Saturday, May 19, 2012

Doa Membuka Apa Sahaja Yang Tertutup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Semoga U all sihat di bawah payung rahmatNya... Ape plan U all hujung minggu ni. Semoga apa yang kita lakukan mendatangkan manfaat dan kebaikan lah ye.. So, hari ni Anna juz nak share sepotong doa yang Anna dapat dari fb Dr. Hj. Tengku Asmadi. Semoga sama2 kita amalkan..



Doa ini adalah doa yang sangat baik yang mana boleh dijadikan bagi membuka apa sahaja yang tertutup. Iaitu Surah Al-Fath, ayat -3. Marilah sama2 jadikan ianya amalan harian kita.

Antara kebaikannya, InsyaAllah dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, apa sahaja yang tertutup seperti rezeki yang tertutup, jodoh lambat, perniagaan tidak menjadi, hadiri temuduga, minda yang tertutup, ketika mahu berdepan dengan peperiksaan (bimbang 'blank'), hati yang tertutup hingga rasa berat mengerjakan ibadah dan sering melambat-lambatkan solat, ketika perang atau berdepan dengan musuh, serta banyak lagi khasiatnya... InsyaAllah, dengan keyakinan Allah mengkehendaki setiap perkara itu berlaku, Allah akan buka segalanya. Yakin dan percaya dengan janji Allah, hidup kita pun akan dipermudahkanNya.. Amin...

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat U all. Sila lah SHARE dan jangan kedekut ilmu. Ilmu yang bermanfaat dan diamalkan oleh muslimin dan muslimat lain, pahalanya akan sentiasa berterusan. InsyaAllah~~




0 comments: