Wednesday, December 12, 2012

Kursus vs Kurus

Tadi dapat gambar Kursus Induksi yang di e-mail oleh staff ABADI. Excited nak update blog sebab terkenangkan kisah Kursus Induksi ni..



Kursus ni dah lama. Bermula 25 Nov - 28 Nov 2012 (4H3M). Semua peserta disarankan tidur di 'hotel' ABADI disebabkan jadual kursus yang agak padat bermula awal pagi hingga lewat malam.

Maka bermulalah episod "Sayangkan Suami, Tinggal-tinggalkan".. Pertama kali kami berjauhan setelah hampir enam bulan kami melangsungkan perkahwinan. Saya check in hari Ahad, jam 5.30 petang. Punyalah berat hati ni nak pergi Kursus. Segala persiapan suami dah dibereskan awal-awal lagi. Baju dah berdobi dan bergosok, keperluan dapur pun dah ready. Walaupun tahu, suami seorang yang berdikari, malah kerja rumah dialah yang tip top!

Rupanya sungguh indah perasaan rindu selepas bernikah. Rindu kepada orang yang halal... Tersenyum saya sendirian. Pantang ada masa terluang sikit, pasti saya akan hubungi suami. Rupanya suami juga demam rindu. Aduh! Empat hari rasa bagaikan empat bulan. Wahhhh~

Sepanjang saya tiada di rumah, dapur langsung tidak berasap. Tak sedap makan sorang-sorang katanya. Sanggup menerjah rumah Kakak dan Abangnya. Kebetulan abang ipar dari Sabah juga balik bercuti. Apa lagi, menyakat dan mengusik lah.. Nak dikatakan tak pernah urus keperluan sendiri, tak mungkin. Tapi semangat tak ada. Apa pun tak boleh... Hahaha... Isteri pergi berkursus, suami semakin kurus..

Akhirnya, berakhirlah kursus empat hari (lamanya). Hehehe. Terima kasih Ya Allah kerana Kau satukan hati kami. Terima kasih Ya Rabb kerana Kau kuatkan cinta kami untuk melabuhkan cinta kepadaMu..

Suamiku, saya hanyalah hambaNya yang dipinjamkan sementara buatmu. Ketahuilah tiada yang kekal melainkanNya. Berpisah empat hari telah menjeruk rasa, bagaimana jika terpisah roh dan jasad? Terima kasih kerana selalu mengingatkan diriku, lebihkan kasih sayang kepadaNya melebihi kasih sayang antara kita..

Sedang syok menaip ni, si jantung hati dah dibuai mimpi.. Semoga mimpi yang indah-indah ye sayang. Love you!

2 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

Setuju sangat2 Ana... Perasaan rindu pada yang halal adalah paling yang terindah.. Sesekali berjauhan memang terasa kurang sesuatu.. Inilah yang dinamakan nikmat rumahtangga..

Rindu kamu dear.. Amacam? Dah ada berita gembira belum?

annazanariah said...

rindu kamu juga..

blum ada berita yg ditunggu2 tu.. doakan ye.. =)