Friday, November 12, 2021

Penyakit Asthma Hilang Selepas 5 Tahun Berpantang

 


Percaya atau tidak, setiap penyakit ada penawar kecuali tua dan mati. Bagaimana orang tua dulu-dulu merawat diri dan keluarga dengan menggunakan kaedah semulajadi tanpa penggunaan ubatan hospital (Discalimer: Saya bukan anti-ubat ya. Saya berkongsi tentang kebaikan rawatan menggunakan sumber alam semulajadi).

Saya mulakan dengan kisah yang pertama penyakit yang saya alami. Saya kira penyakit ni berat bagi saya dan memberikan impak kepada perjalanan hidup saya. Apa-apa pun, sakit tu kan penghapus dosa kecil bagi orang-orang yang bersabar.

Mak saya memang ada asthma. Apa yang saya tahu, beliau alah dengan habuk. Kami adik beradik tiada asthma sejak lahir. Alhamdulillah. Tetapi, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Penyakit Asthma tu kena pada saya ketika umur saya 13 tahun. Saya salah seorang penghuni di salah sebuah asrama penuh. Mula dengan batuk dan wheezing, akhirnya saya mengalami kesukaran bernafas sehinggalah warden asrama terpaksa bawa ke Klinik Kesihatan (dekat je dengan sekolah). Di KK doktor sahkan saya kena Asthma Attack. Kena ambik nabulizer sekejap dan dibenarkan balik. Balik bukan dengan tangan kosong. Doktor bekalkan saya dengan beberapa jenis Ubat dan Inhaler. Setiap kali nak telan ubat, memang drama (dulu lah...). Hehehe..

Seingat saya, ada dua jenis pil. Pink dan hijau. Tapi saya tak ingat yang hijau tu macam mana dan nama pilnya apa.

Dua inhaler ni peneman saya. 
Sumber gambar: Google


Dipendekkan cerita, sepanjang persekolahan sekolah menengah saya, saya tidak bolah bersukan. Saya suka acara balapan. Saya boleh Sprint masa saya Form 1. Lepas kena asthma ni, terus tinggal segala sukan balapan. 

Saya akan kena asthma ni kalau terlalu sejuk, terlalu panas, dan kalau demam. Bila start kena tu, kipas buka pada kadar no 1 pun saya rasa sesak nafas. Kalau tak buka kipas, rasa macam tak cukup udara pun saya lemas. Tu yang terpaksa guna Inhaler.

Pada awalnya saya hanya guna inhaler biru, tapi tak ingat masa Form berapa, Asthma saya makin teruk. Doktor terpaksa bagi Inhaler kaler coklat ni pulak. Yang coklat tu saya kena guna setiap pagi. Yang biru kalau kena Asthma Attack sahaja. 

Pendekkan lagi cerita, selepas SPM saya dapat tawaran belajar di Terengganu. Pertama kali akan berjauhan dengan mak ayah. Mak mana tak risau kalau anak yang ada penyakit ni jauh dari mata dia kan? Saya ingat lagi, mak pesan, kalau batuk dan start rasa nak lelah tu, cepat-cepat cari halia. Buat air halia suam, minum. Memang inilah yang akan mak buat kalau saya kena asthma. Mak memang seorang yang sebolehnya tak bagi anak-anak dia makan ubat drug-based. Akan diikhtiarkan dulu kaedah tradisional. Dan Alhamdulillah semua serasi dan berkesan.

Antara bekalan yang wajib ayah belikan sebelum balik Terengganu adalah Minyak ikan Scoot Emulsion dan Pati Ayam Brand. Masa di Terengganu, saya berazam untuk jaga kesihatan supaya jangan kena asthma. Ye lah, mak ayah jauh, tak nak bagi mereka risau. Makan saya pantang betul-betul, minyak ikan dan pati ayam saya consume setiap hari. Sampailah satu masa tu, sedar-sedar dah setahun saya tak kena lelah. Saya cuba stop minyak ikan dan pati ayam dan alhamdulillah seingat saya selepas saya buat semua tu, langsung tiada lagi asthma sehinggalah ke hari ini. Syukur sangat-sangat.

Apa yang saya nak share kat sini, kalau kita ikhtiar kena caranya, bersabar, konsisten, insyaAllah boleh hilang Asthma dan tidak perlu lagi risau nak ke mana-mana nak bawa ubat-ubatan dan Inhaler tu. 

Bab pantang makanan tu, panjang lah ceritanya. Banyak yang saya pantang. Termasuklah buah anggur dan rambutan yang korang suka sangat tu kan? Rasanya bertahun-tahun saya tak makan anggur dan rambutan walau sebiji. Lepas saya yakin beberapa tahun selepas tu, baru berani jamah. Tu pun sikit sekadar lepas rasa teringin sahaja.

Korang ada pengalaman seperti saya? Jom lah share... :)

0 comments: