Thursday, October 21, 2010

Cerita Hujung Sem

Assalamualaikum~

Lama dah rasanya Anna tak beramah mesra dengan U all kat blog kan? Nak blogwalking pun jarang-jarang. Actually sekarang saat2 getir untuk habiskan sem ni. Dah tahap kecemasan dah sebenarnya. BTW, Anna ambik masa sikit la nak update blog terchenta ni. Kang majuk lak dia susah kan.. Hehehe..

Alhamdulillah, dalam kesulitan dan kesempitan sekarang ni, Allah permudahkan segalanya. Anna dapat new job yang sedikit sebanyak dapat membiayai perbelanjaan Anna hujung2 sem ni. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau permudahkan segalanya... Yang penting sabar, sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. InsyaAllah, ada lah rezeki yang menanti. =)

Tadi kelas last untuk subjek Foundation of Teaching III. Seronok sangat. Tapi dalam masa yang sama, turut rasa sedih sebab beberapa orang classmate akan grad sem ni. Means sem depan hanya tinggal separuh daripada kitorg ni yg akan meneruskan perjuangan! Tahniah diucapkan kepada mereka. 

Hmm.. Actually niat nak update blog juz nak coretkan perihal personal je. Sekadar coretan harian, tapi tiba2 teringat yg dapat DARK CHOCOLATE daripada Singaporean classmate tadi. Best3.. Love CHOCOLATE soooo much! So, Anna nak berkongsi beberapa fakta tentang Chocolate yg ramai takut nak consume sebab takot gumuks! Tapi bukan Anna la org itu, sebab bab choc mmg tak tolak la. Hehehe~~



Antara fakta menarik tentang COKLAT!



FACT 1 – COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN
Kandungan utama coklat adalah lemak dan gula, tapi kegemukkan datang apabila makan dengan jumlah yang banyak. Namun coklat bukan faktor utama kegemukkan. Seketul coklat persamaan 47gm atau10% daripada jumlah kalori seharian. Orang switzerland makan lebih daripada 9000gm coklat setiap tahun tetapi peratus kegemukkan mereka adalah sangat rendah.

FACT 2: KANDUNGAN KAFEIN RENDAH
Seketul coklat hitam (30gm) mengandungi 10 – 30 mg kafein manakala segelas kopi terdapat 100 mg kafein. ini menunjukkan bahawa kopi lebih membahayakan kesihatan jika dibandingkan dengan coklat. coklat juga elok untuk peredaran darah. Oleh itu, Orang yang berkelasterol rendah boleh makan coklat tanpa ragu – ragu.

FACT 3: COKLAT MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN
Kajian menunjukkan kandungan antioksidan coklat 4 kali ganda berbanding teh merah. Ia berkesan bagi mencegah saluran darah tersumbat, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

FACT 4: COKLAT MENCEGAH KEMURUNGAN
Coklat mengandungi phenetylamine, sejenis bahan kimia yang berkesan untuk mencegah kemurungan. Ramai doktor menggunakan coklat sebagai ubat semula jadi bagi mencegahnya. Ini kerana setiap 100 gm coklat mempunyai 410 mg megnasium yang berupaya menenangkan fikiran.

FACT 5: COKLAT LINDUNGI GIGI
Menurut kajian Universiti Osaka, bahan antibakteria dalam koko boleh mencegak kandungantinggi gula lalu mengurangkan kerosakan gigi. Lagipun bahaya coklat terhadap gigi lebih rendah daripada snek manis yang lain.

FACT 6: COKLAT KUATKAN BADAN
Coklat berperanan menguatkan sistem imun badan. Ia mampu mengurangkan risiko jangkitan selesema. Kandungan flavanoid berfungsi menguatkan pertahanan badan serta mencegah barah dan penyakit jantung.

FACT 7: COKLAT PENUH BERKHASIAT
Antara pelabagi jenis coklat, coklat hitam mempunyai kandungan gula dan lemak yang paling rendah. Coklat hitam mempunyai kandungan baik seperti kalsium, magnesium, zat besi, fosforus dan tembaga yang bermanfaat kepada manusia. Apabila seseorang lapar, coklat merupakan pilihan terbaik jika dibandingkan dari biskut atau kek. sebab otulah para pendaki gunung atau jungle trekker, mereka lebih suka untuk membawa coklat daripada bawa makanan lain bersama keran coklat ringan, mudah dan mengenyangkan.



Nyummy.. Sedapnya FERRERO Rondnoir Specialties!
Thanks~

Chocolate: Cocoa is rich in flavonoids—the same heart-healthy compounds found in red wine and green tea. In a recent study, Greek researchers found that consuming dark chocolate containing 100 milligrams of flavonoids relaxes your blood vessels, improving bloodflow to the heart.


2 comments:

sweetsal said...

hihi..sedapnya tgk coklat kt sini..akak memang hantu coklat..suka sangat..hehe

annazanariah said...

@ sweetsal... sama la kita kak.. nyummy.. craving more... hehehe..