Sunday, October 31, 2021

Kami Diuji Dengan Virus Covid 19 (Part 2)


25 Oktober, Isnin. Kami masih dalam fasa denial. Kalau boleh tak nak re-do test memandangkan last self test kami berdua negative. Berkali-kali saya bagi tau diri, saya hanya demam biasa (walaupun hakikatnya semua simptom Covid dah ada). Saya gagahkan juga bangun, buat kerja-kerja rumah yang saya termampu. Asak diri supaya berpeluh dan melawan virus jahat ni. Saya keep deny yang virus tu ada dalam diri saya! 

Namun, berbeza dengan husband, virus ni melemahkan badan dia. Simptom yang kami alami sama. Cuma husband ada cirit birit. Kalau ikutkan saya dah hari ke-7 demam, husband hari ke-3 dapat simptom. Alhamdulillah, panas badan saya berkurang, cuma sesekali sakit kepala, badan panas tiba-tiba dan batuk-batuk masih ada. Batuk yang saya kira seperti saya batuk Asthmatic. Maybe sejarah lama saya dengan Asthmatic buatkan saya mudah semput. Naik tangga sikit pun mengah dan semput!

26 Oktober, Selasa. Kami terpaksa akur untuk buat sekali lagi Covid-19 Self Test. Dan yang mengejutkan, keputusan test saya negative. Alhamdulillah. Recovery Stage dah agaknya. Tapi, husband punya test positive (jalur sama-samar je). Jadi, kami terpaksa ke CAC Kajang Utama untuk buat laporan.



Hanya yang test positive sahaja perlu berjumpa Pegawai untuk assessment. Jadi saya hanya meneman dan tunggu di dalam kereta. Jika diikutkan assessment yang dilakukan kepada husband, dia perlu ditahan di MAEPS kerana Category 2 disebabkan bacaan suhu agak tinggi. Bacaan BP, SPO, HR semua okey. Pada paras normal. Tetapi memandangkan di rumah pun hanya kami berdua, maka husband dibenarkan kuarantin di rumah. 

Alhamdulillah, Allah beri pinjam kekuatan kepada saya untuk diberikan kesembuhan awal. Walaupun masih demam dan batuk, tapi saya rasa saya beransur baik. Dah boleh sediakan makanan walaupun simple cukuplah boleh mengenyangkan. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Maybe saya boleh share sedikit pengalaman menyesuaikan diri dengan virus ni.

SATUBila dua-dua down, masing-masing menjadi lemah apabila tiada sumber makanan protein dan karbo. Memandangkan kami baru balik dari outstation, memang stok makanan ready-to-eat tak ada. Kebetulan stok kurma dah habis dan madu juga tinggal sikit. Masa tu nak tengok phone pun tak larat nak scroll cari makanan apa yang nak di order. Kepala pening, jadi berpusing-pusing. Serius ni.

DUA : Sepanjang kami demam, kami amalkan makan Vitamin C Forever Living setiap 4 jam. Minum Lemon dan madu suam untuk dapatkan tenaga. Pagi-pagi ambik Minyak Habbatussauda. Actually Black Seed Oil ni memang jadi amalan kami sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah..

TIGA : Bila dah ramai tahu korang kena Covid, masa ni macam-macam petua akan sampai. Pandai-pandai lah urus timing untuk korang makan semua ni. Segala saranan kami patuh. Sampai nak muntah telan itu ini. Ye lah, ikhtiar lah kan. Mana tahu ada yang berjaya kurangkan rasa sakit badan dan melawan covid ni. Masuk seminggu, rasa macam 'muak gila' nak telan semua tu lagi.

EMPAT : Emosi memang down. Saya beberapa kali menangis sebab badan jadi letih. Rasa kosong sebab terbaring tak boleh buat apa-apa. Dengar alunan bacaan Al Quran pun syahdu je. Ada insiden yang saya menangis masa baca Yasin online beramai-ramai. Tah kenapa, jadi sebak. Biarlah saya sahaja tahu kenapa..

LIMA : Standby Panadol Active Fast banyak-banyak. Saya memang dah lama cuba elakkan makan pil-pil ni. Seingat saya sepanjang dua minggu ni, tiga kali saya tewas sebab badan terlalu panas. Jadi terpaksa makan Active Fast. Selebihnya saya lawan dengan banyakkan minum air suam dengan Lemon sahaja. Lain pula dengan husband, saya tak berani nak suruh dia fight untuk tak ambil pil-pil ni. Jadinya berpapan-papan Active Fast terpaksa dia telan untuk surutkan panas badan tu. Lepas dah sihat ni, kita buat amalan Detox ya!

ENAM : Perut kena jaga semasa sakit. Percayalah, time demam ni memang tak selera nak makan. Tapi, bila saya gagahkan juga menelan makanan, alhamdulillah dapat sumber tenaga untuk saya lawan Virus Jahat ni! Telan je, jangan fikir-fikir. Saya dah tak boleh dah biar virus ni menang!

TUJUH : Air sinki awal pagi memang jadi sangat sejuk. Sumpah boleh bawak gaduh nak ambik wuduk pun. Padahal boleh je guna air dari shower yang ada water heater kan? Haaa otak pagi-pagi tak leh digest. Saya akan mandi jam 9.00 AM. awal-awal dulu memang mandi air suam. Tapi sehari dua ni bila dah dalam proses sembuh, saya kembali mandi air sejuk biasa. Semasa mandi tu, nak berdiri pun tak larat lama-lama. Dah lah shower gel dan syampu takde bau. Tak feel betul mandi. Masa mandi, saya akan batuk-batuk-batuk.. Keluarkan kahak dan muntah. Memang menangis terseksa. Tapi, itulah hakikatnya...

Pendapat saya, Covid 19 ni adalah seperti virus flu. Ia akan serang pada paru-paru dan sistem immunisasi kita. Macam saya, ada history Asthmatic, sampai sekarang nafas belum lancar. Bagi yang tiada sejarah sakit apa-apa, insyaAllah anda mampu lawan je virus tu. Amalkan pemakanan yang sihat, yang penting amalkan makanan yang boleh naikkan imunisasi semulajadi. 

Terima kasih buat adik ipar, abang ipar dan keluarga yang bertanya khabar. Dan ada yang tolong belikan kelapa sebagai penawar, hantarkan buah-buahan untuk kami alas perut, belikan panadol dan Covid-19 Self Test Kit. Really appreciate it!

Anda juga ada pengalaman yang nak dikongsi? Share di ruangan komen ya. Dan sama-sama kita doakan agar sentiasa diberikan keselamatan dan perlindungan oleh Allah. Aaamiin..


Yang benar,

Anna - Pernah terkena Virus Covid-19

0 comments: