Pages - Menu

Thursday, December 16, 2010

Jalan-jalan cari makan | Part One

Juz simple update. 14 Dec baru ni Anna gi berkunjung buat pertama kalinya ke restoran Cina Muslim. My fren, Dina yang bawak. Before gi tu juz terbayang restoran biasa je la sebab tak pernah dengar b4 ni.. Tapi, once dah sampai, wahhhhhh!!! Best lah.. Restoran tu agak besar, yang pastinya bersih, pekerja2nya pun kemas dan mesra. Ada pelbagai pilihan menu daripada hidangan nasi ayam, ikan stim, menu mee, western dan yang paling best DIM SUM. Ni 1st time Anna makan Dim Sum tau. Ada pelbagai isi dim sum tu antaranya isi ayam, seafood, vege, carrot dan telur masin. Kami cuba telur masin dan carrot memandangkan dim sum ayam dah habis. Huhuhu.. Memang sedap sangat2. B4 ni nak try tapi was2, ye lah... Makanan Chinese, diragui status HALAL pulak.. Tapi yang ni memang terbaik lah!

Anna memesan nasi putih cendawan ayam. Memang menyelerakan bila digandingkan dengan air barli homemade. Kaw-kaw rasanya. Dina pulak order Mee Hokkien. Mungkin tak berapa kena dengan tekak, so agak janggal pulak. Masin sedikit tapi still rasa cam tawar. Camne tu? Heeeee...

Selain itu, kami jugak order Fries. Rangup dan best! Malangnya terlupa bawa kamera untuk snap gambar2 makanan tu. Tak pe lah, U all boleh datang cuba sendiri keenakan masakan kat situ. Harga, boleh tahan la, standard KL. Tapi total kami berdua makan tak lah sampai RM50. 

So, bagi sesiapa nak cuba, boleh la ke RESTORAN MOHD CHAN ABDULLAH. Kalau rite timing, boleh jumpa tokey. Masa kami gi tu, tokey ada dok lepak2 kat tepi kaunter cashier. Very humble person. Specky, pakai t-shirt putih n slack. Dina cakap b4 ni pun dia pakai camtu jugak. Hehehe..

Ni alamatnya kalau U all nak gi. Ada beberapa cawangan lain kalau U all rasa jauh untuk ke seksyen 9, Bangi ni.. Klik SINI k..

Alhamdulillah, senang hati tengok perniagaan orang Islam. =)

No comments:

Post a Comment