Monday, January 28, 2019

Bali Day 3 - 21 Jan 2019 : Nusa Penida Full Day Tour

"One's destination is never a place, but a new way of seeing things.."


Yess... Alhamdulillah, dah hari ke-3 kami berlibur di Bali. Hari ke-3 ni kami spend full day di Nusa Penida. Pakej yang kami ambil semalam di Sanur. Rezeki masih ada seat kosong. Seawal jam 6.30 pagi lagi driver dah datang ambil kami di Hotel untuk ke Jetty Sanur. Untuk ke Nusa Penida, kita perlu menaiki boat selama lebih kurang 40 minit. Dan sesampainya di Nusa Penida private driver dah menunggu untuk bawa kami tour sepanjang hari ini.

Tempat pertama yang kami singgah adalah BLUE HIDDEN BEACH - KELINGKING BEACH. Subhanallah, cantik sangat-sangat. Memang sangat teruja. Masa 2016 dulu, memang plan nak ke sini, tapinya masa tak mengizinkan. Kalau plan ke Nusa Penida, perlu spend satu hari. 




Rezeki kami, sesampainya kami kat sini, awan mendung berarak datang. So tak nampak matahari, dan di nasihatkan untuk tidak turun ke bawah, ke hidden beach tu. Untuk turun ke bawah, ke pantai tu perlu berhati-hati dan mempunyai stamina yang kuat! Penduduk di sini telah sediakan laluan pejalan kaki seperti anak tangga dan ada pagar kayu dan buluh menuju ke pantai. Diceritakan bahawa perjalanan untuk turun ke bawah tu lebih kurang sejam hingga dua jam jugalah dengan mengambil kira tiupan angin yang agak kuat dan keadaan anak tangga yang agak tidak stabil dan licin.



Hujan dah mula turun dan semakin lebat. Kami spend time kat sini lebih kurang 30 minit sahaja


Tempat kedua adalah ANGEL's BILLABONG ni satu lokasi dengan Broken Beach. Dari Kelingking Beach nak ke Angel's Billabong mengambil masa lebih kurang sejam. Dan jalan yang digunakan tu berlubang-lubang. Be carefull bagi pelancong yang menggunakan motor ya. Di sini, spot mengambil gambar memang cantik-cantik. Kena berhati-hati kerana tebing curam dan tinggi. Di sini boleh mandi, tetapi risiko tanggung sendiri kerana tiada penyelamat stand by pun, dan ombaknya juga kuat. Kalau nak mandi, tunggu waktu surut okey lah kerana kalau waktu air pasang, gelombang ombak boleh naik secara tiba-tiba.



Terpaksa bergambar dengan payung. Hihi. Mujur driver dah sediakan payung.



Angin kuat. Masa ni hujan reda sikit dah.

Tempat ketiga adalah BROKEN BEACH. Jarak hanya 10 minit berjalan kaki daripada Angel's Billabong. Saya suka sangat tempat ni. Subhanallah, airnya jernih menghijau. Pandai ni diberi nama 'broken' kerana ada lubang di tengah-tengah tebingnya. Lubang besar ni membuatkan air laut boleh masuk dan jika air pasang, air laut boleh memenuhi segenap penjuru di dalam tebing ni. Unik sangat tempat ni.















Tempat terakhir Tour Nusa Penida adalah CRYSTAL BAY. Tempat ni yang paling ramai orang selain viewnya yang cantik berlatar belakangkan air laut yang jernih dan clear, ada pulau-pulau kecil dan boat-boat pelancong juga. Ramai pelancong datang ke sini semata-mata untuk mandi, berjemur, diving dan juga snorkeling. Kami? tidak plan untuk mandi pun. Hanya ambik angin dan ambik gambar. Itu pun sekejap cuma, sebab hujan datang balik. 





Angin kuat!

Selesai tour kami keempat-empat tempat ni lebih kurang jam 3.30pm. Kembali ke jetty Nusa Penida untuk ambil boat pertama iaitu jam 4.30pm. Oh ya, lupa saya nak share, lunch memang disediakan termasuk dalam pakej. Driver ada bawa kami berdua ke satu cafe sebelum sampai ke Crystal Bay. Kami bertanyakan tentang status HALAL. Jawab drivernya, makanan HALAL sebab pakej kami ala carte. Bagi Pakej lain ada disediakan buffet. Tapiiiiiii bila sampai ke cafe, kami tengok tukang masaknya sama dengan tukang masak yang buffet, dan di cafe ada dihidangkan juga arak, sambil anjing berkeliaran. Jadi, kami ambil keputusan makan bekalan makanan kami sendiri. Mujur ada bawa roti, sambal hitam pahang dan biskut. 

Saya faham, mungkin maksud driver kami 'halal' yang dia faham adalah no pork! Sebab menu pilihan yang diberikan adalah ayam. Ragu-ragu pula kami nak makan sebab tak tahu status penyembelihan. Selagi ada pilihan yang lebih baik, kita tinggalkan benda yang ragu-ragu kan? Nyaman...



Sementara menunggu boat sampai, boleh lah lepak dan ambik gambar dulu kat kawasan Jetty ni.





Gambar dalam boat tak ambil sebab boat memang penuh. Alhamdulillah, laut tidak bergelora sangat. Ada pening-pening sikit lah. Kami memang dah standby makan pil tahan mabuk! Hahaha.. Based on pengalaman di Phuket dulu. Sesampainya di Jetty Sanur, masih hujan lebat. Pak supir dah siap menanti kami untuk menghantar kami kembali ke hotel.

Letih tu memang letih, tapi seronok banget! Satu pengalaman yang sangat mahal. Tips: kalau ada plan nak datang Nusa Penida, elakkan musim hujan, musim cuti sekolah dan make sure pakai sport shoes untuk mudahkan anda hiking. Untuk transfer dari Jetty Sanur ke boat, anda perlu tanggalkan kasut atau pakai sandal. Sampai di Nusa Penida tukar balik ke kasut bagi memudahkan anda berjalan dengan selesa dan selamat.

Alhamdulillah, sampai di hotel jam 6.30pm. Petang-petang ni macet ya. Especially bila hujan. Mujur driver kami ni peramah. Habis sejarah Bali semua di share. Paling kami tak sangka, dia peminat no satu Upin Ipin tau. Kat Bali ni, Upin Ipin sangat fames. Segenap lapisan masyarakat suka. Bangga pulak jadi orang Malaysia.

Malam ni kami tak bercadang nak keluar pun. Lepas settle membersihkan diri, solat dan membasuh baju, kami sediakan makan malam ringkas yang sangat special, iaitu Nasi Impit Adabi di makan bersama Sambal Hitam Pahang Resipi Bonda. Sangat praktikal dan membuka selera. Lepas ni kalau travel, make sure bawa sambal ni.




Ya Allah.. Sedapnya.. sape nak order nanti roger saya ye. Special by Zariri Omar dan Nurul Sarah Zamri ni. 

Rasanya sampai sini dululah sharing saya. Kalau nak tahu lebih detail lagi, contact saya ye. Atau drop kat comment, insyaAllah saya reply. Video saya akan upload di FB saya. Bye!

Total belanja kami untuk hari ketiga:
1. Kamar Kecil (Toilet) - IDR6,000 (untuk 2 orang)


Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [22 Mac 2016 - Day 3: Pura Besakih - Kintamani - Tirta Empul] <<

0 comments: