Thursday, July 12, 2018

Pokok Taugeh vs Pokok Tualang

Siang tadi saya ada tulis status di FB "Saya ingat nak tulis tentang 'pokok taugeh' vs 'pokok tualang'.. ada sesiapa tahu apa maksud tersirat?".. Bagitulah status saya yang saya kira mendatangkan tanda tanya kepada rakan muka buku saya. Tak ketinggalan juga ada yang meninggalkan komen bertanyakan apakah maksud saya yang sebenarnya..

Pokok Taugeh


Pokok Tualang

Jadi, malam ini, saya cuba tuliskan sebaik mungkin. Penulisan ini adalah dari diri saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak ye.

Cetusan idea ini datang daripada Personal Coaching Team Sora Energy baru-baru ini. Master Sifu kami iaitu Puan Roslina ada menekankan tentang pembangunan diri. Kenapa pentingnya kita kena sentiasa bangunkan diri. Puan Roslina atau yang kami senang memanggilnya 'Kak Ina' ada menjelaskan apakah perkaitan antara membina diri dalaman dan luaran. 

Dari kiri: Mr Faizal, Mr Wan, Saya, Puan Roslina & Puan Norita

Saya kongsi sikit apa inti pati yang boleh didapati daripada sesi ini:

1. Pembangunan manusia bukan seperti Pokok Taugeh!

Ok, yang ni memang straight forward. Maksudnya untuk memajukan diri bukannya sekelip mata. Ianya satu proses yang memakan masa. Begitu juga bila kita membangunkan bisnes. Pasti ada proses. Apa yang saya belajar, untuk berjaya diri dan busines, mestilah pautkan 3 elemen ini: USAHA + DOA + AKTIVITI. Aktiviti yang dimaksudkan adalah tindakan kita yang boleh mengundang rezeki.

2. Jadilah seorang manusia yang kuat dan stabil seperti Pokok Tualang!

Berbeza dengan pokok taugeh, pertumbuhan pokok tualang memang mengambil masa yang panjang. Jika pokok taugeh hanya mengambil masa 4-7 hari sebelum boleh di'tuai', pokok tualang pula mempunyai tempoh hayat yang lebih lama. Ianya boleh tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan mampu hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga seribu tahun. Dan yang lagi menarik, lebah juga 'minat' dengan pokok tualang ni.

Jadi sebagai kesimpulannya, membentuk diri dan peribadi bukannya instant. Ianya satu proses yang mengambil masa tertentu. Sesuai dengan U.D.A yang mana hasilnya adalah POKOK TUALANG yang kukuh, kuat, tinggi dan hidup lama. Jangan terburu-buru dan mengharapkan result yang sempurna jika based yang dibina tidak kukuh.

Baiklah, sampai sini dulu penulisan saya. Nanti saya sambungkan lagi dengan lebih terperinci.

Psst.. Char Koey Teow kalau takde taugeh pun, tak sedap kan? So semua benda yang Allah jadikan ada peranan masing-masing. Tu je. Hik!






Read More

M.E Time at Kunzense

Sekali sekala ME TIME ni memang penting. Alhamdulillah, hari ni MH belanja saya untuk trial facial dan massage di KUNZENSE. 

Ceritanya petang tadi kami berdua ke BMC Mall, Cheras. Tiba-tiba ada sorang amoi cun approach kami sambil tunjukkan voucher2 trial facial. Asalnya saya macam kurang berminat sebab tak ada plan pun nak facial bagai ni. Sebab nak kata ada masalah kulit tu, tak lah sangat. Cumanya bila promoter tu cerita yang salon ni akan buat treatment 'canggih', macam teruja pulak tanya itu-ini.



Berhasil promoter tu jualkan 3 voucher kat saya


Saya ambil facial satu, massage 2 voucher

Thanks to MH sebab belanja saya. Katanya ni pre-celebration untuk AIA Star Convention Hokkaido Qualifier. Ceeewahhh.. belum official lagi result keluar, dah dapat hadiah. Yeay... Hopefully best lah treatment kat KUNZENSE tu nanti. Rasanya Ahad ni boleh lah try. 

OK lah, nak try free Face Mask yg amoi tu bagi tadi. Hope esok bangun pagi muka bersinar dan bercahaya lebih sikit lah. Hahahah~ Daa...

Read More

Persiapan Gathering Gegurlzzz SMKAK 2018

Setiap tahun, pasti kami tertunggu-tunggu untuk penganjuran Gathering Gegurlzzz SMKAK. Tahun lepas, Team Northern menjadi penganjur dalam penganjuran acara ini. Boleh klik link kalau nak tahu>> KLIK <<

2017, Team Northern yang terdiri dari Una, Zaim, Diyana dan Ell yang uruskan. Memang mantop! Best gathering ever.. Ada yang tertanya-tanya, siapa K.A.M.I ni? Actually geng Gegurlzzz SMKAK ni terbentuk lama sangat dah. Since habis SPM 2002 lagi. Cuma saya sendiri baru je start join pada tahun 2012. Masa tu baru je saya mendirikan Mahligai Cinta dengan Mr Hearthrob (MH). Tu pun atas invitation dari penaungnya Puan Dina Comey. :)

2018, merupakan pertama kali saya dan MH akan menjadi penganjur acara yang ini. Kali ini, kami bawakan pihak SORA ENERGY RESOURCES selaku penaja kepada hadiah cabutan bertuah dan cenderahati bagi setiap yang hadir. Namun begitu, ada juga individu perseorangan yang turut menaja beberapa hadiah dan juga makanan sepanjang event ni nanti.

Persiapan dimulakan selepas sambutan HARI RAYA 2018, di mana saya, MH dan Puan Dina melakukan site visit ke tempat yang dipilih. Sebenarnya terdapat beberapa tempat yang kami dah short listedkan pada awalnya. Semuanya di daerah sekitar Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Namun, tempat yang kami pilih kali ni memang menepati kriteria Gathering. Tempatnya jauh sikit dari kesibukan kota, ada air terjun, penginapan berkonsepkan Back To The Nature, dan yang lagi best harga bersesuaian.



Ni tempat kami berBBQ nanti

Kali ini Sri Damai Resort, Kalumpang menjadi pilihan destinasi Gathering SMKAK. Penyertaan seramai 19 orang dewasa dan 7 orang kanak-kanak sudah cukup memeriahkan event pada kali ini. Namun, ada beberapa orang sahabat yang tidak dapat join disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Kalau tidak, lagi ramai lah ye. 

Semua aktiviti dan sukaneka telah dirancang dari awal bagi memastikan kemeriahan dan event berjalan dengan lancar. 


Perbincangan saya bersama Puan Dina. Kami serius dan komited bagi memastikan event kali ini berjalan dengan baik dan 'havoc'..


Ini adalah kawasan yang disediakan bagi tujuan Games dan Sukaneka. Dikelilingi kehijauan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung. Sungguh nyaman. Jom serap aura best dari alam!



Dah settle site visit, jom kita try Archery pulak. RM10 utk satu games. Kalau uoll pernah main indoor, kali ni kena try outdoor plak. Lain sikit kaedahnya. Tapi jangan tanya saya, berapa arrow je yg terpacak! Kahkahkah..




Abang hensem ni terer. Boleh minta dia ajarkan nanti.. :)

Baiklah, usai site visit di Resort, kami bergerak ke kawasan air terjun pulak. Kawasan air terjun tu sangatlah bersih sebab ada pihak Pengurusan yang menyeleggara dan membersihkan tempat ni. Peranan pengunjung juga penting tau bagi memastikan kawasan ni terus terpelihara. Mengikut tentatif, hari terakhir gathering kami akan berkelah di air terjun sambil berBBQ. So, jangan lupa bawa baju mandi. Rugi kalau tak mandi air terjun. Saya sendiri dah lama tak enjoy mandi air terjun. Tak sabar rasanya..

Nantikan update saya tentang Gathering yang akan berlangsung pada hujung bulan ni nanti ya! Bye~








Read More

Wednesday, July 04, 2018

Sediakan Payung Sebelum Hujan



"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Baca lebih lanjut di SINI.. 

Jangan sambil ringan dengan petanda-petanda kecil bagi penyakit merbahaya. Kami sebagai life planner, sangat2lah mengharapkan client semua jujur semasa buat declaration. Lately ni sy dapat banyak perkongsian rakan life planner yang mana banyak berlaku kes yang sukar di claim sebab penyakit telah ada di dalam tubuh badan client sebelum client ambil polisi lagi. Akibatnya, client terpaksa tanggung kos rawatan sendiri sedangkan client ada medical card. Kami seboleh-bolehnya membantu untuk memberi yang terbaik, tetapi tetap perlu follow prosedure yang telah digariskan..

Pernah dengar pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan?' Kalau dah hujan baru sediakan payung, akibatnya basah lah. Begitu juga dengan Medical Card... Kalau dah sakit baru nak ambil, jawapannya memang tidak akan dicover. 

Alangkah bagusnya kalau kita semua faham 'KENAPA PERLU ADA MEDICAL CARD PERSONAL'...

Sekurang-kurangnya selesai masalah:
1. Terpaksa keluarkan saving yang dah bertahun simpan untuk kegunaan masa depan
2. Terpaksa berhutang dengan rakan, majikan, keluarga dan bank
3. Terpaksa cari kerja lain selepas didiagnos sakit kritikal sebab majikan dah tidak perlukan anda!
4. Terpaksa tebalkan muka untuk membuat rayuan derma
5. Berputus harap kerana tiada lagi cara untuk dapatkan wang yang banyak sekaligus

YA Allah.. janganlah sehingga kita jatuh dalam golongan yang sentiasa mengeluh dengan 'latihan' yang Allah bagi..

Cepat-cepat buat MEDICAL PROTECTION sekali dengan INCOME PROTECTION bagi mengelakkan masalah di atas berlaku kepada ANDA!

Call/Whatsapp: ANNA SUHAIMI 012-4202446

Read More

Saturday, June 30, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

“Salam lebaran dengan penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita dan juga  terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma… Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Mohon halalkan segala jua pemberian seperti makan dan minum.. Moga Aidilfitri pada kali ini membawa lebih erti buat kita semua… Akhir kalam SELAMAT  AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN




Alhamdulillah, tahun ni kami masih diberi kesempatan untuk meraikan hari kemenangan bersama keluarga tersayang. Tahun 2018 giliran berhari raya bersama keluarga di Penang pada hari raya pertama. Tema tahun ini adalah warna PURPLE. 

Busana kami pada hari raya pertama adalah daripada Butik Primavalet. Seminggu sebelum pulang ke kampung, baru ada kesempatan untuk shopping raya. Plan asalnya kami decide untuk mengenakan warna Hijau. Tetapi setelah berbincang dengan family, kami sebulat suara memutuskan untuk guna tema Ungu. Yeah! 

Tahun ni semangat berhari raya lain macam. Actually dah dua tahun kebelakang, kami recycle je baju raya. Bukan masalah tak sempat beli, tetapi tak ada 'semangat'. Berlainan pula cerita pada tahun ni, segala persiapan raya ada dalam list. Baik Biskut Raya, Baju Raya, Sampul Angpow Raya dan lain-lain.

Raya Kedua..

Awal pagi saya dan Mr Hearthrob ke Alor Setar. Target, nak berhari raya ke rumah BFF saya, Puan Rusydina. 


Saya mengenakan busana dari Butik People, manakala MH menggayakan Busana dari Primavalet. 


BBQ di rumah Adik


Raya Ketiga..

Memulakan perjalanan dari Penang ke Kuala Lipis, melalui Cameron Highland. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuma berlaku kesesakan sedikit di Tanah Rata sebab ramai berhenti minum teh dan membeli sayur-sayuran.


Singgah minum teh di Bharat Tea


Raya Keempat..


Beraya di rumah sanak saudara di Kuala Lipis. Saya mengenakan busana warna hijau dari KWC, MH pula masih mengekalkan busana dari Primavalet. Serasi betul dengan PV ye..

Jika jiwa sebening air, jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan, jangan mendungkan.
Raihkan kemenangan ini dengan 
saling bermaafan sesama kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


SHRMZB







Read More