Monday, December 27, 2010

Kem Pembentukan JKM KTF 2010/2011 || Part 2

Sambungan daripada PART 1...


24 hingga 26 Disember, bertempat di Dewan Sri Alam, KTF. Kem Pembentukan JKM KTF diteruskan dengan aktiviti yang menguji kesabaran dalam perancangan aktiviti. Perancangan aktiviti telah dilakukan sebelum barisan JKM dibentuk. Kami yang urusetia ni pening memikirkan siapakah calon yang sesuai bagi sesuatu jawatan. Namun, Allah telah memudahkan kami apabila selepas selesainya aktiviti malam (25 Dec) tu, kami dah berjaya menyusun barisan kepimpinan yang baru dalam masa yang singkat je. List name dah siap malam tu jugak untuk diumumkan pada hari berikutnya (hari terakhir kem).

Semoga barisan kepimpinan yang baru ni dapat menerajui KTF dengan baik dan membawa nama kolej serta universiti ke peringkat nasional dan kebangsaan. Perancangan yang mantap telah dilakukan dan dibincangkan dengan rapi. Cian adik2 semua kena perah semalam.. Tapi inilah proses belajar. Suatu hari nanti, U all akan merindui saat-saat suka duka dalam menjadi pemimpin di Universiti. Tahniah diucapkan untuk adik2 JKM KTF 2010/2011.


Inilah wajah2 pemimpin, Leaders of Tomorrow.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Ikhlaskan hati, laksanakan amanah dengan jujur dan komited.. Kita antara yang dipilih Allah untuk memegang tanggungjawab. Walau sebesar mana pun ujian, dugaan dan halangan, hadapilah dengan matang..


Bunga-bunga cantik di KTF. Hehehe.. Comel kan? Yang berdiri berjubah hitam tu our beloved Pengetua Kolej, Puan Marzilah. She's very kind... =)



0 comments: