Saturday, June 07, 2014

3H2M Pulau Langkawi

Mood bercuti...

Walaupun tidak ada rezeki ke Sabah kali ini, mood bercuti tetap diteruskan memandangkan Mandatory Leave saya masih berbaki pada minggu ini. Jika masih ingat, pada entri lepas, saya ada menulis tentang Mr Hearthrob/Mr Hubby (MH) yang telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana Demam Denggi, namun Alhamdulillah telah sembuh setelah hampir seminggu menerima rawatan. 

*********

Sebagai hadiah kepada MH yang dah kembali sihat, dan juga ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 pada 2 Jun yang lalu, kami telah sepakat untuk bercuti di Semenanjung sahaja.

3 Jun 2014: Idea untuk bercuti datang selepas lunch. Kami sepakat untuk bercuti ke Langkawi! Rezeki kami, dapat tiket penerbangan pergi dan balik ke Pulau Langkawi dengan harga yang tidak terlalu mahal. Langkawi merupakan destinasi kami kerana ini merupakan kali pertama MH akan menjejakkan kaki ke Langkawi. Bagi saya sendiri, kali terakhir saya ke Langkawi lebih daripada 10 tahun yang lalu. Sudah tentu terlalu banyak perubahan dan pembangunan di sana. 

**********

4 Jun 2014: Kali pertama terbang dari KLIA 2. Malah kali pertama juga terbang bersama Malindo Air! Flight ke Langkawi adalah pada jam 10.00 am. Alhamdulillah, cuaca baik pada sebelah pagi, namun sedikit hujan semasa ketibaan kami di Langkawi. Komen dari saya, layanan daripada Krew Malindo Air bagus, seperti juga Krew Air Asia, namun dari segi fasiliti lain saya prefer Air Asia. Lebih selesa. :)




Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tepat jam 11.00 am. Urusan bagasi mengambil masa 20 minit. Alhamdulillah, tak sabar rasanya untuk menjelajahi Pulau Lagenda ni. Pulau yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri dan juga salah satu tempat yang diiktiraf oleh UNESCO!

Saya akan berkongsi pengalaman 3 hari 2 malam saya dalam entri akan datang... xoxo!



0 comments: