Pages - Menu

Wednesday, August 04, 2010

KISAH DAN NOSTALGIA RAMADHAN..

SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM, TERINGAT PULAK KISAH MASA RAMADHAN DULU...

Kisah Ramadhan ni dah agak lama berlalu, namun masih kukuh terpahat dalam memori. Pengalaman yang sangat berbeza dirasakan kerana ianya sesuatu yang baru dalam diri Anna pada ketika itu. Menyingkap semula pengalaman berpuasa bersama teman-teman seperjuangan di UTM Skudai. Masa ni tahun 2006. Wahh.. dah hampir 4 tahun kan? Tarikh mmg tak ingat lah. :) 

Anna dengan teman-teman rapat Anna menyambut kedatangan Ramadhan dengan gembira. Pengalaman pergi ke bazar Ramadhan yang terletak di Fakulti Alam Bina (FAB) mmg tak boleh lupa. Kami mesti pergi lewat. Masa ni mmg boleh beli dengan aman sebab orang dah beransur balik. Memandangkan kami dari KTF je, yg jaraknya cuma beberapa meter, jadi tak da masalah untuk lewat ke bazar. Yang bestnya, time ni la ramai yang akan bersedekah. Air tiga plastik dengan harga RM1.00, kuih muih penuh polistrin dengan harga RM2.00. Hehehe.. Kami pun nakal juga, ambil kesempatan, dah tau akan ada harga runtuh, mmg suka la gi lewat. Hehehe.. Tapi bukan selalu~

Kadang-kadang, ada juga kami berbuka di masjid. Untuk turut merasai bagaimana berbuka puasa dengan hidangan yang sama. Apa yang menariknya, makanan dihidangkan di dalam DULANG. Nasi+lauk+kurma+buah2an semua dihidangkan di dalam satu dulang yang besar yang berkapasiti 4-5 orang makan. Lauk2 pun sedap. 1st time makan, ada juga terfikir, cukup ke? Tapi, when it comes to 'berkat', mmg cukup kenyang. Alhamdulillah~ Pas makan, bergegas naik atas kat ruangan solat untuk berjemaah Maghrib sekaligus tunggu untuk berjemaahIsyak dan Tarawikh. Masa ni terasa sayu sangat kerana Allah memberi peluang untuk turut merasai Ramadhan lagi. 

**********************************************************

Sepanjang bulan Ramadhan, Anna tak merasakan puasa membataskan aktiviti harian Anna. Maksudnya tidak perlu fikirkan penat, letih, malas. Tapi, dengan berpuasalah sebenarnya mengajar kita erti berjuang. Ye la, berjuang menahan kepingin nak air kotak coklat Dutch Lady sejuk.. Mana ntah classmate Chinese beli. Sejuk lak tu.. Haih...! Sabar.. sabar.. 

Masa puasa ni juga lah teringin nak makan makanan yang jarang dijumpai. Jarang ke? Contoh, bubur lambuk dan taufu fah. Memang menjadi faveret time Ramadhan.

************************************************************

Hujung minggu lak, Anna akan join program MURNI RAMADHAN. Masa ni mmg volunteer untuk jadi secretariat. Aktiviti tiga minggu (setiap sabtu ahad) ni merangkumi berbuka puasa di rumah orang yang kurang berkemampuan. Ya Allah! Bersyukurnya Anna di lahirkan dalam keluarga yang mampu walaupun tidaklah berada. Sebak sejenak sewaktu berbuka di samping keluarga ibu tunggal yang hanya makan makanan yang diberi jiran. Dengan ketiadaan elektrik dan sumber air bersih. Anak2 hanya makan sedikit makanan yang kami bawa kerana katanya untuk disimpan bersahur kelak! MasyaAllah, mereka masih kecil, tapi tahu erti kesusahan dan menghargai rezeki. Teringat pesanan ayah Anna, ambillah makanan dengan kadar perlu supaya tidak membazir. Mmg dari kecil Anna diajar untuk habiskan juga makanan.

Kami berbuka puasa dalam kegelapan hanya diterangi cahaya dari sebatang lilin. Sebelum berbuka, sempatlah kami berbual dengan anak2 ini. Mereka walaupun masih kecil, tapi sangat betah berpuasa kerana setiap hari adalah seperti berpuasa bagi mereka.. Nah! Berbeza dengan kita, kalau makan nak bermewah-mewah, sedap-sedap, sampai kita terlupa kepada golongan yang tidak berkemampuan. 

Setelah berbuka, kami menuju ke bilik air untuk membasuh tangan. Hati sekali lagi tersentuh sebab air dalam takungan kolah tu adalah air yang kurang bersih. Berbau dan berkeladak. Kami difahamkan air ni di ambil di tempat tadahan hujan di belakang rumah. Sob.. sob.. sob.. Sedih sgt~ Bayangkan dengan air ni juga mereka mandi, minum dan berwudhuk! :(

Kami bersolat di masjid berdekatan setelah siap mengemas makanan dan dapur. Setelah bersolat, kami yang terdiri daripada beberapa kumpulan (adalah dalam 20 org sebab satu rumah 3-4 org pelajar) berkumpul untuk balik ke UTM. Perjalanan pulang dirasakan sangat sayu. Sepanjang perjalanan dari Gelang Patah ke Skudai ditemani cerita2 sedih daripada pengalaman berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Sangat menginsafkan. Anna hanya bercerita tentang satu family ni sahaja. Lagi dua family (minggu yg seterusnya) biarlah tersimpan dalam memori. 

Dalam pada kita mengatakan seronok menyambut Ramadhan, ingatkah kita pada 'mereka'? Dalam keghairahan kita membeli juadah berbuka, terlintaskah difikiran juadah yang mereka ada untuk berbuka? Bagaimana dengan keinginan mereka untuk sama-sama berjemaah terawikh? Sedangkan kita kadang2 bertarawikh sebab mengharapkan moreh selepas usai bersolat... Seronok kah kita menghadapi Ramadhan? Dapatkah kehadiran Ramadhan kali ni mendidik diri kita supaya lebih bersederhana?

Kisah dan nostalgia ini hanya untuk perkongsian. Kalau ada yang kurang senang dengan penulisan Anna ni harap maaf. InsyaAllah, sama2 kita perbaiki yang lemah. Semoga sama2 mendapat manfaat daripadanya. 


Teringat individu2 yg terlibat dalam MURNI RAMADHAN-2 ni.. Antaranya Silmiah, Kak Ayu, Kak Aishah, Kak Farah Alwani, Kak Farah Aziz, Kak Ai dan ramai lagi la...






Current mode: Sedih sebab kenangan berbuka puasa tu bagaikan ditonton kembali~

9 comments:

  1. sedih baca kisah Ramadhan ni..ada org lebih susah dr kita..kita patut bersyukur atas nikmat yg Allah berikan..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak.. akak yg baca ni sedih, saya yg gi mmg rasa sdih, tapi makcik and anak2nya yg mmg menjalani kehidupan camtu dah hilang rasa sedih. mereka redha dgn khdpn mereka.. Tapi, mereka tetap berusaha untuk mengubah nasib dengan mangambil upah bercucuk tanam. tapi berapa RM sgt yg boleh dapat.. :(

    ReplyDelete
  3. salam anna..
    hehe menarik cerita anna nih..

    yelah walau di mana kita berada, kena la sentiasa beringat2 kan hehe

    ok, gudluck untuk "contest pengopi tegar"

    ReplyDelete
  4. salam padin,

    betul tu, diwaktu kita senang ingatlah yg memerlukan.. tak mustahil suatu masa nnt kita juga akan berada di dalam kesusahan. mungkin tak sama bentuk kesusahan tu, sebab kesusahan boleh datang dalam pelbagai cara.. Sentiasa lah beringat. Hidup ni bagaikan roda, sekejap di atas, sekejap di bawah...~

    ReplyDelete
  5. hai anna...may be we are so connected sbb naluri kita byk sama kot..hehe masa kat U dulu, kak lin pun sama mcm anna..gi beli juadah..jalan kaki..and buat activity amal ni..skrg pun ada jugak, kak lin ikut persatuan isteri kakitangan tpt keje suami kak lin..and kak lin ada beberapa keluarga angkat miskin yg kak lin jumpa tepi2 jln je, nampak susah sgt, so hati kak lin terbuka nak tolong...lucky me, hubby also into dat..teruskan ye sayang...sebab ni mungkin amal kita yang Allah balas dengan rahmatNya yang melimpah ruah pada kita...take care nway.. :) mwahx

    ReplyDelete
  6. hye kak lin.. *senyum* hihi.. Anna nak senyum lebar untuk kak lin. hehehe.. dats why la kita cam cepat mesra kan.. naluri kita ada persamaan. Baguslah kak, teruskan. Anna pun kalau diizinkan Allah bercita2 cam akak jugak. Sebab tu Anna decide further study ke arah kursus yg lebih humanistic. Org kata, 'baru jiwa'... :)

    ReplyDelete
  7. bagus la anna ade pengalaman macm tue.sekurang-kurangnya ia mengajar kita erti bersyukur dgn hidup kita...best bc pengalaman nih...

    ReplyDelete
  8. Salam ana..suka baca blog ana..erm cite tentg Ramadhan..akk xpenah lupa dgn kenangan Murni Ramadhan berbuka dgn keluarga kurang upaya..semua tu bt kt ingat supaya sentiasa bersyukur..kerna masih ada lg insan yg lg susah dr kita...

    ReplyDelete