Pages - Menu

Thursday, November 11, 2021

Post Covid

 

Klik gambar untuk lebih jelas

Masih berkisar tentang cerita Covid. Alhamdulillah.. proses recovery daripada Covid dipermudahkan Allah. Cuma kalau tengok kepada list Long Covid di atas, banyak sebenarnya kesan daripada Covid ni. Bagi saya sendiri, sampai sekarang masih ada rasa chest tightness. Apabila tarik nafas, masih rasa tak full. Kalau bersin, rasa sedikit menekan di dada. Mudah-mudahan segera lah kembali normal.

Sepanjang tempoh kuarantin, ramai yang berkongsi macam-macam petua kepada saya, terima kasih ye. Ada yang saya ikut, ada yang saya terpaksa KIV. Jangan berkecil hati pula ye. 

Jadi... insyaAllah saya nak kongsikan apakah makanan tambahan dan ikhtiar yang saya amalkan sepanjang proses recovery ni. Ni yang paling konsisten tau. Yang try sekali dua tu, saya tak tulis di sini.

1. Kurma Ajwa

Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa setiap pagi, tidak akan terkena racun atau sihir pada hari dia memakannya" (Sahih Bukhari). 

Saya amalkan 3 biji je setiap pagi. Masukkan ke dalam pengisar bersama F1 Herbalife, Oat, dan Madu. Sarapan ni lah yang membantu untuk beri tenaga sehingga tengahari. Alhamdulillah..

2. Bragg Apple Cider (With The Mother)


Yang ni saya ambil sesudu makan setiap pagi sebelum sarapan. Petua ni saya dapat daripada Kak Salina. Katanya kawannya seorang doktor yang suggest. Disebabkan saya ni bukan penggemar benda masam, saya dilute dengan sedikit air. Baru sedap. 

3. Bio-Rich VCO campuran Habatussauda



Minyak Kelapa Dara ni saya tak pernah minum sepanjang hidup saya. Parents saya memang dah lama amalkan, mereka buat sendiri VCO ni. Tapi saya yang tak gemar. Nak dijadikan cerita, VCO ni diberikan oleh Kak Ina (Roslina Hussian) sejurus beliau tahu kami kena Covid. Cara nak amalkan adalah tuang ke dalam sudu makan (guna sudu plastik), kemudian tuang ke dalam mulut, kumur-kumur sikit sehingga memenuhi ruang rongga dalam mulut untuk seketika, barulah telan. Tunggu 30 minit barulah minum air. Rasanya sedap juga. Korang kena cuba. Nak order, roger saya ye.

Actually kami amalkan ni setelah beberapa hari di sahkan +ve. Memang terasa ada perubahan. Tekak clear, perut pun rasa selesa. Badan pun bertambah bertenaga.

4. Tufail Minyak Habatussauda

"Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati." (Imam Muslim).

Minyak Habatussauda ni memang dah lama kami amalkan. Rasanya dalam dua tiga bulan dah. Rasa minyak ni tak terlalu kuat. Hanya titiskan di lidah. Step ni saya amalkan selepas saya ambik Apple Cider

5. Vitamin C Forever Living

Vitamin C ni saya akui agak culas untuk amalkan, Tapi sejak kena Covid, sehari 3 biji saya makan. Sebiji setiap selepas main meal. Yang best Vitamin C ni sebab ada campuran dengan bran betik dan oat. Best jugak kunyah-kunyah.

6. Sumac

Sumac ni saya dah beli awal lagi untuk tujuan prepping. Selepas Mr Heartthrob kena cirit birit 3 hari baru saya teringat nak bancuh Sumac. Alhamdulillah, dengan izin Allah serasi. Cirit birit gone, perut pun selesa. So kami amalkan juga minum Sumac sekali sehari. 

Sumac ni apa? Ianya sejenis buah berbiji merah (macam beri). Yang saya beli ni dah siap proses dikeringkan. Hanya masukkan sesudu ke dalam air panas, kacau dan sedia diminum. Rasanya masam-masam. Sedap tau, kawan. Saya beli dari Shopee Ladang Warisan Alam.

7. Buah-buahan seperti Epal Hijau, Epal Fuji, Oren

Buah-buahan penting untuk alas perut kalau kurang selera nak makan. Ye lah, tekak rasa pahit, dengan deria rasa dan bau tak berapa baik, makan buah sahaja yang senang nak diterima.

8. Cengkih

Cengkih ni bukan setiap hari pun saya makan. Di awal Covid tu saya batuk-batuk dan sakit tekak. Jadinya saya akan gigit dan kemam cengkih. So ikut keperluan sahajalah. Bila rasa 'pedas' cengkih bercampur dengan air liur, dan telan, rasa kurang sikit sakit tekak.

9. Madu Forever Living

Yang ni serius saya cakap, setiap rumah kalau tak ada spare Madu, rugi. Alhamdulillah, saya memang sentiasa restock Madu Forever Living setiap masa. Sekurang-kurangnya ada dua botol setiap masa. Cuma kebetulan time kami kuarantin tu, hanya tinggal sebotol. Dalam Apps FBO pun OOS. Mujur, kakak ipar saya di Sabah ada stok banyak. Beliau poskan dua botol kepada kami. Syukur.

Oh ya, normalnya kalau saya demam, memang akan 'pahit mulut'. Rasa air liur jadi pahit. So nak makan pun rasa tak sedap. Jadi, apa yang saya buat, saya akan tuangkan sedikit Madu FL ni dalam mulut sebelum makan. Memang menjadi teknik ni. Kenapa saya kata tuang je, sebab rekaan botol Madu ni sangat praktikal. Mudah dan terjamin kebersihan.

10. Lemon

Lemon ni saya gunakan untuk buat air. Campurkan dengan madu, minum suam-suam. So refreshing. Khasiat lemon juga dikatakan boleh membantu meningkatkan imunisasi.

11. Young Living EO Thieves

Minyak Essential ni saya diffuse di dalam bilik, gunakan juga dengan Face Mist Diffuser, dan sapukan pada tapak kaki. Alhamdulillah, membantu melegakan pernafasan, dan kebaikan Thieves ni memang banyak. Antaranya membantu menghalang jangkitan, membantu sistem imunisasi, membersihkan udara dan banyak lagi lah.

Selepas kami bebas dari kuarantin, Khairiah hadiahkan pulak EO dari Plant Therapy. 3 beradik terus dia bagi : Energy, Peppermint & Cinnamon. Ketiga-tiga ni juga membantu pernafasan. Dan sampai hari ini saya masih amalkan.

Jadinya, jika anda atau sesiapa yang anda kenal nak ikhtiar kaedah ni, boleh lah cuba. Dan kena banyak bersabar, sebab kesannya bukan instant. Kena istiqomah amalkan. Sekarang pun saya masih terus amalkan sebahagian daripada senarai di atas. Bukan sahaja untuk hilangkan kesan Covid, tetapi untuk mengekalkan kesihatan, insyaAllah.

Harap perkongsian saya ni memberi manfaat.

Pen off~

No comments:

Post a Comment