Sunday, May 15, 2016

KBKK [21 Mac 2016 - Day 2: Taman Ujong Water Palace]

I'm glad I choose to walk with you. I am more willing and happy to walk an extra mile with you as I hold your hand.. I love you, always...


Salam hujung minggu.. 

Hari ni ada kesempatan yang sedikit untuk berkongsi pengalaman melalui catatan perjalanan saya dan Mr Heartthrob (MH) ke Balinesia. Kalau terlepas siri pertama (acah2 rancangan dokumentari lah ye..), boleh klik >> Persiapan ke Bali

Ok, mengikut tentatif, hari ini kami akan cover 4 tempat iaitu, Tirta Gangga, Taman Ujong Water Palace, Amla Pura dan Pantai Padang Bai. Jom, check it out!!


RAMA CANDIDASA KE TIRTA GANGGA

9.00 AM: Selesai bersarapan di bilik, kami memulakan penjelajahan di Pulau Bali dengan destinasi pertama iaitu Tirta Gangga! Jika refer to tentative, Candidasa ke Tirta Gangga hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Semalam MH dah set GPS untuk ke tempat-tempat lawatan, termasuklah coordinat GPS.


Bergambar dulu sepukul dua before bergerak. 
Gambar depan Hotel Rama Candidasa.


Cabaran as traveller, bila cari tempat tak jumpe. ekekeee.. On WAZE pun tak jumpe. Takpe, kena banyak bersabar. kan bercuti santai-santai je. Disebabkan pusing-pusing tak jumpa juga Tirta Gangga, sampai masuk dalam kawasan perkampungan pedalaman, jumpa lorong-lorong kecil, kami ambil keputusan terus ke tempat seterusnya iaitu Taman Ujong Water Palace. Ianya terletak di Daerah Karangasem.


Singgah mencari minuman sebab cuaca sangat panas. Apa lagi minuman rasmi kami, Minute Maid Pulpy Orange. Harga sangat murah berbanding di Malaysia. Sebotol 1.5L tu harga IDR 13,000 lebih kurang. Sebenarnya awal-awal ni pening juga nak convert RM to IDR. Bila tengok harga ribu-ribu macam mahal kan. Bila convert ke RM, laaaa murah je. Hihi.. So beli Minute Maid 1.5L dan air mineral 1.5L total IDR 17,500 (RM5.54++). 


TIRTA GANGGA VS WATER PALACE


Ni antara pemandangan sepanjang perjalanan kami ke Taman Ujong. Bali ni terkenal dengan PURA (Temple Hindu). Boleh dikatakan setiap pelusuk Bali ada Pura. Even dalam kawasan rumah, kantor, balai polis, sekolah, pendek kata semuanyalah. Betapa kuatnya pengaruh Hindu di Bali. Teringat pulak bagaimana pendakwah Islam begitu bersungguh-sungguh menyebarkan Islam kan. Ada lah juga terjumpa masjid tetapi saiz seperti Musolla sahaja. Hampir sejam perjalanan (lebih kurang jam 11 am), sampailah kami ke destinasi, Taman Ujong Water Palace. Atau dikenali juga sebagai Taman Suekasada. Ohh matahari dah tegak atas kepala.. Panas! 



OK, bergambar dulu. Kat belakang tu kereta yang kami sewa. Sangat selesa sebab kereta baru. Anda akan nampak deretan kedai souvenir dan kedai makan di sekitar luar kawasan ni. Tapi awas.. Kalau anda baca betul-betul banner kat kedai tu. Ada tulisan "100% HARAM". Aik, pelik kan? Dah haram ada percentage pulak. Dalam Islam, kalau setitik dah bercampur yang haram, haram je lah semuanya. Ye dak? Agak-agak, menu ape tu? :)





Nak masuk palace ni, beli Loketnya dulu pak! "Loket = tiket" Bahasa Bali. Harganya cuma IDR 10,000 seorang. Tadi ada bayaran parking ye.. IDR 3,000.





Tak sabar nak pusing-pusing dalam kawasan Palace ni. Subhanallah, cantik bangat ya. Bersih.. Tapi yang peliknya, kenapa air kolamnya berwarna hijau? Taman Ujung Soekasada dibangunkan pada tahun 1901 dengan nama kolam Dirah, artinya kolam tempat pembuangan, bagi orang yang menguasai ilmu hitam. Aihhh seram pulak! Tapinya lepas tu Raja Karangasem dah upah Arkitek dari Belanda (Tahun 1909) untuk renovate tempat ni jadi tempat beristirehat Raja Karangasem. Kerja ubah suai ini juga turut melibatkan arkitek Bali dan kerajaan Karangasem. Lebih kurang 12 tahun (1921), tempat ni officially digelar Water Palace, dimana ianya menjadi tempat persinggahan tetamu kerajaan Karangasem.





Kalau uolls pergi, wajib naik anak tangga yang banyak tu.. Aduh penat! Tapi sangat berbaloi. Sebab kat atas tu nanti uolls boleh bergambar di bangunan tiang-tiang tanpa atap. Dari atas ni juga uolls bolah rasakan bayu laut bertiup dengan kuat. Pemandangan sangat indah. Nampak lautan yang luas terbentang.

Di arah Tenggara, uolls akan dapat lihat lautan biru dan Pantai Ujong. Bahagian Timur pulak anda akan dapat lihat binaan dan ukiran-ukiran seni halus arkitek Bali. Selain itu, uolls akan nampak satu bukit, iaitu Bukit Bisbis.




Istana atas air ni tak berkunci pun. Tetapi ada satu bilik dalam istana tu terkunci, dengan nota "Kamar Keramat- Hanya boleh masuk untuk upacara persembahyangan". Kami bersiar-siar di sini lebih kurang dua jam. Plan asalnya nak lepak sejam je, tapi sebab tempat tu terlalu unik, tambah lah lagi sejam. Lagi pun tempat ni sepatutnya lokasi kedua selepas Tirta Gangga. :)

Dah puas berjalan, perut pun lapar, jom isi dulu sebelum ianya berkeroncong lagu rancak! Kami bawa bekalan roti tuna dan biskut. So, makan je dulu dalam kereta sebelum bergerak. Nyummy~

Masa kami ingin berpatah balik ke kawasan Tirta Gangga, baru nampak signboard. Tapi tak sure berapa jauh lagi. So, we decided, KIV dulu lah.

Next destination.. Padang Bai. Khabarnya pantai di Padang bai menarik jugak. dan Padang Bai ni juga merupakan pelabuhan dan tempat bot-bot untuk mengangkut penduduk yang berulang alik Bali-Lombok.



Disebabkan jalan ke Padang Bai menghala ke arah yang berlainan, kami ambil keputusan balik ke Rama Candidasa Hotel dulu untuk berehat dan solat.

Jam 4.30 Pm: Jom keluar! Ambil angin di Pantai petang-petang ni syok jgk kan..

Jalan 'macet' semasa menuju ke Padang Bai..



Jelajah Pulau Bali ni kena ada kesabaran yang tinggi. Setiap tempat yang kami lalu ada 'upacara agama'. Setiap pura akan ada perarakan dan seakan-akan perayaan. Majoriti pura akan 'dihias'. Tak kira pagi petang siang malam. Hmm.. kuat agama Hindu diorang ni. Dalam hati kami berdoa supaya Allah memberi hidayah kepada mereka untuk kembali kepada agama yang benar, iaitu Agama Islam.




Finally tida di Pantai Padang Bai jam 5.00pm lebih kurang. Cuaca sangat terang (camne nak gambarkan ye). Pantai yang bersih. Pasir pantai tidak seperti di Malaysia. Pinggir pantai berbatu kerikil hitam. Takde orang yang mandi tetapi ramai kaki pancing. Cool!



Karen bangat ya!! Angin sepoi-sepoi bahasa, dengan bunyi ombak memukul pantai. Superb!

Kami lepak sini lebih kurang 20 minit, dan bergerak ke Jeti/Pelabuhan Padang Bai. Kat situ tempat bot dan kapal berlabuh untuk menurunkan barang atau penumpang. Bayaran masuk hanyalah Rp. 8,000 untuk sebuah kenderaan.

Kami tak turun dari kereta pun. Just tengok kesibukan urusan di jeti dari tingkap kereta. Hihi.

Jam 6.00pm, hari dah mula gelap. Sebelum balik ke hotel, kami singgah Alpha Mart. pasaraya rasmi kami di sini. Grab some food untuk dinner. We have Minute maid pulpy (wajib sebab minuman rasmi kami di Bali), Biskut wafer, Mee Goreng segera, Bihun soto segera dan bubur nasi segera. Total belanja IDR 31,500 sahaja (Lebih kurang RM10.00).



Jom dinner. Super express, kenyang dan mudah. 

Nota kaki-tangan:
Even dah set GPS awal, tapi sukar juga nak jumpa tempat yang di cari. Mood tak puas hati sebab tak jumpa Tirta Gangga. So apa yang kami belajar, bila nak set GPS, cari dulu nama jalan dengan tepat sebab kalau cari daerah sahaja, memang sudah nak jumpa disebabkan sesuatu daerah tu besar. Satu lagi, make sure save gambar tempat yang kita nak pergi. in case kalau sesat, mudah nak tanya penduduk setempat.

Nota Bajet:
Perbelanjaan
a. Alfa Mart (pagi) - IDR17,500
b. Parking Mobil - IDR3,000
c. Entrance Water Palace - IDR 20,000
d. Entrance Padang bai Jetty - IDR8,000
e. Alfa Mart (petang) - IDR - 31,500
TOTAL : IDR80,000

Baki dari duit yang dibawa IDR4,750,000
a. Hari pertama: IDR1,503,000
b. Hari kedua: IDR80,000
BALANCE: IDR3,166,900


Tak sabar untuk tentatif esok pulak.

Pen Off~













0 comments: