Wednesday, January 05, 2011

Berubah-ubah Niat

Gambar sekadar hiasan (Ihsan: Google Image)


Salam... Harap semua sihat hendaknya. Hari ni Anna juz nak share satu cerita yang mungkin dapat memberikan pengajaran dan panduan untuk kita. Jom baca... 

***************************************

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, " Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh. Jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. 

Namun, ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, " Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin..."

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam..." 

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, "Ya Allah, sekiranya aku selamat, aku akan sedekahkan seekor ayam..."

Ribut telah berhenti dan dia telah berada pada kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh. "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"

(Sumber: Majalah SOLUSI Isu No. 26)

**************************

PENGAJARAN: Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakanNya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengahrap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakanNya~



p/s: Bersyukur ketika senang lebih sukar daripada meminta pertolonganNya ketika susah. Jadilah orang yang bersyukur yang sentiasa berterima kasih atas segala pemberian Allah... Supaya tidak digolongkan di dalam golongan manusia yang sombong dan tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikanNya.

Wallahu'alam~~

2 comments:

lissaliyya said...

dalam membuat niat @ nazar, perlu mengikut kemampuan diri agar niat@nazar itu tidak berubah2...

Padin said...

menarik perkongsian ni anna, yelah memang manusia macam ni kot, bila dah susah baru nak mintak macam2, masa senang?

umm, aku sendiri kadang2 terleka,