Pages - Menu

Thursday, August 05, 2010

CONTEST TEMAN SEJATI BY EMIEYSANDRA

Assalamualaikum dan selamat pagi...~

Sedar tak sedar dah hari Khamis.. Adakah kita telah menggunakan masa dengan sebaiknya? Owhh.. sangat rugi rasanya kalau kita hanya membazirkan masa dengan aktiviti2 yang tidak berfaedah. Bagi yang takde keje tak tau nak buat ape, baik lah buat blog ni.. dapat jugaklah share sumthing yg berguna.. Tak gitu??? Bagi yg ada komitmen study, keje or sumthing yg menjadi tanggungjawab, better utamakan yg penting dulu.. Berbelog ni dah jadi nombor dua la kot. Hehehe~ Juz hobby yg boleh meramaikan lagi network maybe..?

****************************************************************

OK lah, disebabkan mata dah hilang ngantuk, Anna BW lah sekadar termampu. Baca entri kawan2.. Then teringat dalam draft Anna ada contest yg belum Anna sattlekan. Baru letak gambar and link blog penganjur. Ni la masanya Anna update. Hehehe.. Jom tgk contest ape yg menarik perhatian Anna~


CONTEST TEMAN SEJATI BY EMIEYSANDRA




Jom tengOk syarat-syaratnya.

1. Mestilah seorang blogger <dah lama follow =)>
2. jadi follower kepada blog emieysandra.. dah tambah satu kawan kan, ehehe <setuju>
3. buat satu entri, yang mengandungi gambar kamu dan teman sejati kamu tu. Tak kisahlah, dia tu pakwe atau kawan lelaki kamu atau kawan pompuan kamu atau ayah kamu atau ibu kamu atau adik kamu atau abang kamu atau kakak kamu..jelas kan?? <jelas, Anna cuba buat sebaik mungkin>
3.copy banner contest pada sidebar dan link kan terus pada entri Contest Teman Sejati By Emieysandra <insyaAllah~>
4. tag minimum kepada dua orang blOgger lain. <akan diusahakan>
5. tinggalkan url entri penyertaan kamu di bahagian komen di entri contest ni.. <OK>
6. cepat join sebelum 30 Ogos 2010 <tak sabar nak bercerita ni>

*********************************************************************

My Bestest Friend Ever!


(Gambar sekeliling terpaksa dikaburkan supaya dapat fokus kepada kami berdua.. heheh.. Gambar diambil di dalam Pizza Hut! sebab tu efek lampu cam romantik gitu. Letak sekeping je sebab my fren takmo letak muka banyak2 lak dlm contest. Hihihi..)


Teman yg sebenarnya adalah mereka yg dapat tertawa pada saat kamu bahagia dan juga dapat menitiskan air mata di kala kamu dirundung kesedihan. Camtu lah diibaratkan persahabatan Anna dengan best fren Anna ni. Nama penuh: Nurul Ashikin Binti Abd Kadir. Boleh panggil Shikin.

Menceritakan tentang persahabatn kami mmg akan mengambil masa yg panjang. Sebab perkenalan kami bermula sejak tahun 4 lagi. Wahhh.. kanak2 lagi masa tu. Tapi dah tau erti kawan baik. Masa tu U all ingat tak akan ada buku AUTOGRAF? Ada kan tulis kawan yg disukai.. Anna sure akan tulis SHIKIN. Kami sama2 tinggal di kawasan yg sama. Ye la, dah sekolah yg sama, tentu rumah pun area situ kan? Family mmg saling mengenali lah, daripada parents sampaikan ke adik2. Kami berdua ni anak sulung. Jadinya mudah nak 'ngam' kot. Faham peranan anak sulung dlm family.

Selepas UPSR, kami sama2 memohon ke sekolah yang sama. Alhamdulillah, dapat masuk salah satu sek yg top kat Kedah. Pernah dengar Sultanah Asma? yg femes dgn pancaragam tu.. ngee~ Tapi lepas tamat orientasi lebih kurang seminggu, kami dapat tawaran sekolah lain. Asrama juga. Bincang2, lastly kebetulan (perancangan Allah) kami bertukar sekolah. Masa ni best sangat, sama sek dgn best fren. Even kelas tak sama, dorm tak sama, tapi kami still kawan baik. Shikin, kalau hang baca ni cepat2 imbas kenangan kita pi dewan makan pagi2 masa form 1 tu. Hehehe..~ Best2..

Lepas SPM, Anna dapat tawaran belajar di T'ganu, Shikin ke Arau. But, persahabatan kami tetap kukuh. Zaman remaja kami dikongsi bersama.. GIRL TALK gitu.. Kongsi cerita tentang secret admire, cita2 dan macam2 lah. Shikin juga tempat Anna merujuk kalau ada masalah, tempat Anna bercerita kalau ada berita gembira. Camtu juga dia.. Walaupun masing2 dah ada 'dia di hati' tapi hubungan kami still camtu. 

Sekarang, Shikin dah kerja lepas menggenggam erat segulung ijazah, Anna lak teruskan lagi pengajian. Persahabatan kami memang telah sedia maklum oleh my heartthrob dan encik tunang Shikin (boleh klik SINI kalau nak tau berita best!). Kalau balik kg, mesti kami nak berdating dua org. Kalau Anna ada kelapangan, Anna tentu akan ke KL untuk berjumpa dengan Shikin. Hehehe.. dah macam bercinta kan? Of course, mmg Anna cintakan sahabat Anna. Cinta sahabat murni tau..

Rasululla SAW bersabda yg maksudnya: " Perupamaan seorang teman yang soleh dan yg buruk itu bagaikan orang yg membawa minyak wangi dan seorang tukang besi. Orang yg membawa minyak wangi adakalanya ia memberimu atau kamu hanya sekadar mencium bau yg sedap darinya. Sedangkan tukang besi adakalanya apinya membakar bajumu atau kamu hanya mencium bau tidak sedap darinya."

Tak sabar nak jumpa my best fren dis Saturday kat KL. Ada surprise untuk dia.. :) 

Umar bin Habib-semoga Allah mencurah rahmatNya kepada beliau-berkata kepada anaknya: "Jagalah dirimu dari teman yang tidak baik, kerana teman yg tidak baik itu bagaikan penyakit,"

Anna tau, dah panjang berjela Anna buat entri. Jangan la rasa bosan lak ek.. Juz seronok nak berkongsi story tentang best fren. U all lak camne? Jom la share story pasal best fren... Tentu kembang hidung kawan U all tu kalau dia baca.. Hargailah mereka kerana tanpa sahabat, hidup kita akan sunyi. Ok, Anna stop sini la ye. Semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya~


**********************************************************

Nak tag kawan baik saya juga ni.. tapi cian plak kat dia.. sebab tengah dilanda kesibukan yg amat sgt sekarang... takpe lah, tag juga lah..


sorang lagi nak tag.....

sweetsal : sis yg selalu singgah blog Anna. Dah jadi kawan baik Anna di alam maya~ :)

Sekian.....~

10 comments:

  1. thank you anna, akak kena tag lagi ke? kena join contest ke, masih blur ni..dlm minggu mendatang ni akak busy melampau..taktau blh buat ke tak benda ni..kepala tgh pening ni..hehe

    ReplyDelete
  2. thanks sudi jOin contest emieysandra..
    serOnok bace kisah akak ni panggilan ni sesuai kn,ehehe)
    puas bila b'cerita ttg kwn & jOin contest jgk..

    gudluck!
    ~_^

    ReplyDelete
  3. @kak sal: it's OK.. akak utamakan perkara yg penting dulu tau.. kalau free join la. nak jgk tau cite tentang best fren akak.. :)

    ReplyDelete
  4. @ nadiah~ TQ.. :) Kalah menang tak penting, yg penting masuk contest ni dengan hati yg seronok sebab menyentuh tentang best fren sendiri.. :)

    ReplyDelete
  5. @ emiey~ it's OK nak panggil akak ke, nama ke.. tak kisah pun.. hhehe.. Thanks jugak sebab menganjurkan contest yg best ni. macam tau2 je nak buat entri pasal best fren sempena Happy frenship Day! Salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  6. salam kak..

    saya sertai contest ni...

    http://dieladayana-dayana.blogspot.com/2010/08/contest-teman-sejati-by-emieysandra.html

    ReplyDelete
  7. saya pun mahu join gak seh...
    hehehehhe..

    http://dyansanaa.blogspot.com/2010/08/contest-teman-sejati-by-emieysandra.html

    ReplyDelete
  8. to dayana n liyana.. bukan anna yg anjurkan contest ni tau..

    saudari emieysandra. u all kena submit URL u all kat dia, bukan anna. Anna contestant cam u all juga.. :)

    ReplyDelete
  9. owh..sal nie,
    emm..dh mmg syarat kne ntr link url kt bwh comment, kalau xde..emiey xtrjah, so xde penyertaan ler..
    huhu..
    ~_^

    ReplyDelete