Sunday, October 10, 2010

Jom Bersukan!

Sambil menanti siaran langsung perkahwinan ANGKASAWAN NEGARA, Datuk Dr. Sheikh Muzafar kat TV3, sempat lagi nak update blog... :)

Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat. Aktiviti sukan memerlukan tenaga yang banyak. Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Selain itu, sukan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang. Malah ianya juga telah menjadi suatu temasya yang terkenal di mata dunia. Nama sesebuah negara menjadi terkenal buka hanya bergantung pada kemajuan sains dan teknologi, tetapi sukan juga memainkan peranan yang penting. Sukan menjadi tali penghubung antara Malaysia dengan negara luar.

Anna ni sebenarnya bukan yang jenis kuat bersukan. Hanya ada aktiviti-aktiviti yg tertentu je yg menjadi minat. Dari zaman sekolah menengah lagi dah kurang bersukan... Kalau sek rendah, normal la kot kanak2 suke bermain.. Even bola sepak pun pernah main. kuikuikui~~

Setelah sekian lama tak turun padang, petang tadi mulakan la aktiviti sihat dengan berjalan ke tasik UTM untuk gunakan alatan senaman. Adalah lebih kurang 10 buah. Fuhh~  Boleh tahan berpeluh. After memanaskan badan, kami berjalan balik ke kolej. Kami yang dimaksudkan adalah Anna dan cik Kasih.. Sampai kat kolej, kitorg join kawan2 main netball lak. Huhu. Penat weih! Biasanya satu team 7 org, tapi kami main satu team 4 org jek. Penat berlari sebenarnya.. Hoho..



Hopefully bersukan ni konsisten la kan. Maklumlah sejak lepas RAYA ni, dah bertambah berat badan.. awww.. Hehehe..


0 comments: