Showing posts with label Philipphines. Show all posts
Showing posts with label Philipphines. Show all posts

Wednesday, July 15, 2020

CEBU VACATION | Hari Keempat Kami Explore Bohol Island



Assalamualaikum.. Hai guys.. 

Masih menanti sambungan perkongsian saya tentang percutian kami berdua di Cebu? Okey, jom...

Hari keempat ni juga kami perlu keluar awal pagi untuk satu perjalanan yang panjang. Kalau korang belum baca entry lepas berkenaan survey feri untuk ke Pulau Bohol, boleh baca di SINI.

Kami keluar dari Hotel seawal jam 5.00 pagi, dan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Pier 1 Terminal. Awal pagi lagi kami di sambut dengan hujan yang lebat. Perjalanan ke Terminal mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Awal pagi jalan masih kurang sesak, tetapi disebabkan hujan lebat, perlu berhati-hati. 

Sampai di Terminal, rezeki kami Q untuk membeli tiket tidak panjang. So, MH dapatkan tiket untuk kami berdua di kaunter, dan terus masuk ke Terminal untuk Check-in. Sebelum  nak masuk ke line-up boarding ke feri, make sure dapatkan nombor feri dan boarding time dulu. Oh ya, sebelum masuk ke Terminal, kena melalui scanner dulu tau. Tak boleh bawa benda tajam dan berbahaya ke dalam feri. Satu lagi, korang jangan lupa bawak bekal sikit untuk alas perut ya.


Ocean Jet Ferry ni memang highly recommended. Dapat duduk dengan selesa, ada aircond yang sejuk. Saya sempat tidur sekejap melayan kesejukan pagi + aircond + basah kena hujan.


Semasa di dalam feri, kami diberikan slip pelancong. Dalam slip ni kita kena declare datang dari Negara mana, ada simptom demam atau flu, dan ada visit negara-negara high risk dalam masa 3 bulan ke belakang. Disebabkan kami dari Malaysia (consider case tengah meningkat), maka kami di arahkan untuk ke kaunter Covid19 Screening. Alhamdulillah suhu okey (walaupun saya ada sedikit selsema dan batuk - kena selepas aktiviti Canyoneering hari kedua tu lah). Kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin!


Settle screening tu, baru kami dapatkan brother yang kami deal untuk sewa motor. Untuk sewa motor ni, MH dah deal awal sehari. Tapi, memandangkan hujan lebat, brother ni tawarkan kami untuk ambil kereta sewa dengan harga mampu milik. Setelah dipertimbangkan, kami setuju untuk sewa kereta. On the way nak ke tempat ambil kereta sewa tu, sekali lagi kami ditawarkan dengan pakej-pakej Bohol Island Tour. Setelah berbincang, melihat dari segi harga berbaloi, kami setuju dengan pakej tour tu. So, let's goooo...


Tempat pertama kami singgah adalah Choco Hill Adventure Park. Niat di hati nak try Zipline Bike dengan Hanging Bridge. Tapi, tiada rezeki sebab hujan lebat, terpaksa ditutup buat sementara. So demi mengubati kesedihan, saya borong Fridge Magnet kat situ. Selama tiga hari sebelum ni, jenuh mencari FM, tapi tak jumpa. So, beli lah di sini siap-siap alang-alang dah jumpa. Tapi harga FM dia, mahal oiii.. Demi nak buat kenangan, pejam mata je lah.

Selepas membeli beberapa keping FM, kami bergerak ke tempat seterusnya iaitu Chocolate Hill Monumen. Poncho kami ni pun beli on the spot je. 


Actually, kalau tak hujan, kita boleh nampak bukit-bukit yang saiznya sekata je. Memang lawa. Even hujan pun, boleh nampak, tapi terbatas sikit penglihatan. Tak ada rezeki kami nak bergambar berlatar belakangkan bukit-bukit unik tu.


Kita enjoy main hujan.. yeay! Spend lebih kurang 30 minit, jom ke next destinasi pulak. Disebabkan hujan dan mula renyai, kami mencuba nasib untuk ke aktiviti yang menjadi tujuan utama kami, iaitu Superman Zipline di Loboc Eco Adventure! 

Alhamdulillah, setibanya kami di situ, aktivti baru je beroperasi semula. Rezeki.. Yeay.. Kalau tak, rasa ralat sangat datang jauh-jauh kan.. So, jom layan video je terus senang kan..




Subhanallah, cantik sangat-sangat pemandangan sekitar Loboc. Happy sangat dapat buat aktiviti ni. Kami ambil pakej Zipline + Cable Car. Boleh je kalau nak Zipline return, tapi sebab nak spend time lama sikit untuk melihat-lihat pemandangan dari atas, kami pilih balik dengan Cable Car.


Settle aktiviti Zipline, kami meneruskan penjelajahan kami ke Bohol Tarsier Sanctuary. Hujan masih renyai-renyai. Tapi redah je lah kan. Tarsier ni sejenis makhluk seakan-akan monyet, tapi kecik comel je. Dan sepanjang berada di dalam conservative area tu, kena keep quiet tau. Sebab binatang ni akan terkejut dengan bunyi yang kuat. Dan kalau terkejut, ia akan meninggal. Eh! Betul ni.. Boleh Google kenapa makhluk ni menghampiri kepupusan.


Ni ha si kecik comel tu.. Tidur aje dia ye. Kami dapat jumpe 4 ekor je. So, okey.. Jom ke next destination pulak..



Ini adalah Mahogany Forest Man Made. Kereta park tepi jalan je. Cumanya nak ambik gambar tengah-tengah jalan tu memang sangat mencabar sebab jalan lurus, dan kereta yang lalu lalang di situ memang agak laju!. Keselamatan diutamakan. Jadinya ambil dari tepi jalan je lah. Tapi serius, cantik sangat pemandangan.



Selepas bergambar di Mahogany Manmade Forest, kami decide untuk balik ke Cebu. Actually dalam pakej ada lagi dua tempat lawatan (kesan peninggalan sejarah) dan juga lunch di Loboc Floating Restaurant. Tapi kami skip je. Kami decide untuk lunch di hotel je.

Di belakang kami tu lah Restoran Terapung tu. Ada beberapa buah restoran, tetapi tidak ramai pengunjung. 



Ni adalah uncle yang menjadi Driver kami sepanjang kami di Bohol Island. Thanks uncle Thomas. Sebagai kenangan, kami hadiahkan syiling RM1 dan RM0.50 sebab dia cakap dia suka kumpul duit syiling dari pelbagai negara.



Ni adalah Feri yang kami naik. Masa sampai di Cebu Terminal, cuaca dah kembali terang. Alhamdulillah. Sampai lebih kurang jam 3 PM. Sempat lah untuk solat di Hotel je.

Dari terminal, kami ambik teksi je memandangkan nak mengejar waktu solat. Lagipun perut dah lapar sangat dah ni. Nak nasi..... Hahahha..



Lunch kami.. Kembara Pek lagi. Nasi Beriyani dengan Daging. Nyummy. So rest dulu, malam nanti nak keluar survey kaedah nak ke Sirao Garden pulak esok. Sirao ni antara tempat wajib lawati jugak. Terkenal dengan panggilan "Mini Amsterdam". Gittew..



Pusing-pusing, kembali je jalan yang sama juga. Jenuh juga mencari jalan sebab bila tanyakan orang tempatan, kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa Inggeris. Kat belakang saya tu adalah Hotel yang kami bermalam. So, sambil jalan, kami berbincang untuk aktiviti esok. 

Akhirnya kami decide untuk sewa motor je, memandangkan pakej-pakej ke Sirao Garden dan tempat lawatan sekelilingnya tu agak mahal. Macam tak berbaloi je. 

Okey, rest dulu untuk malam ni, esok sambung penjelajahan kami menaiki motosikal pula...

Tak sabarnya..

Bye!

Read More

Sunday, July 12, 2020

CEBU VACATION | Hari Ketiga Kami Menyelusuri Sejarah Cebu City Pula



Okey, dia macam ni...

Bila ada mood rajin, setiap malam pula rasa nak update dan menulis blog. So malam ni saya akan kongsikan pengalaman kami berdua untuk hari yang ketiga.

Memandangkan semalam penat+letih yang teramat sangat disebabkan aktiviti di Badian, makanya hari ni kami ambil keputusan keluar selepas Zohor. So, pagi-pagi kami breakfast dan rehat je di Hotel, lunch pulak kami masak Nasi dengan Rendang Daging Pek Kembara. MasyaAllah, sedapnya dapat makan nasi panas-panas. 

Dari hotel ke Terminal Feri Pier 1 hanyalah mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki Teksi. Okey, satu tips saya nak share, sebelum ni kami prefer naik Grab kan? Sebab senang, dah fix harga, tapi hari ni kami try ambik teksi dari depan hotel. Sebelum naik tu, tanya dulu berapa dia akan caj. Actually kami dah siap-siap tengok berapa caj kalau naik Grab. Jadinya kalau harga yang pemandu teksi tu bagi lebih murah, deal je terus. Jimat kan?


So, inilah kaunter untuk membeli tiket untuk ke Bohol. Plan kami ke Bohol Island adalah keesokkan harinya. Ada beberapa jeti di Bohol Island yang boleh kita pilih untuk check point pertama kita. Tapi kami pilih untuk turun di Tagbilaran, dengan menaiki Ocean Jet Ferry. Kami ingatkan lebih mudah kalau beli siap-siap tiket untuk esok, rupanya guard di situ advise better beli esok sahaja semasa nak menaiki feri. Reasonnya pagi-pagi kebiasaannya orang akan beratur panjang untuk menaiki feri. Kalau kita beli tiket jam 6AM, tapi disebabkan beratur panjang, kita missed the boat! Then, untuk next boat kita kena beli tiket lain. Dah rugi kan.

Okey, dah settle survey maklumat untuk esok, kami meneruskan langkah kami untuk melihat kesan-kesan sejarah di Cebu City ni.

PLAZA INDEPENDENCIA

Di sini ada mercu tanda Cebu City. Kawasan ni tak lah besar mana, cuma ramai warga Flipina yang meluangkan masa petang mereka di sini. Apa yang saya perasan, budaya meraka adalah menari. Yes, pelbagai rentak dan koreografi dan genre musik yang mereka persembahkan. Terdiri dari pelbagai golongan termasuk, kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia emas. Sesuatu yang menarik untuk ditonton. Persembahan kesenian percuma!

FORT SAN PEDRO

Kota San Pedro ni merupakan kota pertahanan yang dibina oleh pihak ketenteraan Sepanyol. Lokasinya tak jauh pun dari Terminal Pier 1 tu. Saya sangat suka kota ni, sebab ianya dijaga dengan baik. Tempatnya bersih dan cantik. Banyak spot yang boleh kita bergambar. Jom saya kongsikan sebahagiannya:













Haaa kan saya dah cakap, banyak spot cantik. Dengan cuaca pun baik, terang elok untuk kita bergambar kenangan. Asalnya nak spend time di sini sejam je, tapi terlajak dah jadi dua jam. Setiap sudut nak bergambar. Hehe.



Jom layan video sikit. Ni citenya dah malas nak edit. Masukkan terus je raw video.

Dah puas bergambar dan baca sikit-sikit sejarah Cebu City ni, kami plan nak singgah Museo Sugbo dan Yap San Diego Ancestral House. Tapi, memandangkan macam dah terlewat, so batalkan lah. Lagi pun nak masuk rumah antik lewat petang ni, macam tak sedap hati pulak. Boleh gitu? Hahaha..

So dari Fort tadi, kami decide untuk berjalan kaki je untuk balik ke Hotel. Kalau ikutkan agak jauh. Lebih kurang 2.5KM. Tapi memandangkan semangat nak explore, layankan je.. Jalan sambil melihat sekeliling apa yang boleh kita belajar dan ambil iktibar.


Sempat singgah di 7 Eleven. Beli air mineral dan Air Laici. Fuhh hilang dahaga minum air sejuk-sejuk ni. Actually susah juga nak cari yang halal. Kebanyakkan makanan dan minuman yang halal ni adalah import dari Indonesia.


Dalam perjalanan balik, sempat juga bergambar di depan Tugu Heritage of Cebu ni. Walaupun jam baru jam 6 PM, tapi dah gelap senja. Perjalanan balik ke Hotel ditemani lampu-lampu sepanjang jalan dan limpahan lampu dari kenderaan. 

Alhamdulillah, sampai di Hotel jam 8PM. Bersihkan diri, solat dan makan. Lepas tu, kami mencari Kedai Dobi untuk mencuci pakaian. Saya kagum dengan sistem di kedai dobi ni. 5 bintang saya berikan. Walaupun layan diri, tapi konsepnya tetap ada orang yang menjaga demi memastikan kita gunakan mesin dan sistem dengan betul.




Okeylah, selesai semua tu, kami singgah beli lagi air laici yang sedap tadi di 7 Eleven sebelah kedai dobi. Eh! Sedap pulak air tu.

Okey lah. Sampai sini je yang saya kongsi untuk hari yang ketiga. Penjelajahan kami untuk keesokkan harinya lagi menarik.

Tunggu ya. Bye!

Read More

CEBU VACATION | Hari Kedua Jom Explore Extreme Activities di Badian



Assalamualaikum.. Alhamdulillah, pasca PKP semua mula kembali seperti biasa. Jom kita sama-sama amalkan #NewNorms. Sepanjang PKP juga lah saya tidak mengunjungi blog ni. Sebenarnya work-from-home lagi banyak kerja yang kita perlu lakukan. Alhamdulillah, banyak hikmah daripada kejadian pendemik Covid-19 ni.

So, malam ni saya berkesempatan untuk memilih gambar yang sesuai untuk dikongsikan. Sebenarnya bila dah terlalu lama terperam, rasa kurang umphh dah nak kongsi, tapi insyaAllah saya cuba kongsi sebaik mungkin. Kalau nak baca dari awal tentang pengembaraan kami di Cebu, Filipina, boleh klik di SINI.

Okey, jom MULA!


Seawal jam 5.00 AM kami dah ada dalam bas. Kalau anda baca entri yang lepas, ada saya kongsi tentang perancangan menaiki bas untuk ke Badian. Di Cebu, Subuh masuk waktu awal tau. Dan daripada hotel nak ke Stesen Bas ni lebih kurang 10 minit sahaja dengan menaiki Grab. Bas yang kami pilih adalah Bas Cares warna kuning. Ada aircond dan seat semua selesa sangat. 

Perjalanan lebih kurang 3 jam daripada Cebu City ke Badian. Perjalanan melalui laluan berbukit dan berliku-liku. Terdapat perkampungan sepanjang perjalanan tu, dapat lihat suasana kampung betul! Sedang leka melihat-lihat, kami ditegur dalam bahasa Tagalog oleh konduktor bas tu. Semangat cerita apa tah, kami pulak yang blurr.. Bila bagi tahu kami dari Malaysia, tergelak besar dia. Dia ingatkan kami orang Filipina juga, tapi dari daerah lain. Kah! Actually kami pun tak tahu mana nak berhenti. Haha! So dia suggest kami turun di satu tempat yang mengusahakan aktiviti lasak yang kami nak buat ni. Iaitu MCM Adventure. 

Kami decide ambil pakej Canyoneering dan Hiking Osmena Peak. Dah settle bayar semua, kami di bawa menaiki motosikal yang dipanggil habal-habal. Yang specialnya, motor ni dah di modified menjadi 3 seater! Sempoi kan?




Sampai di checkpoint, kita perlu register dulu, termasuk menyatakan siapa nama Guider yang akan jaga kita. Setelah itu, akan diberikan jaket dan helmet keselamatan sebelum dengar taklimat daripada pengendali Canyoneering di sana.



Bergambar dulu sebelum melihat apakah level ke'extreme'an aktiviti. Daripada checkpoint taklimat tadi untuk ke starting point, ada dua cara. Pertama, boleh naik Zipline, tapi ada extra charges. Dan hanya mengambil masa 10 minit nak sampai. Pilihan kedua adalah berjalan kaki lebih kurang 30-40 minit (jalan menuruni bukit). So kami pilih yang kedua.


Ini adalah permulaan cabarannya sebelum mula terjunan di dalam air. Semalamnya hujan lebat, jadi trek yang dilalui agak lecak dan berselut. So kena extra carefull sebab jalan jadi licin.


Sebelum memulakan aktiviti Canyoneering, kami alas perut dulu dengan sandwich yang kami prepare sendiri. Jangan makan banyak sangat, nanti nak memerut takde tempat. Sebab aktiviti Canyonering ni ambil masa 3-4 jam. Tiada short cut untuk half way.


Antara gambar yang Guider tolong ambikkan. You all just enjoy the activities, guider yang tolong bawakkan beg dan camera. Tapi nasib lah kalau dapat guider kurang terer ambik gambar dan video. Hahaha..




Jom layan video Canyoneering dari kami berdua. Yang baju belang-belang tu lah guider kami berdua. 


Setelah hampir 4 jam - terjun, berenang, memanjat, maka sampai lah kami ke Kawasan Fall. Kat sini ada 3 tingkat air terjun. Dan yang paling ramai, of course lah tingkat bawah sekali. Kalau tak nak buat aktiviti lasak Canyoneering, boleh terus masuk ke Kawasan Fall. Dapatlah berenang dan lepak di situ.


Sesampainya kami di Kawasan Fall, perkara pertama nak buat adalah MAKAN! Just nice lunch di sini. Jam lebih kurang kul 2pm. Kami pun 'masak' lah bekal yang kami bawa iaitu Kembara Pek Kambing Kuzi. Perghhh nikmat tak terkata. Kenapa tak beli je? Harap maaf, no halal food kat situ ye.


Ni MH di bawah air terjun yang paling famous di Badian. Saya dah tak larat. Kaki dah start krem! Lagi pun lepas lunch dah, perut dah penuh. malas dah nak berenang. Boleh??

Selesai makan dan rehat, kami berjalan pulang ke tempat kami register masa mula-mula sampai tu. Laaaa dekat je. So kami diberi bilik untuk tukar pakaian. Bilik mandi juga disediakan. Jadi kami mandi dan solat di situ sebelum ke Osmena Peak.

Kami bergerak ke Osmena Peak jam 3.30 pm menaiki habal-habal. Again! Kali ni perjalanan pergi 1 jam setengah, balik satu jam setengah. Dengan jalan yang berbukit dan berselekoh, memang banyak kali mengucap lah. Huhu. Sesampainya di sana, perlu register. Dan mereka akan offer guider untuk bawak naik, tetapi kami tak ambil pun. Just follow trek yang ada. Alhamdulillah hampir sejam jugak nak naik ke puncak. 

Pemandangan dia... Subhanallah... Serius, kena tengok sendiri. Tak tahu nak cerita macam mana. Bila balik tengok gambar dan video, macam tak puas hati. Kenapa tengok dengan mata sendiri lain?? So, korang kena pegi sendiri tengok.


Kami lepak di puncak Osmena Peak lebih kurang 20 minit sahaja, memandangkan masa agak suntuk. Perlu berada kembali di Pejabat MCM tadi sebelum jam 8 pm. Sebab bas terakhir yang akan lalu di situ untuk balik ke Cebu City adalah jam 8pm. Kang tak pasal-pasal kena bermalam kat Badian. No way!


Punya laju dia bawak motor. Sakit pinggang dah ni.. Walaupun jam baru jam 6pm, tapi dah gelap. 

Okey, part ni SERIUS! Kami berjaya dapat bas untuk balik ke Cebu City, tapi bukan bas ekspress aircond tau. Tapi bas local yang tak ada aircond, tingkap plak kalau tutup memang lemas dalam tu. Seat pulak alahai, kecik dan keras. Bukan nak komen lebih-lebih, tapi kalau korang badan dah penat, kalau boleh nak tido je dalam bas kan, so lupakan kalau dapat bas local. Saya nasihatkan, ambik bas aircond ye. Tambang tak jauh beza pun.

So sakit pinggang naik motor + aktivti lasak + bas yang emmm = nak nangissss...

Apa-apa pun, ni semua pengalaman yang menarik untuk diingati. MH kata, barulah traveller. Betul tu.. betul tu... (redho).

Sampai di Stesen bas jam 9pm. Nak balik hotel ada dua pilihan, Grab atau jalan kaki. Korang rasa? Haaa.. MH ajak jalan kaki you all.. Maka berpimpinan tangan lah balik dengan berjalan kaki. Lebih kurang setengah jam sampai lah.. Memang dekat, tapi sebab dah letih dan mengantuk, rasa macam alahaiii jauhnyaaa...

So, apa plan next day? Tunggu... Saya akan share aktivti esoknya dalam next entry ya.

Stay tune!
Read More

Monday, February 24, 2020

CEBU VACATION | Hari Pertama Kami Explore Cebu City



Sambungan story daripada entri lepas >> KLIK <<

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk sambung perkongsian kembara kami ke Cebu, Philipines. Masih lagi hari catatan pada hari pertama. 2.00 PM: Seusai kami berehat, lunch dan solat, barulah kami meneruskan misi kembara. Kalau diikutkan plan asal, hari pertama adalah explore Cebu City! Tetapi memandangkan tidak berapa familiar dengan kawasan ini, jadinya kami hanya menaiki Grab. Lagi pun, masa yang sepatutnya kami gunakan untuk berjalan, telah digunakan untuk berehat. Ini yang bestnya itinerary sendiri. Fleksible..

Destinasi pertama adalah Cebu South Bus Station. Jika diikutkan jarak perjalanan hanyalah lebih kurang 2KM, tetapi kami berdua ambil keputusan naik Grab, lebih mudah dan cepat. Kami ke stesen bas ni untuk survey kaedah untuk ke Badian, bahagian Selatan Cebu keesokkan harinya. Memandangkan kami tidak ambil mana-mana pakej secara pre-book, jadinya kita kasi redah aje lah. :)




Perjalanan dari hotel ke stesen bas hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kenderaan agak banyak di jalanan, tetapi tidak terlalu padat. Di stesen bas ini, anda akan dapat lihat ada dua kaunter. Untuk ke Badian, boleh naik bas Ceres berwarna kuning. Bas ini akan bermula seawal jam 5.00 pagi. Tidak perlu beli tiket awal-awal. Esok dah naik bas, baru beli.

Okey, settle part tanyakan informasi berkaitan perjalanan ke Badian, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Taboan Public Market. Berpandukan Google Map, alhamdulillah, senang sangat nak jumpa. Berjalan kaki lebih kurang 800 meter daripada stesen bas tadi.


Dalam perjalanan, kami melalui Hospital awam. Tidak besar dan tidak kecil. Keadaan Hospital ini agak kurang memuaskan berbanding Hospital Kerajaan di Malaysia. 


Lebih kurang 30 minit berjalan, sampai lah kami ke Taboan Public Market. Di sini ada dijual pelbagai jenis hasil laut yang telah dikeringkan seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan lain-lain. Pasar ni lebih kurang macam Pasar Filipin di KK Sabah. Eh, ke Pasar di Sabah yang sama Pasar di sini.. Hmm.. Mana-mana je lah.. Saya tengok-tengok juga kot ada jualan makanan eksotik! Mujur tak ada. Hehehe. Di sebelah belakang pasar, ada jualan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memang agak murah, tetapi kami tak beli apa-apa pun. Cukup sekadar tengok-tengok. Done!

Daripada Pasar kami plan untuk singgah di JY Mall sebelum pulang ke hotel. Disebabkan jam dah menunjukkan 5.00 ptg, kami order Grab sahaja. Dan lagi senang, memang ada Grab Waiting Point kat pasar ni.

Grab ke JY Mall hanyalah lebih kurang 2 KM, tetapi memandangkan peak hours, lebih kurang 30 minit juga baru kami sampai. Tiada apa yang menarik di JY Mall. Plan nak cari souvenir, tapi hampa. So sempat singgah 7 Eleven untuk beli air.


Disebabkan tiada plan lain, kami balik ke hotel untuk merancang perjalanan esok yang bagi saya sangat mencabar. Yang mana aktiviti ini adalah yang pertama kali saya akan lakukan. Believe it or not. Tidur awal untuk bangun awal pagi. Kumpul tenaga untuk aktiviti mencabar esok!

Malam, dinner simple saja. Roti Gardenia dengan Sambal Hitam Pahang dan Tuna, disajikan dengan Milo Panas. Cukup memadai untuk mengenyangkan perut kami.

Okey, sampai sini dulu. Aktiviti keesokkan hari akan di sambung entri seterusnya. 

Daa...
Read More