Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2010. Esok, kita bakal memasuki tahun baru 2011. Dikesempatan ini, Anna nak mintak maaf banyak2 atas segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja..
Apa azam baru? Atau azam baru adalah meneruskan azam lama yang dah bertahun2 masih belum tercapai? Namun, bagi Anna lebih baik ada azam daripada tiada azam atau perancangan masa depan.. tak gitu??? Hehehe..
Seelok2nya kita perlu menyatakan apakah azam atau perancangan kita. Jika untuk mencapainya mengambil masa yang panjang, seelok2nya adakan juga beberapa azam jangka pendek. Pastikan azam jangka pendek itu tercapai sedikit demi sedikit...
Sebagai contoh, nak grad dengan 1st class dan dapat anugerah diraja semasa konvo. Itu adalah azam jangka panjang. Jadi untuk merealisasikannya perlukan azam jangka pendek. Seperti dapatkan dean's list setiap semester, menyertai aktiviti2 yang dianjurkan di universiti dan meluaskan networking. InsyaAllah, sekiranya tidak dapat anugerah diraja pun, kita gain a lots of experiences kan? Pengalaman sangat penting, sebab kalau nak bayar berjuta pun untuk beli pengalaman, memang tak dapat la... Huhuhu~ erk.. melalut lak kan..
Anna sendiri dah menyenaraikan semula beberapa azam tahun 2010 samada yang dah tercapai atau belum tercapai. Yang dah tercapai, alhamdulillah.. Tapi yang belum tu, InsyaAllah akan usaha untuk mencapainya tahun 2011.. Nampaknya ada azam baru bertambah untuk 2011 ni.. jeng3.. Apakah azam tersebut?? Rahsia la... =)
No comments:
Post a Comment