Wednesday, May 11, 2011

Jom Tangani Stres | Tanda-tanda Stres

Sambungan daripada entry --> Punca-punca Stres


Punca stres dah tahu, skrg jom kita kenali tanda-tanda stres pulak. Kalau ada antara perkara yang kat bawah ni berlaku kepada diri U all, haaa... Itu lah tandanya U all tengah stres. Tapi Anna gerenti U all pernah punye alami stres. Hehehe~~


TANDA-TANDA FIZIKAL

: kering mulut
: gementar
: sakit kepala
: masalah tidur
: perubahan selera makan
: cepat letih
: lenguh-lenguh badan
: jantung berdebar-debar
: pernafasan semakin laju
: sakit perut
: cirit-birit
: sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
: letih lesu

TANDA-TANDA PSIKOLOGI

: gelisah
: hilang sabar
: mudah marah
: lemah semangat
: risau dan bimbang
: kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
: mudah lupa
: takut gagal
: rendah diri
: keresahan
: tidak merasa seronok
: bosan
: kemurungan/ tiada mood

TANDA-TANDA TINGKAHLAKU

: merokok berlebihan
: penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
: memikir/ bercakap tentang mencederakan/ membunuh diri
: tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vendalisme)
: penyalahgunaan dadah dan alkohol
: masalah tabiat makan


Walau apa pun masalah/ stres yang melanda diri U all, janganlah sekali-kali melakukan perkara yang dilaknat atau dilarang oleh agama. Tak kira lah agama mana pun, perbuatan yang menyakiti dan menzalimi diri sendiri adalah dilarang. Bertindaklah berdasarkan akal fikiran yang sihat dan tenang. Carilah jalan/ cara yang sebaiknya untuk menangani STRES!



Nota-cinta-Anna: Next entry --> Tips mudah tangani stres (Amalkan 10B)

0 comments: