Sunday, March 20, 2011

Persis Mutiara Emas (PMe '11) | 19Mac2011


Persis Mutiara Emas (PMe '11) merupakan program motivasi pelajar yang dianjurkan oleh kaunselor pelatih UTM. Anna menjadi salah seorang fasi yang menyampaikan pengisian untuk adek2 di Bukit Saujana, JB. 

Alhamdulillah, pihak KRT Bukit Saujana memang sangat ramah dan banyak membantu. Kami disambut dengan ramah dan mesra.

Program start kul 8am sampai kul6pm. Makan tak perlu bimbang sebab kami dihidangkan dengan minum pagi, lunch, minum petang. Pastu apa yang menarik perhatian Anna, kerjasama antara AJK KRT Bukit Saujana tu memang bagus. Anak2 mnyertai program, kaum ibu dan bapa bergotong-royong memasak. Ada salah seorang ibu kat situ mengatakan 'berkat air tangan ibu...'.. Tersenyum Anna. Even program hanya sehari, tetapi rasa dekat dengan adek2 semua. Kami dikejar masa. Kalau ada peluang untuk berjumpa lagi, mungkin lagi mesra dengan adek2 semua.. 

Bergambar mmg wajib la kan..

Bergambar bersama AJK KRT Bukit Saujana & Kaunselor Pelatih UTM

Akak2 fasi: Miss Masoumeh, Miss Ame, Miss Atefeh, Miss Anna

Adek2 yang datang dengan harapan untuk berjaya

Bergambar beramai-ramai setelah program tamat


InsyaAllah, jika ada kesempatan, boleh berjumpa lagi..

Read More

Masquerade Party at MASA '11


Fuhh.. fuhh... Banyaknye habukkkk.. Dah lama tak update blog ni. Idea dan event banyak untuk share, tapi tak berkesempatan. So, mlm ni Anna nak share tentang MASQUERADE PARTY!

Actually ni tema untuk dinner kolej. Malam Anugerah Srikandi (MASA '11). Tujuan dinner ni untuk memberi penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada kolej dan universiti. Selain tu, of course la acara makan-makan dan persembahan. Da Bomb! u all... Best sangat rasanya dinner kali ni, mungkin sebab ni dinner terakhir Anna kat UTM. Maklumlah dah last sem. Cerita je tanpa upload gambar tak best kan.. So jom layannnn~~

Masquerade girls: Miss Roha, Miss Anna, Miss Jue

Topi pinjam =)

Masquerade Girls again: Mrs Sham, Miss Anna, Miss Jue

Bersama bonda KTF, Puan Marzilah dan barisan Felo dan Pembantu Felo


Amacam? Jeles tak bagi sesiapa yang tak gi? Tu belum tgk gimik perasmian, deco, food dan macam2 lagi lah.. Mmg superb la.. Malam tu kami makan Chicken Chop, Mushroom Soup, Pudding, Salad and Ice Cream. Rasanya ni 1st time MASA menghidangkan western food kepada tetamu sebab kebiasaannya Nasi Briyani atau Nasi Tomato.. =)

Ape2 pun, tahniah kepada semua yang menjayakannya. Semoga KTF terus cemerlang. InsyaAllah.. 



Read More

Monday, March 14, 2011

Bila Allah Kehendaki


Assalamualaikum.. Apa khabar semua. Harap semuanya di bawah Rahmat Yang Esa.. InsyaAllah.. Anna tau, U all semua sure dah baca dan tengok serta ikuti peristiwa TSUNAMI di JEPUN. MasyaAllah, takut sangat. Ada yang turut mengkaji Al-Quran yang telah terbukti terdapat didalamnya tanda-tanda peristiwa yang bakal terjadi.. Nah! Bukti2 itu memang telah ada di dalam Al-Quran, cuma kita yang tidak mengkajinya secara mendalam.

Ni Anna kongsikan satu video antara beribu mungkin berjuta video berkenaan TSUNAMI DI JEPUN. Semoga Allah melindungi Malaysia dan juga seluruh umatnya di dunia ini..


Bila Allah berkehendakkan terjadinya sesuatu perkara itu, maka jadilah ia tidak lewat walau satu saat~~
Read More

Monday, March 07, 2011

Saya akan merindui saat ini..




Assalamualaikum~ Hope U all sihat. Anna, alhamdulillah, sihat.. Cuma selsema masih tidak berkurangan. Rasa sangat tak selesa. Malam ni, sambil2 rehat before start buat kerja, anna nak mencoretkan sesuatu..

RINDU... Apa yang U all faham tentang rindu? Subjektif kah? Atau mmg ada definisi yang tepat.. Anna tergerak untuk update tentang rindu ni masa dalam bas balik dari fakulti tadi. Anna akan merindui...

* Kawan2 seperjuangan yang sama2 stress dalam mengejar impian dan cita2.. sama2 gembira bila lect cakap kelas batal, sama2 senyum lebar bila dapat gred A+, nangis bila tak capai target.. =)

* Pakcik driver bas (pakcik hindustan-bas KTR).. Setiap kali naik bas dia mesti dengar lagu2 hits hindi. kuikuikui.. cool la pakcik!

* Makanan kat Meranti.. terutamanya kat temu kunci.. we love your food.. Sekarang dah banyak kedai makan baru. Yang stay dari 1st year degree dulu pun temu kunci dan noraini lah..

* Adek2 JKM.. dah berapa batch ye anna kenal.. sayang kamoo semua.. U all mmg banyak bagi kenangan untuk kak anna tau. Ada yang nakal, ada yang masih malu2, ada yang mmg macam adek beradek betul.. tak lupa juga ada yang mungkin tak menyenangi kak anna. heheh.. ada kan? ada kan?

* Kak Mala dan Kak Ina (Berlian Minimart). Yang ni pun dari 1st year masuk lagi. Kalau jumpa akak2 ni mmg tak habes sembangnye.. Lepas satu episod, episod lain pulak..

* Pembantu felo dan felo serta pengetua KTF. Saat2 bekerja bersama, sure ada masam manis, pahit tawar semua la kan.. Tapi kita semua dah macam family. Buang yang keruh ambil lah yang jernih. 

* Lecturers yang best dan pelbagai ragam.. ada yang tegas, firm, strict, ada yang cool, mesra, sangat bertimbang rasa.. macam-macam la..

* Klinik Kaunseling.. Hmm.. yang ni mmg best la.. Praktikal? Dah hampir dua bulan la Anna kat sini. Mmg susah nak dapat client melainkan kawan-kawan yang sudi datang. Anna tau, ramai yang memerlukan khidmat bimbingan & kaunseling, tapi mungkin masa yang tidak bersesuaian dan juga ambil masa untuk develop trust!...

* Banyak lagi la kenangan yang satu persatu tercatat dalam memori ni. Semoga Anna dan rakan-rakan seperjuangan semua dapat grad on time... InsyaAllah~~~~ =)

Read More