Sunday, August 16, 2015

Sabah Day 3 (11 Ogos 2015) - Ranau

Assalamualaikum..

11 Ogos 2015 tarikh yang sangat bermakna! :)

It's my birthday.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan pengembaraan di dunia dalam mencari keredhaanNya.. Birthday tahun ni disambut sederhana di SABAH! Tetapi kenangan yang tercipta sangat luar biasa tau..

So, hari ketiga di Sabah, ke mana kah kita? Jom...

7.30 am - Kampung Lohan

Abaikan muka bangun tido tu. :P


Kami bersarapan dulu di kedai makan Kak Nora di Kg Lohan. Kedai ni direkomen oleh kakak ipar. Katanya nasi kerabu sedap di sini. So, pagi ni kami try lah. Kami memilih nasi lemak biasa dan kopi panas sebagai sarapan. Harga OK-OK lah. tak terlalu mahal, tp tak juga murah. Kemudian, kami 'tapau' Nasi Kerabu untuk lunch nanti. hehehe.. Senang, tak payah fikir lunch nak makan apa.


10.15 am - Poring Hot Spring, Ranau

Perjalanan dari Kg Lohan ke Poring disajikan dengan pemandangan perkampungan yang menghijau. Masih mengekalkan suasana tradisional dengan binaan rumah kayu dan terdapat kedai-kedai kecil di tepi jalan.

Kami sampai di Poring Hot Spring lebih kurang 10.15 am. Tak ramai orang pun. Mungkin sebab bukan cuti sekolah. Hanya ada sebilangan pelancong yang saya rasa dari Korea dan China. Bayaran masuk adalah RM3.00 seorang. Bagi sesiapa yang telah membayar masuk ke Kinabalu Park, tidak perlu membayar tiket masuk ke sini. Hanya tunjukkan tiket yang sama, tetapi mestilah pada tarikh yang sama ye. Kalau tak, jadi seperti kami lah. Bayar semula sebab kami ke Kinabalu Park semalam. :)

Wefie tu wajib...

Kalau nak tahu, Poring hot Spring ni bukan sahaja ada kolam-kolam air panas, tetapi ada juga Air Terjun, Kebun Rama-Rama dan tempat perkhemahan. 

Ada macam-macam jenis dan saiz kolam air panas

Sebelum mandi di kolam air panas tu, kami ambil keputusan untuk menikmati kehijauan bumi Allah ni dulu. So, jom ikut kami masuk hutan!


Actually kat sini anda juga boleh try naik Canopy Walk. Bayaran di kenakan RM3. Tapi kami memilih nak ke Air terjun sahaja. Destinasi kami Air Terjun Kipungit, 400 meter ke dalam. 


Alhamdulillah, tak sampai sejam pun kami dah sampai di sini. Air terjun tak tinggi tetapi airnya jernih, bersih dan sejuk. Rezeki kami, tiada orang di situ. So, bergambar dulu lah. Untuk mendaki terus ke air terjun Langanan, ianya akan mengambil masa kira-kira dua jam. So, pendakian terhenti setakat Kipungit sajalah. Hehehe. Tak sabar nak mandi di Kolam Air Panas.


11.40 am - Kami memilih untuk menyewa VIP Jaquzzi a.k.a Privacy Hot Spring Pool. Sewa yang dikenakan adalah RM20.00 sejam. Sangat selesa sebab ada tab jaquzzi, shower dan tandas. So, enjoy.. Masih ingat tentang Nasi Kerabu yang dibeli pagi tadi? Ha, ni lah masa terbaik untuk lunch. dah penat masuk hutan, dan mandi, so makan je kat dalam bilik ni. :)

1.15 pm - Sabah Tea Garden, Ranau

Perut dah kenyang, so kami teruskan perjalanan ke Sabah Tea Garden yang juga terletak di Ranau. Tak jauh pun. Untuk masuk ke kawasan ladang teh tu agak mencabar ye tuan-tuan. Jalannya bukan jalan tar, tetapi jalan yang berbatu dan agak mendaki. 


Disebabkan panas terik, jom singgah minum dulu di cafe. Kami memilih Pandan Teh Tarik Sejuk. Mahal juga harganya. Rasanya sedap. Teh Sabah ni adalah teh yang diproses tanpa bahan kimia. Malahan pokok teh juga tidak disembur racun kimia. Saya beli beberapa pek teh sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Untuk pengetahuan, di sebelah cafe ni ada rumah panjang tradisional Sabah. Sebagai tarikan pelancong, rumah panjang ini telah diubah suai menjadi tempat penginapan. Bayaran yang dikenakan hanyakah RM70 untuk satu malam satu bilik. mesti malam-malam sejuk kan. Ada dua buah rumah panjang di sini. Satu dibuat daripada kulit kayu pokok nibong, dan satu lagi daripada buluh.



2.00 pm - Kg Luanti Baru, Ranau

Bagi sesiapa yang suka Fish Spa, dan baru nak cuba Fish Spa, di sinilah tempatnya. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau. Tagal dalam bahasa Kadazan-Dusun bermaksud "dilarang menangkap ikan". Ikan-ikan di sini sangatlah besar dan agresif. hehehe. Ikan-ikan ni akan membantu anda untuk membuang sel-sel mati di kulit anda. terpulang samada anda nak mandi atau rendam kaki sahaja. 

Sebenarnya geli.. Iskk.. Nak cuba, tapi acah-acah je. Bila kena 'kiss' dengan ikan-ikan tu terus melompat ke tepi semula. Tiket masuk adalah RM5.00 seorang, dan RM3.00 dikenakan bagi kamera/smartphone. Makanan ikan juga dijual di kaunter sebelum masuk tu. Satu pek RM1.00 dan terhad sorang satu pek sahaja. 

Untuk Fish Spa ni, ada peraturannya. Aktiviti spa hanya dibenarkan selama 15 minit sahaja. Memandangkan kami pergi diluar musim cuti sekolah, makanya kami ber'spa' selama sejam di situ. Rezeki kan..

Anda juga boleh try naik jambatan gantung di situ. 
Mr Hearthrob sangat berani ber'spa'. 
Walaupun kadang-kadang melompat juga..Love u. hihi


Selesai Fish Spa, kami terus balik ke rumah memandangkan malamnya ada hidangan istimewa untuk tetamu especially untuk 'Birthday Girl'. kihkihkih..

Ikan dan segala hasil laut tersangatlah murah ye di Sabah. Hidangan makan malam kami disediakan khas oleh Chef Marzuki dan Chef Syumai! Yeay.. Ikan kerapu masak stim, sotong celup tepung dan sambal kicap. Perghhh.. Thorbaik.. Thanks tuan rumah atas layanan yang diberikan..

Fuh.. seronok kan jalan-jalan di Sabah. Kita rehat dulu.. Esok sambung lagi cuti-cuti Malaysia di Sabah, Negeri di Bawah Bayu~

Pen Off.. Good nite.. xoxo..







0 comments: