Saturday, January 09, 2016

Sabah Day 5 (13 Ogos 2015) - Pulau Manukan - Pulau Sapi - Nexus Karambunai

Sabah Day 5!

Sekajap sahaja masa berlalu.. Hari kelima di Sabah telah membawa kami ke pulau-pulau cantik di Sabah. Excited sangat sebab dah lama tak snorkeling di pulau. Last snorkeling di Pulau Pangkor dengan kontingen sukan KTF UTM. Lamanya lah kan.. :)

So, first time snorkeling bersama Encik Suami a.k.a Mr Heartthrob.. Tak sabarnya..

Jesselton Point, KK - 9.00 am

First thing, kena decide dulu nak ke pulau mana dan nak snorkeling atau tak. Dah alang-alang sampai, jangan lepaskan peluang untuk snorkeling. Dan khabarnya batu karang di sini cantik dan terjaga. So kami pilih nak ke tiga pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Di Jesselton Point ni memang korang akan nampak sesi tawar menawar perkhidmatan bot ke pulau-pulau. Harga bergantung kepada pakej yang korang suka. After survey, kami pilih kaunter no 5. Harga ok-ok lah jugak. Harapan untuk ke tiga pulau hanya tinggal harapan. Keadaan cuaca pada hari ini tidak mengizinkan pelancong ke sana. Jadi kita ke dua pulau sahaja. Kelengkapan snorkeling kami juga telah termasuk di dalam pakej. Oh lupa pula nak bagi tau. Masa untuk ke pulau-pulau tersebut ditentukan sendiri oleh pengunjung ye. 

Kami memilih untuk berada di Pulau Manukan selama dua jam, dan Pulau Sapi dua jam. Rasanya dua jam tu cukup kot untuk explore batu karang..



Ni pulau yang pertama.. Pulau Manukan. Agak ramai pelancong dan pengunjung. Ada yang cuma berehat-rehat dan ramai juga yang ber'snorkeling'.. jangan lupa bawa roti. dah penat berenang, perut pun lapar.. :)



Masa untuk ke Pulau Sapi pula. Jom...~~




Pulau Sapi lagi best!


Dua jam di Pulau Manukan rasa ok-ok lah, tapi dua jam di Pulau Sapi rasa sekejap sangat. Macam tak cukup je sebab terpesona dengan keindahan dasar laut yang terdiri dari pelbagai jenis batu karang dan ikan. Maaf sebab kamera kami tak canggih nak bawa masuk dalam air. hihi.. Korang kena pergi sendiri dan tengok sendiri.. Memang best...

Jam pun dan menunjukkan pukul 2.15 PM. Masa untuk balik. Langit dah mulai redup. Tanda hari nak hujan. Ramai juga pengunjung yang mula bergerak ke jetty. Mungkin sebab khuatir hujan lebat yang bakal tiba..

Alhamdulillah, seeloknya kami dah dalam bot, hujan lebat mencurah-curah. Rezeki kan.. Dah sampai jetty, hujan masih lebat. Kami mengambil keputusan untuk balik ke apartment dulu walaupun perut dah berkeroncong minta diisi.


Segama Waterfront - 5.30 PM

Dah cukup berehat dan badan pun dah segar sikit, jom kita cari makan. Gerai pilihan kami adalah Gerai Santai Haji Manja. Ramai yang suggest untuk makan di sini. Jom try!


Bergambar dengan Haji Manja. Owner restoran yang sangat peramah.

Pilihan makanan laut di sini banyak dan segar. Dan yang paling penting murah!!! Cumanya sekarang ni bukan musim lobster. So harga lobster tak murah sangat dan tak banyak pilihan. Kami pilih ikan kerapu, sotong dan sedikit udang. Menu kami adalah kerapu 3 rasa, udang buttermilk goreng kering, sotong bakar sambal. Air 'kichai' jangan dilupa. :)

Alhamdulillah, masakan dia not bad. Cuma sotong tu agak mengecawakan sebab overcooked dan daging sotong jadi liat lah kan. Overall kami bagi 4 bintang.

Selesai makan, kami hanya mengambil angin petang di sekitar Segama Waterfront, sementara menunggu waktu melihat matahari terbenam di Nexus Karambunai.


Nexus Resort, Karambunai - 7.10 PM

Kami agak terlewat sampai untuk melihat matahari terbenam. Perjalanan dari Segama Waterfront ke Karambunai mengambil masa lebih kurang 25 minit, memandangkan pada masa tersebut jalan agak sesak.

Untuk ke Nexus Resort, korang akan melalui satu perkampungan Karambunai tau. Mula-mula ingatkan dah salah tempat. Dalam perkampungan tu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, klinik, surau dan lain-lain. 


Pemandangan cantik walaupun masa tu dah malam dan gelap. Kalau siang taktau lah mungkin lagi cantik. Khabarnya hotel ni sangat digemari oleh pelancong dari Jepun. Hotel 5 star yang sangat mengagumkan.


Ok lah, jom balik. Esok banyak lagi destinasi dan kami juga akan balik ke Ranau. Percutian di Sabah hanya tinggal dua hari lagi.. check it out!!

Pen off.. good nite~~

SABAH Day 6






0 comments: