ke Sabah telah dibatalkan memandangkan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi (Perancangan 31 Mei - 6 Jun), dengan harga tiket flight yang terlalu mahal. Kami akur dengan perancanganNya. Percutian kami dibatalkan. :)

3 Jun 2014 (Selasa): Saya menemani MH untuk 'menyerahkan' sampel darah. Alhamdulillah, berita yang sangat baik. Platelet MH telah menunjukkan bacaan 187. Syukur sangat-sangat!

Saya masih meneruskan Mandatory Leave saya sehingga 6 June 2014. Sebagai hadiah kepada MH yang telah sembuh dan BEBAS DENGGI, jom berkemas! Kita holiday!. Bunyi macam best kan.. Holiday dekat-dekat sahaja memandangkan perancangan 'last minute'. Hotel dan kemudahan yang terhad. Cuba teka, kami ke mana untuk percutian 3H2M ini?

Tunggu.....

Nasihat saya:

1. Sekiranya anda demam, tidak beransur sembuh selepas 2 hari, pergilah berjumpa Doc. Minta Doc ambil sampel darah.

2. Jangan berada di kawasan 'black list-Denggi' ketika awal pagi dan juga senja kerana masa ini adalah masa untuk Nyamuk Aedes bertindak!

3. Tidak salah mencuba rawatan alternatif, tetapi sebaiknya dapatkan nasihat dan rujukan pakar. Supaya tidak timbul isu lain pula i.e Hati Bengkak, Darah Pekat dsb.

4. Jaga persekitaran tempat tinggal- Hapuskan tempat pembiakan denggi.

5. Redha sekiranya anda terkena virus Denggi. Ini juga salah satu ujian dariNya.. :)



Nota-cinta: Panjang pulak entri kali ni sebab malas nak part-by-part. Hehehe..

Mode: Sambung berkemas sebab esok flight pagi. Jom cuti-cuti Malaysia.. Daa...


Read More

Sunday, March 24, 2013

Anakku Sayang~

Hari minggu merupakan waktu terbaik untuk bersama keluarga, melakukan aktiviti kekeluargaan di samping dapat merehatkan diri setelah penat bekerja 5 hari.. Luangkan waktu bersama yang tersayang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak.. sekitar 20 tahun lepas..

Saya tidaklah dilahirkan di dalam keluarga yang mewah, yang serba ada.. tetapi saya akui nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga terutamanya ibu bapa saya banyak mencorakkan diri saya sekarang. Saya tidak diajar bagaimana menjadi orang kaya, tetapi saya diajar bagaimana untuk berusaha supaya terus berjaya. Saya tidak dimarah jika gagal dalam subjek peperiksaan, tetapi saya dimarah jika malas untuk mengulangkaji atau belajar dari kesalahan. Itulah peranan ibu bapa saya yang saya sangat kagumi..

Dewasa ini, saya selalu terfikir, bagaimana ibu bapa mengharungi dugaan dan cabaran dalam membesarkan, mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Saya 'tabik' kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak mereka menjadi insan kamil sedangkan mereka sibuk bekerja. 




Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Janganlah merungut jika anak nakal, janganlah marah jika anak tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sebaliknya muhasabah diri... Allah telah memilih kita untuk melalui ujian. Bukan manusia, tetapi ALLAH. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik..

Saya seringkali sedih bila mendengar ada rakan-rakan yang sering merungut kerana kepenatan menjaga anak, geram bila anak nakal, marah bila anak tidak mahu mengikut setiap kata ibu ayah.. Saya berpesan sekeras-kerasnya di dalam hati, anak kecil masih dalam proses belajar. Ajarkan mereka apa yang salah, apa yang betul. Terangkan kepada mereka proses-proses kehidupan, bukan merungut dan kesal dengan kelakuan anak-anak..

Ya, saya berkecil hati bila ada yang menempelak, "kau takpelah, belum ada anak.. nanti dah ada anak, tahulah..." Rezeki ditangan Allah, namun saya akui saya sendiri belum 100% menjemput rezeki itu daripadaNya. Setiap pasangan inginkan anak. Setiap ibu bapa inginkan anak yang sempurna supaya menjadi kebanggaan. Allah juga sudah menyatakan tentang janjiNya:

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.. (Al-Imran 3:37)

Jadi, kita yang memilih, untuk bahagia atau sebaliknya.. Syukur dengan rezeki yang dilimpahkanNya.. Rezeki masing-masing tidak sama atas usaha dan keyakinan kita kepada pemberianNya.. namun jangan ada sedetik pun tidak bersyukur.. Tidak terhitung banyaknya rahmat yang diberikan Allah..

Jom semak KPI diri.. Adakah kita layak digelar ibu bapa mithali, sebelum menyalahkan anak-anak sebagai anak tidak mendengar kata!



Bahagia membahagiakan... Tetap tersenyum~~ (^_^)





Read More

Monday, January 28, 2013

3H2M Melaka: Best Western Wana Riverside Hotel

Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam tidak kira di mana anda berada. Marilah bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Hayatilah perjuangan dan ketokohan baginda yang mana sepatutnya menjadi idola dan ikutan kita. 

12 Rabiulawal 1434H, Khamis (24 Januari 2013) - Hari cuti umum buat rakyat Malaysia sempena Maulidur Rasul. Dikesempatan ini, saya dan hubby merancang sebuah percutian Cuti-Cuti Malaysia. Destinasi kali ini adalah Melaka Bandaraya Bersejarah. Tempoh tiga hari dua malam memadai bagi kami untuk meluangkan masa bercuti bersama. 

Diharapkan percutian ini dapat membebaskan diri daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan di tempat kerja yang menyerabutkan fikiran dan memudaratkan kesihatan. Disamping itu, percutian juga boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan membuatkan kami  lebih memahami antara satu sama lain. Tiada panggilan telefon tentang kerja, jauh daripada urusan kerja yang tidak pernah beres. (^__^)..

Kami memilih untuk menetap di Best Western Wana Riverside Hotel. Tempahan melalui AGODA tiga minggu lebih awal dilakukan bagi memastikan hajat melawat Melaka kesampaian.

Kedudukan hotel yang tidak jauh dari bandar Melaka memudahkan kami sampai pada masa seperti yang dirancangkan. Kedudukannya di Jalan Munshi Abdullah memudahkan pengunjung untuk ke tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Antaranya adalah The Stadhuys, Maritime Museum, The Baba Nyonya Heritage Museum, Melaka River Cruise, Jonker Walk, St. Paul's Church, A'Famosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi..

Check in jam 4 ptg. Keadaan bilik yang kemas, selesa dan bersih membuatkan kami teruja. Pemandangan dari tingkat 8 sangat cantik. Pengunjung boleh memilih dua jenis pemandangan yang disukai samada River View atau City View. Memandangkan tujuan kami adalah jalan-jalan, maka kami hanya memilih City View. Namun, surprising... Pemandangan City view juga cantik tidak kira siang atau malam. Anda boleh nampak cruise menyusuri sungai Malaka dan juga 'mini fun fair' dengan simbahan lampu yang berwarna warni. 


Selepas solat Maghrib, perut pun dah lapar. Destinasi pertama kami adalah Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lokasinya adalah di Jalan Padang Temu. Tidak susah nak cari sebab ada sign board yang besar sebelum simpang masuk ke Muara.. Ada dua tempat tumpuan bagi penggemar ikan bakar dan makanan laut. Pertama, Medan Ikan Bakar (memang ramai orang singgah makan di sini disebabkan restorannya adalah yang paling hadapan), tetapi pilihan kami adalah restoran ikan bakar yang kedua. agak terpencil kedudukan restoran tersebut dan tidak ramai pengunjung. Menurut suami, ikan bakar di sini lebih 'power', namun tidak ramai yang tahu.

Menu malam ini adalah ikan jenahak bakar bersos black pepper, sayur campur, asam pedas ikan jenahak, sotong celup tepung, jus oren dan jus tembikai.


Posing sebelum makan sementara menunggu hidangan siap. Namun, bila hidangan di depan mata, tidak sempat nak capture. Lupa. Tapi serius cakap, memang sedap.


Perut pun dah kenyang, aktiviti seterusnya jalan-jalanlah. Tidak perlu runsing memikirkan tempat yang menarik untuk lepak. Hanya di sekitar hotel anda akan dapat saksikan keindahan malam. Dengan pancutan air beralun mengikut irama muzik dan cahaya, Melaka River Cruise yang sesekali melintasi dan juga jambatan Hang Tuah yang cantik binaannya. Sesuai untuk mewujudkan suasana damai dan romantis.

Sampai sini dulu entri Hari Pertama. Sambungan Hari Kedua pada entri seterusnya pula. Selamat malam, mimpi yang indah-indah.. (^_____^)...





Read More

Thursday, September 27, 2012

Dulang Emas


Hari ini adalah hari saya perlu buat belanjawan keluarga. Suami jadi ‘Perdana Menteri’, isteri pula jadi ‘Menteri Kewangan’. Alhamdulillah, Ya Allah Engkau Maha Pemurah. Syukur atas rahmatNya kami dapat menjalani kehidupan dengan baik. Tidaklah dikatakan senang dan mewah, tidak juga dikatakan susah.. *Senyum*~



Saya tidak dilahirkan di dalam dulang emas. Saya bukan orang berada (tapi ada-ada.. Boleh kan?) Namun, Alhamdulillah… Sebab Allah memberi jalan yang agak berliku sebelum saya dapat rasai nikmatnya di hari ini. Kata pepatah yang saya tidak tahu petik dari siapa “Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah..”. Benar sekali. Bukan senang kalau nak rasa senang. Namun sentiasa berusaha dan berdoa, malah jangan berputus harap dan kebergantungan dengan-Nya. Percaya REZEKI semuanya datang dari Allah. Percayalah! Walau di mana kita berada…

… Ada orang kerja sikit, pendapatan banyak..
… Ada orang kerja sikit, pendapatan pun sikit..
… Ada orang kerja banyak, tapi pendapatan sikit..
… Ada juga orang yang kerja banyak, pendapatan pun banyak..

Jom kita renungkan, kita berada di kalangan golongan yang mana?

***

Saya masih teringat, ketika saya dan adik-adik masih kecil, bagaimana ayahanda yang saya kasihi membuat belanjawan keluarga. Ibunda adalah seorang suri dalam rumah setiap masa. Kami anak-anak ayahanda dan ibunda, ada banyak keinginan. Minta itu ini, namun ayahanda seorang yang penyabar dan pandai mententeramkan keinginan anak-anaknya. Saya kira, saya adalah anak yang boros sebab beg sekolah nak yang baru setiap dua tahun, inginkan baju raya baru setiap tahun, inginkan pensel dua batang untuk bawa ke sekolah.. Ya! Saya boros sedangkan ada rakan-rakan lain hanya menggunakan beg sekolah yang sama sejak darjah satu hingga darjah enam. Ada rakan yang hanya ada sebatang pensil yang diasah hingga ‘kontot. Ada rakan yang hanya memakai baju lama daripada abang atau kakaknya.

Sehingga kini, saya rasa saya masih lagi boros… Kenapa? Sebab saya masih membelanjakan wang untuk membeli barangan mengikut kehendak saya, BUKAN KEPERLUAN! Sebab itulah Allah kurniakan saya seorang suami yang boleh menasihati saya. Sikap boros saya makin hari, makin terhakis. Sebab itulah dilantiknya saya menjadi  ‘Menteri Kewangan’. Kalau silap buat belanjawan, terimalah “Denda”.. Hehehe… (^_^)


Read More

Friday, September 14, 2012

Ramai yang ambil berat

Baru-baru ini (sabtu lepas), saya dan suami mendapat jemputan menghadiri Jamuan Rumah Terbuka. Saya isytiharkan hari ‘Dapur Tak Berasap’ kepada suami. Dia hanya tersenyum. Mana tidaknya, kami mendapat jemputan daripada 3 orang rakan. Seorang di Saujana Putra, seorang di Jenaris dan seorang di Sentul. Rakan-rakan saya adalah rakan suami, begitu juga rakan-rakan suami, saya akan anggap sebagai rakan-rakan saya juga. Kenapa perlu berkira kan?


Bila dah berkumpul, timbullah pelbagai cerita untuk dibualkan. Tak kurang juga usikan-usikan nakal dari rakan-rakan kepada pengantin baru.. Namun apa yang saya tertarik untuk berkongsi adalah ‘ramai golongan yang ambil berat’ di sekeliling kita. Untunglah ada yang ambil berat dan sayang kepada diri kita.. Iya kan?

Dalam bercerita, ada jugalah timbul isu ‘bila nak kahwin?’ kepada rakan yang masih bujang (maaf andai ada yang tidak senang dengan coretan ini). Wanita sekarang tidak mahu kalah dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan hidup. Cita-cita dan perancangan hidup dirancang dengan sebaiknya, namun masih belum dapat rezeki untuk mendirikan rumah tangga. Seperti biasa, orang yang paling mengambil berat adalah orang luar. Ahli keluarganya sedikit pun tidak bising. Tapi makcik-makcik, jiran tetangga, sepupu, rakan-rakan yang tak penat keluarkan soalan cepu emas.. Menakjubkan bukan?

Memang sakit hati, saya sendiri pernah melaluinya. Bila balik ke kampung, soalan cepu emas itu juga yang ditanya. Namun saya sudah biasa, senyum dan berlagak selamba. Ingin menjawab takut ada yang tersinggung terutamanya jiran-jiran yang ‘muda’ sebaya ibu saya. =)

Memang tidak disangkal, ada segelintir masyarakat kita ni gemar ‘ambil berat’. Baguslah ambil berat, tetapi kalau pertanyaan tersebut tidak disenangi, membuatkan empunya diri tidak selesa tak syok juga! Kalau boleh terima, OK lah (walau kadang-kadang geram juga). Contoh soalan cepu emas yang biasa kita dengar:-
  1. Kelau belum kahwin – bila nak kahwin?
  2. Kalau sudah bertunang – bila nak langsung?
  3. Kalau sudah berkahwin – bila nak dapat anak?
  4. Dah dapat anak – bila pulak nak tambah?
  5. Bila anak dah berderat cukup sepasukan bola sepak – Mak aih.. ramainya anak..
Begitulah betapa ambil beratnya masyarakat kita. Teringat lagi kenangan waktu majlis persandingan saya dengan suami beberapa bulan lepas. Kami merancang untuk tidak bersanding, namun diadakan juga mini pelamin (itupun last minit kat serambi rumah arwah nenek- atas sebab tertentu, adakan juga). Bila tetamu yg datang tak nampak bersanding, adalah bisik-bisik kedengaran, tak bersanding ke pengantin ni? Bilik pengantin juga dilawati mereka. Maklumlah nak kira berapa dulang hantaran, berjenamakah, tanyakan berapa ribu hantaran.. Bagaimana saya ingin memilih untuk tidak menjawab, sedangkan yang bertanya adalah kaum keluarga. Jadinya asal seorang tahu, sekampung malah semukim akan tahu. Itulah menunjukkan betapa masyarakat kita ‘mengambil berat’…


Semasa menjadi raja sehari

Perihal barang hantaran juga tidak terlepas dari menjadi bahan bualan. Saya dan suami memilih barangan mengikut keperluan dan kemampuan sahaja. Alhamdulillah, ada yang turut menyumbang juadah/ manisan sebagai hantaran kepada bakal suami ketika itu.

Apa nasihat yang boleh saya sampaikan, biarlah majlis mengikut syariat bukan mengikut adat secara total. Ikutlah kemampuan bukan untuk berbangga-bangga. Yang nak tanggung siapa? Pasangan yang berkahwin itu juga.

Ayah juga berpesan, tak perlulah nak nampak cantik lah, hadiah macam-macam (doorgift), mahal pulak tu. Lebih baik banyakkan perbelanjaan untuk menjamu tetamu dengan hidangan yang mencukupi dan pastinya sedap.. InsyaAllah~

Memadailah majlis sederhana, namun penuh keberkatan. Amin…

Ini hanyalah coretan peribadi. Maaf andai ada terkena dengan individu / pembaca blog ni. Semuanya hanya kebetulan..
Read More

Saturday, May 19, 2012

Cintaku Limited Edition

C.I.N.T.A.K.I.T.A

*Takde apa nak tulis pulak*

Hmm.. Anna juz nk invite U all ke majlis kesyukuran perkahwinan Anna dan pasangan.. Doakan perjalanan hidup kami sentiasa diredhai Allah. Semoga segala kesusahan & kesenangan dapat diharungi bersama. Saling memahami supaya dapat melengkapkan hidup antara satu sama lain. Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan, bukan kemurkaanNya.. =)

Terima kasih kepada family yang memahami impian dan keinginan KAMI untuk meraikan hari bahagia dalam suasana yang sederhana dan penuh kesyukuran.. 

*Mode: Berdebar plak.. Err.. mmg normal ke???*

**********************************************************




Assalamualaikum w.b.t,

Dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT dan rasa rendah diri saya mewakili keluarga saya, ingin menjemput kawan-kawan, sahabat handai untuk ke majlis perkahwinan saya bersama pasangan (Siti Zanariah & Faizal Anuar) seperti tarikh dan alamat di bawah:- 

Tarikh dan Hari
2 Jun 2012 (Sabtu)

Masa
12.00 PM - 5.00 PM

Tempat
491, Permatang Kebun Sireh, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semoga dengan kehadiran serta berkat doa hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis ini dan diberkati Allah SWT. InsyaAllah.. Terima kasih.


***********************************************************

:.Our Memorable Day in Life.:

Greetings to everyone,

It give me great pleasure to invite you to our Wedding Reception (Siti Zanariah & Faizal Anuar) as per stated above.

Thus, I would like to invite all of my friends and family to our big day, to celebrate and pray the best for us. Hope your presence will cherish our big day.



Pen Off~~






Read More

Sunday, May 06, 2012

H.A.M.B.A

Assalamualaikum~~

Semoga rakan-rakan berada di dalam lindunganNya, InsyaAllah. Malam ni Anna juz nak share sikit tentang 'HAMBA'.. Penulisan ni sekadar perkongsian ilmu dan pendapat. Sebarang komen dan pandangan amatlah dialu-alukan.. 

Bila sebut perkataan HAMBA, apa yang anda faham dan terbayang? 





Daripada apa yang Anna faham, kalau zaman dahulu orang-orang berada dan saudagar-saudagar yang kaya mempunyai hamba sahaya yang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wang atau upah daripada tuan mereka. Setiap apa yang mereka lakukan mengikut kehendak tuannya akan mendapat balasan yang setimpal..

Cuba kita hubungkan pengertian ini dengan hubungan kita sebagai hamba kepada Allah yang menciptakan kita dengan cukup sempurna.

Situasi satu: 

Seorang tuan yang kaya raya (Pak Habib bukan nama sebenar) mempunyai seorang hamba sahaya yang baik dan rajin. Hambanya itu sanggup melakukan setiap perintah dengan taat. Namun pada suatu hari, hambanya itu tidak mahu melakukan satu pun kerja yang diperintahkan. Pak Habib menjadi marah dan mula memaki hamun hambanya. "Dasar tidak mengenang budi, aku jaga dan bagi kau makan pakai, kau malas! Jangan berani lagi engkau usik makanan dirumahku...!" Begitu marah Pak Habib kepada hambanya..

Hambanya terus merayu2 utk dimaafkan dan diberi makanan. Namun apa tindakan Pak Habib....???




Situasi dua:

Allah Maha Penyayang dan Pengampun. Dia memberi rezeki dan kehidupan kepada hambaNya. Siapa HambaNya? Kita lah, manusia... Namun, pernahkah kita sedar, ketika mana kita malas beribadat kepadaNya, tidak mendengar suruhanNya, adakah kita terus ditarik nikmat hidup di dunia..?? Adakah dengan meninggalkan solat Zohor, kaki kita terus tidak berfungsi? Adakah dengan tidak berpuasa di Bulan Ramadhan mata kita terus ditarik nikmatnya daripada dapat melihat? Tidak bukan? Itu tandanya Allah Maha Penyayang. Walaupun hambanya tidak menjalankan amanah dan perintahNya, Allah tetap memberi nikmat yang melimpah ruah kepada Hambanya.. Ohhh.. malunya rasa.. Meminta berbagai2 nikmat daripadaNya, namun malas mengerjakan perintah dan suruhanNya..


Kesimpulan:

Apa pendapat rakan-rakan dengan secebis perkongsian ini. Anna sangat hargai rakan-rakan yang sudi mengajak Anna berubah ke arah kebaikan. Semoga Allah tetapkan hati ini di dalam Iman. 


Nota-cinta-Anna: Memang bukan senang nak berubah ke arah kebaikan. Banyak cabaran dan dugaan yang datang. Samada kita kuat atau goyah, itu semua berbalik kepada Iman. Setiap apa yang kita lakukan ingatlah Allah bersama kita.


Nota-cinta-Anna-Dua: Lately ni Anna runsing memikirkan penyesuaian diri Anna dengan sekeliling. Rasa macam nak hilangkan diri jap, cari kekuatan... Huhu...


OK lah, nak tido.. Esok kerja.. No more MONDAY BLUES, tapi MONDAY BEST... =)
Gudnite semua

Pen Off~~




Read More