Thursday, February 16, 2012

Berikhtiar..

Assalamualaikum,

Salam Informasi untuk semua...

Waktu lunch baru dapat baca paper jap. Tu pun online je. Nak tengok Buletin Utama TV3 pun tak sempat. Sampai rumah je dah masuk segmen sukan. Anna ni tau la, sukan tak berapa minat, tapi kalau aktiviti rekreasi OK. Hehehe... 

Hari ni juz nk share artikel from BH Online tentang Setiap Penyakit Ada Penawar. Anna pasti setiap daripada manusia di muka bumi ini pasti ada sakit. Even Anna sendiri rasa susah hati bila apa 'penyakit'. Kadang-kadang rasa macam stress sgt, putus asa, then jadi la menyerah je takmau usaha dan ikhtiar lagi. Mungkin kadang2 ikhtiar kita tu tak serasi dengan diri kita, sebab tu la tak sembuh.
 
Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar. 




Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pepatah Melayu ‘pantang maut sebelum ajal’. 

Nota-cinta-anna: Pernah terdengar cerita dari kawan yang menceritakan ada yang sampai sanggup mintak Doktor berhentikan alat bantuan pernafasan sebab dah tak sanggup lagi menjalani rawatan di hospital. Itu tanda dah putus asa... Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus percaya dan tabah dengan ketetapan dariNya.


Pen Off~~~

0 comments: