Tuesday, September 28, 2010

Jamuan Hari Raya IPF UTM

Assalamualaikum.

Malam semalam jamuan + makan-makan lagi. Wuhuuuu.. Raya kan sebulan, so tak henti2 ada jamuan dan open house. Semalam (27 Sept 2010), Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM mengadakan Jamuan Hari Raya untuk ahli-ahlinya yang mana terdiri daripada Pengetua-pengetua Kolej, Felo-felo dan Pembantu Felo Kolej Kediaman

Tentatif asalnya menjemput Dato' TNC HEMA, tapi memandangkan beliau mempunyai komitmen lain, tidak dapat memenuhi jemputan IPF. Sebelum menjamu selera, majlis dimulakan dengan MARHABAN dan SELAWAT NABI. Setelah itu, baru la... MAKAN!!! Heheheh :)

Hidangan utama set nasi tomato. Tapi setiap kolej diminta membawa pot luck masing2. Ada laksa Johor, mee rebus, sate, lemang dan rendang, ketupat nasi dan kuah kacang, air mata kucing panas, buaha2an minuman. Mmg kekenyangan. Alhamdulillah~~

Ni gambar jelitawan KTF yang setia menanti makanan. Hohoho..

KTF Best!! Gambar atas: Ayu
Gambar Bawah: Kak Sophia, Sa'a, Anna, Kak Jue




Anna-cakap: Ada lagi Jamuan 2 October ni, pastu open house 3 October... Sila jauhi diri dari penimbang buat masa ni. Hahaha~~

2 comments:

sweetsal said...

bestnye anna makan2 lagi..huwaa ada lagi tu..syoknye, buat masa ni jgn dok timbang badan..kecut perut kang..hehe

annazanariah said...

@ sweetsal... kak sal.. makan syok la kak.. buat masa ni jauhkan diri dulu dari penimbang. agak2 lama sikit baru check semula berat badan. hahaha,,,