Showing posts with label GosSip. Show all posts
Showing posts with label GosSip. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

SMKAK Gathering & Family Day 2017 [Sentosa Villa, Perak)


The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when. (Simon Sinek) 



Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat ataupun rakan karib dalam kehidupan. saya pasti anda juga ada sahabat yang anda sayang. Dan pasti setiap kawan yang anda pilih sebagai sahabat karib mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Kata orang biarlah pilih sahabat yang bisa tertawa dan menangis bersama, yang boleh berkongsi rasa dan cerita.

Saya sendiri mempunyai sahabat dan kawan baik (BFF). Pada saya sahabat dan BFF juga mempunyai definisi berbeza. Sahabat adalah meraka yang saya senang untuk barkongsi cerita, tetapi BFF lebih dekat dengan hati. 

BFF saya yang semestinya yang sentiasa di hati adalah Mr Hearthrob saya sendiri. Boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. Sekecil-kecil perkara sehingga kepada perkara yang lebih serius, kami selesa barkongsi rasa dan kata. Alhamdulillah, Allah hadirkan saya 2 orang BFF lain  (Shikin & Dina.. I love u!) dan beberapa orang sahabat di kalangan rakan sekolah menengah.

Setiap tahun, seperti biasa, kami akan menganjurkan SMKAK Gugurlz Gathering & Family Day. Tahun 2017, giliran team sahabat di Utara pula in-charge. Kali ini, kami berkumpul di Sentosa Villa, Perak selama 3 harı 2 malam. Family kami ni makin lama makin besar tau. Sebahagiannya telah berumah tangga, ada juga yang telah mempunyai permata hati.. :). Memang meriah. 




Penginapan kami selama 3H2M



Second Day -- Bukit Larut.. Nice view :)



Dina... my BFF



Kami naik ni lah.. Mencabar betul!



Sape tau apa sejarah Bukit Larut?



Duta AIA.. Hehehe



Posing skit..



Santai petang di kawasan villa



Last Day -- Rekreasi di Taman Tasik Taiping



Yeah!!!



Jom Balik.. Semoga berjumpa lagi..



SAYONARA


      
Read More

Monday, August 29, 2016

KBKK [26 Mac 2016 - Day 7: Sanur - Joger - GWK - Jimbaran - Krishna]

Hari Ke-7 Guys! Hari terakhir nak berjimba. esok dah nak balik. Jom pi Spa dulu pagi-pagi. Pakej murah bangat ye kawan-kawan. Kalau Spa yang di luar kawasan hotel memang konsep 'open' sikit. Kalau Spa di hotel, lebih privasi. Beza harga tak jauh sangat pon.



SANUR BEACH

Pantai Sanur ni terkenal dengan aktiviti pantai dan sukan air. Sepanjang pantai tu ada agent yang jual pakej Water Sport. Tunggu korang rajin nak survey je. Plan asalnya memang hari ini nak buat Water Sport, tapi saya pula tak sihat. Dah start 'running nose' and asyik bersin je. So cancel je lah. Kami hanya bersiar-siar menikmati keindahan pantai. InsyaAllah kalau kami datang lagi, Water Sport ni akan menjadi salah satu agenda utama kami!



Mr and Mrs Faizal in da House!



Kalau korang nak dive pun boleh pilih pekej kat sini tau. Ada sea walking, banana boat, spider boat, macam-macam lagi lah..




Nampaknya kami kembali lagi ke Ayam Penyet Sorabaya! Hahaha. Niat tu nak try makan di restoran lain, Banyak je yang ada label HALAL, tapi kami pula kureng berkenan. So, apa lagi.. Ayam Penyet juga lah ye..

Menu kami, set nasi ayam penyet, extra sambal penyet, extra tahu + tempe, soda gembira = wallah! Sambil diiringi music semulajadi (hujan turun sangat lebat masa ni). Nikmatnya~




Usai makan, jom kita usya Joger pulak. Kat sini jual Pabrik Kata-kata. Maksudnya tshirt kat sini semua ditulis dengan kata-kata yang kelakar dan unik! Butik ni terletak dekat je dengan Nasi Ayam Penyet Sorabaya tu. 

So, dapat lah tshirt sorang sehelai sebagai kenangan.



GARUDA WISHNU KRISHNA PARK

Tempat ni macam tempat rekreasi. Luas kawasannya. Nak masuk sana tu ada entrance fee. SO kami decide tak masuk lah. Bersiar-siar di luar je dan of kos, bergambar puas-puas.



Ramai juga yang berjogging kat sini. Parking tepi, bergambar kat sini dulu sebagai kenangan.


JIMBARAN BEACH

Jimbaran ni terkenal dengan tempat orang dinner sambil menikmati sunset. Jom tengok ape ada..


Memang sepanjang pantai tu ada restoran seafood. Tapi.. yang musykilnya ada juga hidangan arak. Ala... tak jadi lah nk dinner sini. So, kami jalan-jalan tengok ragam manusia dan keindahan alam. Tertarik bertul dengan pakcik penjual jagung ni. 'kereta' yang digunakan untuk menjual ni ada dicoretkan kata-kata motivasi.




Sambil jalan-jalan tu, tetiba ada sepasang suami isteri panggil kami untuk tolong ambilkan gambar diorg. Ni Sis Tre and Mas Mustafa. Sis Tre ni Lecturer English di Jakarta. Suaminya pula Lawyer. Bercuti sambil honeymoon katanya. Anak-anak tak ikut.. Dapat lah kenalan baru. Bersilaturahim kita..

KRISHNA

Saat yang dinantikan! Shopping spree~~ Ya Rabb.. Punya ramai orang. Krishna ni ada beberapa cawangan tau. Yang ni paling besar. Kat luar tu ada disediakan kerusi ye tuan-tuan. Kot-kot para isteri khusyuk shopping sampai tak hingat nak balik. kahkahkah..



Ha, tudia.. ramai kan?




Tadaaaa!! Hasilnya. Fuhh.. Penat tapi gumbira. Hope cukuplah untuk sedara mara sekalian di Malaysia. Lenguh dah kaki ni ha. Total shopping tu Rp 3juta ++. Better sekali shopping satu tempat je sebab kat luar tu ada kaunter untuk bungkus souvenir. Harga depends kepada bilangan kotak yang kita nak. Ok lah kan, tak perlu pening nk wrap sendiri.





Ni lah baju yang kami beli kat Joger siang tadi. Cool huh?

OK, kami sampai hotel pun dah dekat kul 12am. Letihnye tak payah cakap lah. Macam nak cabut kaki pikul atas bahu! 

Apa-apa pun, malam ni pack barang kat bilik sikit2. So, esok tak lah kelam kabut kan.

Ok, nnt sambung lagi. Daa...










Read More

Friday, July 20, 2012

Sambutan Hari Lahir CHRO


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Encik Hisham..
Allah selamatkan kamu...




Selamat hari lahir diucapkan kepada our beloved boss.. Encik Norhisham Ahmad (Chief Human Resource Officer)..

Tanggal 19hb Julai 1963, bersamaan 27 Safar 1383 di hari Jumaat yang mulia, maka lahirnya seorang insan di bumi Melaka.. yang diberi nama yang cukup bermakna.. Norhisham yang bermaksud  'Cahaya Pemurah'..

Semoga limpahan cahaya pemurah tersebut sentiasa memayungi kami sebagai anak buah yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ayahanda..

Memetik kata beliau.. "Semoga kita semua ikhlas bekerja dan bersatu hati dalam menjalankan tanggungjawab...".. Besar pengharapan beliau dalam memimpin anak buahnya menjadi insan yang bertanggungjawab dalam menjaga amanah.. InsyaAllah boss..

Nota-cinta-Anna: Hampir dua bulan Anna berada di bawah tunjuk ajar dan bimbingannya. Alhamdulillah, sekarang Anna dah mula dapat menyesuaikan diri dan memahami sifat dan sikapnya. Awal2 dulu, sengsara juga emosi den ni ha.. Tapi sekarang dah stable.. Yang penting, jangan lupa, kebergantungan kita kepada Allah secara total yang akan memusnahkan 'blok' negatif yang ada dalam diri kita.. Bertawakkan dan bermuhasabah dapat meredakan sifat mazmumah dalam diri kita. InsyaAllah..

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga amal ibadat yang dikerjakan mendapat keradhaan dan manfaat dariNya. Amin...
Read More

Wednesday, November 10, 2010

PHD Fazley hanya palsu??

Siapa yg tak kenal dgn DR FAZLEY?
Pernah hits dgn lagu ASMARA INI

Hye All~

Tadi terbaca satu artikel/ berita tentang penyanyi pop Malaysia, Dr Fazley. Sure U all kenal kan? Kalau tak kenla, cepat2 gi google sebab cerita hari ni adalah berkenaan penyanyi tersebut. Siapa tau macam mana DR FAZLEY mendapat title DRnya? Anna sebenarnya macam sure tak sure jugak. Tapi itu bukan perkara utama. Berita yang Anna baca pagi tadi adalah berkenaan penubuhan sebuah KOLEJ SWASTA atas nama DR FAZLEY ni sedang disiasat sebab diragui ianya tidak sah. WOW!! Camne tu?




Ni antara keratan akhbar tersebut...

*************************************
The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, pending investigation A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows. A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution.Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions. The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised.

The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration. But both came from a bogus university.




**************************************

Kalau U all nak baca dengan lebih lanjut, boleh la klik SINI. Ada interview dengan BBC News. Ada lagi, kalau U all nak tau apa yang ditawarkan oleh Fazley International College, boleh klik SINI pula.


So, apa pendapat U all? adakah phD Dr Fazley juga BOGUS? Bogus=fake=palsu! Hmm.. Skrang ni kolej2 swasta wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Bagi yg memang berdaftar dan di sahkan oleh kementerian (KPT), mmg bagus la.. Tapi kalau yg 'bogus', sape nak jawab???








Read More

Friday, September 17, 2010

Hukum Mati Keatas Pembunuh Datuk Sosilawati

TAHNIAH kepada PDRM kerana berjaya menyelesaikan kes ini, dan kini terserah kepada Peguam Negara untuk mendakwa, & seterusnya hukum ke semua pembunuh tersebut! "Pembunuhan yg tidak berhati perut"


Berita yang mencemarkan kemeriahan Aidilfitri tahun ini..
Takziah diucapkan buat family mereka



Ramai lagi dibunuh di tempat sama????

Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu. Klik SINI untuk bacaan lanjut. 


Suspek umpan cek RM1 juta.
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Cek RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanah milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai digunakan sebagai 'umpan' oleh suspek untuk memperdaya mangsa sebelum dibunuh. Klik SINI untuk liputan lagi. 



Semua mangsa DIKERAT sebelum dibakar!!



ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.


BANTING: Polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar. Nak tau lebih lanjut, baca SINI.






‎Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya. “Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” katanya.  Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 kereta mewah terutama jenis Mercedes Benz dan BMW. Baca LAGI KAT SINI...



dari-kanta-mata-anna: semoga semua yang bersalah mendapat hukuman yang sewajarnya dan setimpal dengan kesalahan (kekejaman) yang dilakukan. Al-Fatihah untuk semua mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..~~~

Read More

Thursday, June 24, 2010

Bidaan RM66,550 telah menjadikan KCT 1 milik Dato K



Wahhh.. Bayak betul duit dato' K. Sanggup berhabis demi dapatkan KCT 1. Bagi orang yg berkemampuan mmglah cakap berbaloi. Bagi yang gaji-cukup-bulan-habis ni camne? dah boleh buat beli kereta sebijik lagi.. Hohoho...




ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sah menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 selepas memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran itu dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dipaparkan sebagai pemenang bagi bidaan nombor pendaftaran itu dalam senarai dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini, semalam.

Nama Datuk K dengan nilai bidaan paling tinggi antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan Siti dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran KCT 1 yang dikatakan mempunyai gabungan nama beliau dan suami. Bagaimanapun, akhbar semalam menyiarkan penjelasan Siti bahawa nombor itu sebenarnya dibida Datuk K serta menafikan mereka sanggup menghabiskan wang sehingga RM100,000 semata-mata untuk membida nombor pendaftaran berkenaan.

Difahamkan, bidaan bagi nombor pendaftaran itu sudah dibuat minggu lalu sebelum senarai pemenangnya ditampal di beberapa papan kenyataan di pejabat JPJ Kedah, di sini, semalam.

JPJ menetapkan harga minimum tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000.


dari-kaca-mata-Anna: Hmmm.. apa salahnya bagi membuktikan cintanya kepada Dato' CT. Kalau U all ada duit banyak sanggup tak? rasanya berbaloi ke...?
Read More