Showing posts with label _News_. Show all posts
Showing posts with label _News_. Show all posts

Sunday, January 06, 2013

Titik Akhir Menjanjikan Satu Permulaan

Dengan ketibaan 2013, kita perkasakan yang ada, perbaiki yang kurang, tunaikan yang tertunda, bersiap siaga untuk hari mendatang. Kini bermula sinar dan cahaya ke arah yang lebih berjaya, mengecap bahagia dan hidup bermakna.

Let us not forget to pray and strive for strength. It is a time of hope for more successes, happiness and fulfillment.



Marilah bersama kita sentiasa mensyukuri limpahan nikmat dan kurniaan dariNya..


Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk menyiapkan sebuah penulisan ringkas sebagai menyambut kedatangan 2013.






Read More

Friday, June 22, 2012

Block Leave


Salam.. Semoga semuanya sejahtera di hari Jumaat yang mulia ni..

Tak sabar tunggu kul 5.30pm. Actually Anna and hubby join family day. Dah lama plan before kahwin hari tu... Alhamdulillah, terlaksana juga.

Tempatnya nnt Anna update next entry, InsyaAllah..

Anna sekarang dalam tempoh probation. 3 bulan ni tak dapat bercuti langsung. So, kalau tanye honeymoon, jawabnya tak dapat lah. Raya nanti tak tau dapat cuti panjang ke tak..

Bercakap tentang cuti ni, Anna nak share tentang 'Block Leave'. Anna tak sure block leave ni practice kat institusi perbankan sahaja atau ada juga company lain practice.. 

Apa itu block leave dan kenapa perlu block leave? In my company, every year, we need to take this mandatory block leave. Cuti ni sangat special sebab dalam jumlah cuti tahunan tu, ada cuti yang wajib kita apply, tapi kena melalui proses permohonan awal lah. Sebab implikasinya besar. Dalam tempoh block leave ni, company will not contact you and vice versa.
If during your block leave period, you company contacted you for some critical reasons, you block leave is considered void. And when it is void, you need to re-take the block leave again. If you do not have enough annual leave for your block leave, you need to take unpaid leave for your block leave.

Tujuannya, adalah utk risk management. 

Bayangkan tiba2 staff tu tak datang kerja lagi (banyak sebab, antaranya meninggal, MIA dan sebagainya), camne bank nk operasi kalau staff tu tak datang kerja. Kerja-kerja dia tu dapat dilakukan oleh orang lain atau tak.. this also ensure that there is replacement for every staff in the company.
Not all company impose block leave, only those from banking industry or those companies which need to support critical systems.

So, Anna belum blh apply block leave... Best jugak kan.. tak payah fikir tentang kerja jap buat masa seminggu.. =)
Read More

Tuesday, June 22, 2010

Pelajar Mati Tumpah Darah

Asalamualaikum~

Selamat petang semua.. tadi sambil blogwalking Anna online la Utusan n Metro. Tetiba terbaca satu news ni.. Semoga menjadi pengajaran buat semua....





KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama di Pasir Mas, dekat sini, panik apabila teman wanitanya tiba-tiba rebah dan pengsan dipercayai akibat keguguran yang menyebabkan pendarahan teruk sebelum meninggal dunia di sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, semalam.
Difahamkan, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, pergi ke resort berkenaan dengan membonceng motosikal ditunggang teman lelakinya, kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik tiba di resort berkenaan, teman lelaki mangsa yang juga berusia 17 tahun, mendaftar masuk sebuah bilik di situ, namun difahamkan, sejurus tiba di depan bilik itu, gadis terbabit ‘tumpah darah’ teruk dipercayai akibat keguguran.

Panik dengan situasi dihadapi itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian menimpa teman wanitanya kepada seorang petugas di kaunter penyambut tetamu resort berkenaan untuk mendapatkan bantuan.

Pemuda berkenaan dikatakan memberitahu teman wanitanya pengsan dalam bilik, namun apabila diperiksa, gadis terbabit didapati sudah meninggal dunia.

Sumber memberitahu, pekerja resort yang bergegas ke bilik berkenaan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di bahagian pinggang ke bawah, lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut.



Menurutnya, pelajar perempuan yang mengalami pendarahan serius itu kemungkinan keguguran sehingga membawa kepada kematiannya. Bagaimanapun, setakat ini, usia kandungan gadis berkenaan belum diketahui.









Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pelajar itu ponteng selepas dihantar ibunya ke sekolah bersama seorang adiknya, pagi semalam.
“Dia seorang pelajar yang pendiam dan tidak menghadapi masalah disiplin walaupun tidak tergolong sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya pelajar terbabit mempunyai perwatakan yang baik dan sering solat berjemaah di masjid serta pernah menyertai kegiatan agama di sekolahnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Datuk Amir Hamzah Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihak polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Katanya, siasatan awal dilakukan mendapati mangsa mengalami pendarahan selepas keguguran dan polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat yang mengakibatkan kematiannya.

“Polis sudah menghantar mayat mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), untuk dibedah siasat. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.



Nota Kaki: Selalu teringat pesanan mak ayah, jaga diri baik2.. bukan senang nak jaga anak perempuan nan sorang ni.. huhuhu.. . Berjalanlah di muka bumi Allah ni dengan rasa takut kepadaNya...~Semoga Allah sentiasa berkati kehidupan kita.....
Read More

Saturday, June 12, 2010

Budak 2 tahun tidak lagi ketagih rokok ~

Budak 2 tahun tidak lagi ketagih rokok ~

Tentu u all pun dah baca story ni kan? Bagi yg belum berkesempatan nak baca, boleh la baca kat sini ye. Kita share info. Actually, story ni Anna baca kat UTUSAN MALAYSIA hari Rabu hari tu lagi dah.. Cume tadi tengah mengemas, ternampak balik keratan akhbar ni. So, Anna tergerak la nak share.... :)

 gambar dari incik gugel




JAKARTA 8 Jun - Budak lelaki Indonesia berusia dua tahun yang mencetuskan kekecohan apabila video merakamkan dia merokok tersebar di Internet pada bulan lalu, berjaya mengurangkan lebih separuh ketagihannya.

Ardi Rizal kini hanya menghisap 15 rokok sehari berbanding 40 batang sehari sebelum ini, hasil daripada terapi 'tumpuan bermain' oleh pegawai kebajikan kanak-kanak Indonesia.

Dia diberi rokok seawal usia 18 bulan dan sejak itu jika tidak diberikan rokok, dia akan menghantukkan kepalanya ke dinding dan meragam, namun ibu bapanya menyatakan dia dalam keadaan 'sihat'.

Penggunaan teknik psikologi juga dipakai, yang mana Ardi yang suka menyanyi diberitahu yang dia tidak akan dapat menjadi artis terkenal jika dia terus merokok. -AFP

So, ape komen U all? Tentu dah penah tengok budak ni dalam You tube kan? Ish2.. camno tu.. Rokok tak bagi manfaat pun kepada tubuh badan dan psikologi melainkan ketagihan... Jadi elok lah dijauhkan. Bagi yang belum pernah merokok n ada niat nak try, baik jangan lah.. Huhuhu.. *cam iklan taknak merokok!*


Antara kandungan merbahaya yg terdapat dalam sebatang ROKOK!

sekadar gambar hiasan ^_^
Read More

Saturday, May 29, 2010

-- Whoot! whoot! --

: Rezeki Landasan : 

Tadi Anna tgk Majalah 3. Tentu korang pun tgk kan?
Anna tertarik dgn dokumentari REZEKI LANDASAN..
Pergh! Mmg style la cara diorg ni cari rezeki..
Apa yg terlintas pertama kali dlm fikiran Anna, 'bahayanya'..
Mau taknye, keretapi lalu tengah2 pasar.
U all imagine, bila time train nak lalu je, cpt2 diorg tarik meja n kanopi. 
Mujur meja2 tu dah siap2 pasang roda. Hehehe~
Kat bawah ni Anna masukkan gambar utk U all yg tak sempat tgk M3.
.
.
.
mmg unik kan??

Ada lagi gambar2 kat bawah ni... 
.
.
.
Yang ni pulak STESYEN KERETAPI SONGKRAM.
Actually train ni dari Bangkok, lebih krg 75km.
Kat sini ada la jual macam2 jenis cenderahati and makanan.
Oppss! Lupa nk bgtau, pasar yg diceritakan tu namanya Maeklong.
Kat sini ada pelbagai jenis buah2an, sayur2an dan juga makanan.
Pasar ni dibuka seawal sebelum subuh sampailah matahari dah tenggelam.
.
.
Risikonya bisnes diorg kan? Demi mencari rezeki yg halal.
Sewa tapak lak 30 Bath sehari atau bersamaan RM3 dibayar kepada Jabatan Keretapi Bangkok. 
.
.
.
Relax je peniaga2 kat sini, sebab diorang dah tau waktu keretapi tu akan lalu~
.
.
Rasanya sampai sini je kot entri mlm ni.. heheh.. ngantuk sudah~

Nota kaki:  Kalau ada rezeki teringin jgk nk g tgk sendiri 'pasar keretapi' ni.. :)
Read More