Salam, alhamdulillah.... Blogger.com dah kembali seperti sediakala... Cuak jugak semalam sebab tak dapat buat entry.. Huhu.. Disebabkan tak dapat buka blog, juz tengok movie je la.. OK lah, hari ni ada sedikit info yang Anna nak kongsikan dengan U all..
Sekadar untuk informasi semua. Berhati hati dengan Ctrl+ C apabila anda menggunakan Internet Explorer. Kita banyak 'copy' pelbagai data dengan menekan Ctrl+C dan 'paste' kan ia dimana-mana. sebenarnya, 'copy' ini tersimpan di 'clipboard' dan boleh di akses daripada net dengan menggunakan kombinasi javascripts dan ASP.
cuba sendiri
1) copy apa jua jenis text dengan menekan Ctrl+ C
2) klik link ini http://www.friendlycanadian.com/applications/clipboard.htm
Anda akan melihat text yang anda 'copy' tadi di skrin dimana ia telah di akses oleh website ini.
Moral
Jangan sesekali menjadi pemalas apabila menggunakan internet. Jangan guna Ctl+C sebagai jalan pintas untuk memasukkan sebarang data data sensitif (passwords, creditcard numbers, PIN).
Adalah menjadi teramat senang untuk meng'extract' text dari 'clipboard' untuk mencuri maklumat sensitif anda!!!!
Minta sapa yg pakar boleh sahkan hal ni..
[info dari gempak.org] yang ditaip semula oleh Enchek Badrool