Sunday, July 19, 2020

CEBU VACATION | Hari Kelima Bersiar Di Taman Bunga Mini Amsterdam (Sirao Flower Garden)



Hari terakhir untuk kami berlibur dan explore di Cebu Island. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur keesokkan hari, seawal pagi sebelum Subuh. 

Aktiviti hari terakhir ni lebih santai. Tiada aktiviti lasak lagi. Cuma dating di Taman Bunga! 

Ok, jom saya share apa yang menarik untuk hari terakhir kami ni Cebu. Disebabkan semalam tak berjaya mencari kedai untuk menyewa motor, akhirnya kami ambil keputusan untuk hanya search di Internet, dan finally menjumpai satu tempat sewa motor yang dekat dengan Hotel kami.

Seusai sarapan roti tuna dan secangkir kopi, kami bergegas menahan teksi untuk ke alamat yang diberikan oleh owner kedai sewa motor. Tempatnya tak jauh. Lebih kurang 15 minit dah sampai.


Perlu isi form, serahkan deposit dan passport MH perlu diserahkan sebagai cagaran. Tidak perlu buat International Diving License ye. Cuma dia nak salinan lesen memandu Malaysia. Sebab lesen kita SAH untuk Negara-Negara Asean lain seperti di Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. 

TIPS sebelum ambil moto: Make sure check setiap inci motor tu, ambil gambar, dan nyatakan siap-siap kepada owner jika terdapat kesan calar, patah, rosak atau sebagainya. Check juga signal, hon dan test sekejap motor tu sebelum ambil. Owner juga sediakan dua biji helmet secara percuma. Boleh pilih helmet sendiri, dan yang bestnya helmet ni semua macam baru, dan wajib spray sanitizer sebelum dan sesudah guna. Bagus kan? Yang penting helmet tak busuk! Hahaha...

So... Jom kita ride. Actually ni pertama kali kami ride motor di Negara Luar. Kalau di Indonesia kami pilih untuk sewa kereta. Perjalanan dari tempat sewa motor ke distinasi pertama kami hari ini lebih kurang 19KM / 50 minit ride. Enjoy pemandangan, dengan angin sejuk menyapa wajah. Matahari juga bersinar gemilang, menjadikan segala yang dipandang JUST PERFECT!

Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa di Taman Bunga ya. Actually Sirao Flower Garden ni dikenali sebagai Cebu Mini Amsterdam. Mungkin disebabkan banyak tanaman bunga Matahari dan Tulip yang pelbagai jenis dan warna. 

















Okey, cukuplah gambar-gambar yang dipilih ni. Rasanya destinasi ni yang paling banyak kami bergambar. Plan asal nak singgah sejam ke sejam setengah je, tapi sedar-sedar dah lebih dua jam kami di situ. Dan rezeki kami, kami antara yang terawal masuk ke sana, pelancong pun belum ramai.

Setelah berpuas hati, kami bergerak ke destinasi kedua. Matahari dah terpacak atas kepala ni. Perut pun dah lapar. Tak sabar nak 'memasak' menu istimewa hari ni.

So destinasi kedua adalah Tops Lookout. Ada Entrance Fee tau nak masuk. Tapi murah je. Ni antara tempat yang pelancong suka datang. Tapi biasanya orang akan ke sini untuk melihat sunset. Disebabkan kedudukannya yang terletak tinggi di atas bukit, kita dapat melihat keseluruhan Bandar Cebu dari sini. Dan boleh nampak Hotel yang kami inap dari sini. Awesome!



Selesai bergambar dan melihat pemandanganl, jom prepare makanan. Menu lunch kami hari terakhir di Cebu adalah Nasi Lemak dengan Rendang Ayam (Pek Kembara). Hanya perlukan sebotol kecil air mineral untuk masak dua pek makanan. Mudah dan sangat praktikal. Alhamdulillah, kenyang dan puas hati dapat makan nasi panas-panas, halal, bersih dan suci.

Okey, destinasi seterusnya adalah Temple of Leah. Turun dari bukit, mendaki bukit semula untuk ke sana. Tak jauh, hanya 15 minit ride dah sampai.


Temple of Leah ni dikenali sebagai Cebu's Taj Mahal. Sebabnya ianya menjadi simbol cinta daripada Sang Suami yang membina mahligai indah buat Sang Isteri. Tapi, sedikit berbeza daripada Taj Mahal, kerana Temple of Leah ni adalah sebuah kuil yang diilhamkan oleh Yunani dan ianya bertujuan untuk dijadikan khazanah dan kenangan zaman pengakhiran hayat Leah Albino-Adarna. Suaminya, Teodorico Soriano Adarna, mendirikan kuil besar ini yang dilaporkan bernilai 80 juta Peso sebagai lambang cinta abadinya kepada mendiang isterinya.

Angin sepoi-sepoi bahasa, dengan ada alunan muzik yang mendamaikan buatkan kita terlupa dengan panas terik mentari. Selesai bergambar, jam pun dah menunjukkan lewat pukul 4 petang. Cepat betul masa berlalu.


Sepanjang perjalanan kembali ke Cebu City, kenderaan semakin banyak. Ini adalah waktu pekerja mula balik dari pejabat, pelajar sekolah juga dah habis waktu pembelajaran mereka dan masing-masing berebut untuk pulang ke rumah.

Kami? Masih belum mahu pulang. Disebabkan belum solat Zohor (dijamakkan ke Asar), kami mencari Masjid atau Surau.Menurut pembacaan, hanya ada satu masjid di bandar. Dikenali sebagai Masjid Hijau. 

Oh ya, sebelum tu, jom tengok video untuk hari kelima kami di Cebu:




Alhamdulillah, tak susah nak cari, cuma lokasinya agak tersorok daripada jalan utama. Masjidnya agak besar, tetapi macam tengah renovate. Tempat wuduk tiada. Hanya ada sebatang paip di luar di tempat yang agak terbuka. Jadinya pandai-pandailah cover supaya tak ternampak aurat ya.


Selesai solat, kami ke SM City Cebu Mall. Mall ni agak besar. Lebih kurang macam AEON Shah Alam. Niat di hati nak mencari Fridge Magnet, memandangkan semasa di Bohol, saya hanya membeli 10 keping FM sahaja. 


TIdak susah mencari Mall ni.  Locationnya sangat strategik, tengah-tengah bandar, dikelilingi bangunan-bangunan hotel disekitarnya, dan di belakangnya ada laut. Puas jugamencari FM di dalam mall. Harga tak masuk akal. Sekeping boleh mencecah RM15! Nampaknya hajat nak beli FM terpaksa dibatalkan. Sudahnya, kami ke bahagian Groceries di ground floor, mencari sedikit kudapan.

Alhamdulillah, ada juga makanan halal yang boleh di beli. Alas perut dulu. Balik hotel nak makan megi je. Hahah. Habiskan stok megi yang di bawa. Takkan nak bawa balik KL semula kan?

Kami pulangkan motor dengan selamat pada jam 8PM. Cukup-cukup 12 jam. Daripada Kedai sewa motor, kami decide untuk berjalan kaki. Memandangkan kawasan tersebut kami belum explore. Kot-kot lah jumpa FM kan (masih berharap).

Namun, memang tiada. Souvenir lain banyak lah. Hmm.. Tak ape lah. Esok try tengok di Airport. Mana tahu ada kan.

Suasana malam di sekitar kawasan Hotel yang kami menginap memang happening. Ramai juga peniaga di kaki lima, menjadikan suasana lebih meriah.

Sampai di bilik, jam dah hampir pukul 9.30 PM. Badan pun dah letih. Kena packing semua barang malam ni juga memandangkan esok early check out (very early). Jam 4.30 pagi kami dah nak kena bergerak ke Airport, sebab boarding time 7.50 AM. 

Ok, perkongsian perjalanan balik ke KL saya tulis di next entry pula ya..

Semoga boleh menjadi rujukan buat anda yang ada plan nak ke Cebu Island.

Kalau ada nak tanya apa-apa, boleh komen atau email ke sitizanariah307@gmail.com.

Bye...





0 comments: