Sunday, July 22, 2018

Diam-Diam

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.." - Hassan Al-Banna

Tajuk entri saya pada malam ini agak unik sedikit. Ringkas tetapi ada maksud yang ingin saya sampaikan. Ada cerita penting yang ingin saya kongsikan berkaitan secebis perjalanan saya dalam 'berniaga'.

DIAM-DIAM BERNIAGA

Minat berniaga ni lahir secara semulajadi dari dalam diri saya sejak dari bangku sekolah lagi. Seingat saya, saya pernah berniaga nasi lemak semasa saya darjah dua (sekolah sesi petang). Bukan emak saya yang masak, tetapi jiran saya. Setiap hari, sebelum balik sekolah, saya akan ambil order dari rakan-rakan. Apabila balik sekolah, terus saya submit order untuk keesokkan harinya. Begitulah setiap hari.. Tetapi jangan di tanya ke mana duit untung meniaga tersebut saya belanjakan. Yang ni diam-diam saya belanjakan.

BERNIAGA TETAPI PENDIAM

Kebiasaannya trait orang yang berniaga ini mestilah peramah, mudah mesra dan mudah bergaul. Tetapi berbeza dengan saya. Saya masih ingat lagi, semasa zaman belajar Diploma di KUSZA, pertama kali saya menyertai MLM. Pernah dengar Gano Excel? Ya, itulah perniagaan MLM pertama saya. Pada mulanya, saya hanya menjadi supplier kopi dan minuman coklat kepada penghuni asrama, tetapi lama-kelamaan, ada rakan yang tertarik ingin turut sama menceburi perniagaan ini. Sedar tak sedar, setelah setahun saya telah naik ke ranking Director. Bayangkan, masa tu masih bergelar pelajar (yang pendiam), telah start menanam impian untuk ada tabungan masa depan! 

Namakan, apa yang saya tak jual? Mi segera, kerepek, burger, roti dan macam-macam lagi. Dan yang lagi best, saya pernah jual basikal kepada pelajar asrama perempuan! 

Itu cerita zaman belajar.. Saya teruskan minat berniaga saya semasa saya melanjutkan pengajian ke UTM Skudai. Sebut lah dari segi barangan kosmetik, tudung, baju, semua saya jual. Masa ni duit dalam akaun mencecah RM10K! Best kan? Bagi saya dah best sangat lah. Salah satu sebab saya nak ada duit sendiri adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Percayalah, kalau kita istiqamah pasti berjaya. Istiqamah itu berat, kalau ringan itu namanya istirehat.

DUNIA PEKERJAAN

Alhamdulillah, perjalanan saya mencari pekerjaan Allah mudahkan semudah-mudahnya. Dipendekkan cerita, sebelum saya tamat pengajian, saya telah bekerja sebagai konsultan bersama Wow Edutaining, setelah itu beberapa syarikat yang bagus di Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, setelah hampir 8 tahun saya di dalam dunia korporat (cewah!), diam-diam saya memasang impian untuk bebas daripada majikan, bermaksud saya ingin bekerja sendiri. 

Dari hari ke hari saya mencari 'tarikh yang sesuai'. Sehinggalah saya betul-betul bertekad untuk resign pada Mei 2017. Ini adalah hari istimewa saya. Sebenarnya semua hari adalah istimewa.. kerana apa? Kerana untuk memperbaiki diri jangan menunggu hari yang tepat untuk memulai perubahan. Kerana semua hari adalah hari yang tepat.

DIAM-DIAM BERHENTI KERJA

Keputusan berhenti kerja, bukan satu keputusan yang tergesa-gesa. Keputusan ini dibuat setelah  saya rancang dengan teliti sejak setahun yang lepas. Saya telah memulakan business part time saya selama beberapa bulan dan setelah benar-benar yakin pendapatan berniaga tersebut boleh melepasi gaji saya, barulah saya tender resignation

Emak dan ayah saya belum diberitahu. Bukan berniat tidak mahu memohon restu, tetapi saya bimbang mereka risau. Maklumlah memang sedari kecil kami ditanamkan 'belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di pejabat.' 

Namun, diam saya ini tidak mengambil masa yang lama. Alhamdulillah selepas 4 bulan saya full time, pendapatan saya telah mengatasi gaji akhir saya. Saya juga berjaya settlekan semua pinjaman pendidikan (PTPTN) saya. Masa ini baru yakin memaklumkan kepada keluarga. Alhamdulillah, setelah diterangkan dengan baik, emak dan ayah lah orang yang paling support saya! Syukur Ya Allah.

BERMAJIKANKAN ALLAH

Bekerja sendiri sepenuh masa, bermaksud kita bermajikankan Allah sepenuh masa. Tiada lagi boss untuk menilai kerja kita. Tiada lagi jaminan pendapatan secara tetap pada hujung bulan. Semuanya berserah bulat-bulat dengan rezeki dari Allah. Saya melihat ini adalah satu proses mendidik diri saya supaya menjadi orang yang lebih matang dan tenang. Yakin dan percaya, rezeki dari Allah, bukan boss, bukan syarikat.

DIAM-DIAM MEMBUAHKAN HASIL

Dulu.. saya fikir, bekerja ni sebab nak dapatkan duit sahaja. Tapi bila saya menganjak usia, baru saya tahu duit bukan segala-galanya. Kekayaan bukan sekadar duit dan harta, tetapi juga masa bersama keluarga. Ada orang, harta banyak, pangkat besar, tetapi tiada masa. Ada orang ada masa, tetapi tiada kemampuan untuk melengkapkan keperluan keluarga. Duit dan masa bukan boleh dapat sekaligus dengan mudah.

Namun, dalam bisness ini, perlahan-lahan saya seimbangkan antara menjemput rezeki dan meluangkan masa dengan keluarga. Mungkin belum sepenuhnya, namun beberapa impian saya sedikit demi sedikit telah tercapai.

Hidup ini satu pilihan...


Alhamdulillah.. dengan pilihan yang saya buat, impian saya untuk Travel The World dengan orang tersayang mula menjadi kenyataan. Dulu berimpian kumpul duit dan travel. Tetapi sekarang, sambil menjemput rezeki, travel datang secara percuma. Fully Sponsored lagi! Ya Allah... Ku bersujud kepadaMu. Engkau yang telah mengaturkan segalanya.

0 comments: