Monday, January 28, 2013

3H2M Melaka: Bandaraya Bersejarah!

Hari Ketiga (26 Jan 2013-Sabtu) di Melaka. Seperti yang saya katakan di dalam entri sebelumnya, Melaka mempunyai tarikannya yang tersendiri. Melawat Melaka ibarat melawat Malaysia. Banyak maklumat tentang Malaysia yang boleh kita dapati di Melaka. Mana tidaknya, terdapat pelbagai jenis galeri dan muzium yang mampu memberikan informasi kepada pengunjung. 

Entri ini pula saya akan kongsikan antara tempat yang kami lawati. Begitu cepat masa berlalu.. Seperti biasa, sarapan pagi adalah mesti. Selesai bersarapan, kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Kali ni kami ke Dataran Hang Tuah (10 minit berjalan kaki).


Terdapat arca Kesultanan Melayu Melaka dan Keris di kawasan dataran. Dari tempat kami berdiri, dapat dilihat dengan jelas bangunan Best Western dan bangunan sektarnya yang terdapat lukisan mural yang sungguh unik.


Ada lukisan Kapal Perdagang, 5 Sahabat zaman Kesultanan Melayu Melaka, Barang-barang dagangan seperti kain dan rempah ratus, Puteri Hang Li Po dan macam-macam lagi.. Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kami kembali ke hotel untuk urusan check-out.

*****

Rehat cukup, perut pun dah diisi, jadi kami memulakan perjalanan dengan destinasi pilihan ramai, iaitu A Famosa dan St Paul's Church. Alhadulillah cuaca baik, memudahkan kami berjalan. Memandangkan Maritime Museum kami pernah kunjungi, jadi saya dan hubby hanya melewati tempat-tempat tumpuan sahaja. 


Ramai betul pengunjung dan pelancong dari Luar Negara. Suatu keadaan yang amat membanggakan sebagai rakyat Malaysia. 


Kalau nak diceritakan tentang sejarah, memang panjang. Eloklah kalau anda sendiri yang berkunjung ke Negeri Bersejarah ini. Malaysia juga tidak kalah dengan tempat menarik untuk dilawati. Bawalah ahli keluarga untuk bercuti bersama. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga meransang ekonomi Malaysia menerusi aktiviti perlancongan.

Selesai sudah sesi melawat Melaka. Walaupun masih banyak tempat yang boleh dikunjungi di Melaka, namun tiga hari dua malam telah penuh terisi dengan tentatif yang menarik. Mungkin bagi anda yang boleh bercuti lebih lama, bolehlah mengunjungi Perigi Hang Tuah, Fruit Farm di Sg Udang, Makam-makam pahlawan dan bangsawan serta banyak lagi.


Tepat jam 3.00 pm, kami bertolak balik meninggalkan Melaka. Tapi sebelum tu, mesti singgah Klebang! Dapatkan Coconut Shake special sebagai bekal sepanjng perjalanan sejam ke KL. 3 Hari 2 Malam di Melaka salah satu kenangan terindah dalam hidup saya.

Sesampainya kami di Bangi, lebih kurang jam 4.30pm, perut pula berkeroncong. Baru teringat kami tidak makan tengahari. Punyalah seronok berjalan sampaikan terlupa. Disebabkan tidak rajin nak masak, kami singgah di D'Rimba Laksa. Pekena Laksa Penang dan Cendol ketika perut lapar memang suatu tindakan yang bijak. 

Berakhir sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Melaka. Ke mana destinasi seterusnya? Bergantung kepada rezeki. Sekali sekala memang seronok keluar bercuti. 

Nota kaki: Pelik pulak tiba-tiba rajin nak update blog. Kahkahkah... Daaaa....





4 comments:

Aretikz said...

Kalau lah haritu dapat tiket free air asia.. konfom ni jadi salah satu destinasi.. hehe..

annazanariah said...

heheh.. should visit Malacca.. nnt stay la kat hotel ni.. best..

Suraya said...

kat hotel nih takde swimming pool ehhh....

aishahafiz said...

bestnya dapat jalan2....