10 September 2012, genaplah usia perkahwinan saya yang
ke-100 hari. Adatlah setiap pasangan yang berkahwin akan melalui asam garamnya.
Syukur kepada Allah, setiap hari bertambah rasa kecintaan dan ketaatan saya
kepada suami. Kami semakin mesra, ceria dan redha dengan ketentuanNya.
Si jantung hati saya bagaikan sebahagian daripada diri
saya.. Suatu pembiasan dalam diri saya. Dia tidak perlu terangkan serba serbi,
cukuplah diberi kepercayaan dan keredhaan kepada saya.. Jadi tiada alasan untuk
saya mengkhianatinya.
Kami seringkali ‘mengkritik’ antara satu sama lain. Tiada
siapa yang sempurna kan? Tapi bagaimana cara penerimaan itu penting. Seringkali
suami berpesan ‘suami memang ketua keluarga, tapi tidak salah kalau isteri
menegur dan memberi nasihat demi kebaikan bersama’.. Takkan semuanya betul saja...
Percayalah, komunikasi dalam keadaan yang baik akan membawa
kebahagiaan rumahtangga. Jom bercinta selepas lafaz ‘aku terima nikahnya’!
Teringat program yang dianjurkan oleh saya dan rakan-rakan
ketika Latihan Praktikum dulu --- Cinta, Indah Pada Waktunya.. Memang Indah~
I'm pretty new at this place and adore the design, could you let me know me where you bought this theme? You can contact me on my e-mail…looking forward to hear from you
ReplyDelete