Tuesday, February 22, 2011

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Pertama | 18 Feb 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Today Anna juz nak share with U all pengalaman Anna dan rakan2 mendaki Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor.

Juz sedikit info tentang Gunung Muntahak:




Gunung Muntahak mempunyai ketinggian 2080 kaki/ 634 m merupakan gunung yang terkenal di Kota Tinggi, Johor. Air terjun Kota Tinggi berpunca daripada gunung ini yang mana ianya mengalir secara bertingkat-tingkat. Ada juga yang menggelarkan Gunung Muntahak sebagai Gunung Air Terjun Tujuh Tingkat. Masa yang diambil untuk sampai ke puncak Gunung Muntahak adalah antara 2 hingga dua jam setengah. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, kita dapat lihat pelbagai jenis spesis flora yang berwarna warni yang menjadikan pemandangan cantik. Antara tumbuhan yang dapat dilihat adalah pokok resam, rotan kecil, tanduk rusa, periuk kera dan banyak lagi.






Para pendaki perlu melalui kawasan kelapa sawit dan denai hutan sebelum sampai ke kawasan perkhemahan. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang sejam hingga dua jam. Sepanjang perjalanan ini juga kami perlu melalui dua anak sungai. Dinasihatkan kalau nak ke sana, better jangan bawak barang terlalu banyak.. Penat tau sebab nak redah kawasan kelapa sawit lagi, nak harungi sungai lagi.. 






Sepanjang perkhemahan ni, kami memang diajar cara hidup dalam hutan. Survivor tu.. Tapi menurut guiders kami yang macho2 tu ni baru dikira tahap 1 okey.. Bayangkan kalau tahap 2 dan seterusnya camne la kan.. Kami kat sini menghadapi situasi takde toilet awam, takde nasi & lauk pauk, takde bekalan elektrik.. Bayangkan yang gugurl ni bila takde toilet n kena mandi air terjun je. hehehe.. Mula2 mmg la kekok, tapi lama2 dah biasa la.. kehkehkeh.. Malam tu kami makan macaroni goreng n teh o.. nyummy..


Malam tu takde aktiviti yang berat lagi, juz makan2 n berkenalan dengan peserta. Tido awal tu sebab perlu rehat secukupnya sebelum mendaki esok. Chaiyok!

2 comments:

Belalang hijau Perisik said...

wah cam best jer...
belalang minat jugak aktiviti2 begini...

annazanariah said...

mmg best belalang!
mcm nk gi lagi~ hihi,,,