Sunday, January 24, 2016

CSR di Rumat Titian kasih, Titiwangsa

RUMAH TITIAN KASIH @ TITIWANGSA

Di sini menempatkan anak-anak yatim piatu yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Program ini adalah anjuran Silver Ridge Sport & Recreation Club (SRSRC). 



Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan:
1. Kemaskan dalam rumah
2. Gotong royong kawasan luar rumah
3. Bersihkan dapur memasak (di luar)
4. Aktiviti mewarna bersama kanak-kanak
5. Kemaskan kontena (dalam ni ada macam-macam barang yang disumbangkan oleh orang ramai)


Saya di dalam kumpulan 5 bersama En CEO Silver Ridge (Encik Syakur bin Dato' Mohd Suhaimi), Mr Heartthrob, my adik ipar dan beberapa orang lagi warga SR. 




Adik-adik di RTK beratur untuk mengambil makanan..



Selesai mengemas dan melaksanakan tugasan masing-masing, acara penyampaian hadiah pula diadakan. Bukan main seronok lagi adik-adik ni dapat hadiah. Masing-masing berbakat, memang susah nak pilih pemenang.




Selesai majlis, wajiblah bergambar ramai-ramai kan? 
Alhamdulillah, pihak RTK mengucapkan ribuan terima kasih kepada SRSRC kerana sudi meluangkan masa bersama adik-adik di RTK dan juga memberi khidmat dan tenaga untuk membersihkan kawasan Rumah.

InsyaAllah, ada masa, ada rezeki, kita berjumpa lagi.. :)




0 comments: