Sunday, August 22, 2010

Raya : Dulu dan Sekarang

Sambil minum kopi di PADINNO KOPITIAM, terkenang pula nostalgia raya masa zaman kanak2 Anna dan sekarang. Banyak perbezaan RAYA dulu dan sekarang. Antara yang berbeza dari segi persiapan raya, kuih muih, malam tujuh likur dan sambutan hari raya itu sendiri.

PERSIAPAN RAYA

U all tentu ingat trend gantung kad raya kat wall rumah U all kan? Tak kisah la jenis katun ke, corak2 ke, bunga2 ke.. Sure ada. Yg lagi best kad raya tu adalah pemberian daripada kawan2 (bukan beli sendiri tau). Anna ingat lagi dulu masa zaman sekolah, Anna dengan adik Anna yg nombor.2 tu mesti banding2kan kad raya siapa yang banyak. Bangga tu kalau dapat kad banyak dan cantik2 plus besar punye.. Lalalalaaa~ 


Tapi sekarang takde dah kot camtu. Sekarang dah guna kad raya elektronik. Tak kira la melalui e-mail ke, fb ke, friendster atau sms. Yang penting ucapan tanda ingatan tu. Nilai sentimental pada kad raya mungkin berbeza dengan elektronik, tapi zaman sekarang orang pun faham, nak pos kad raya costing. Sekeping dah kena charge RM0.50 untuk setem. Mungkin untuk yg tersayang je la ada budget. *Tiba2 teringat, kad raya untuk bonda dan ayahanda belum beli*


Persiapan lain pula antaranya memasang langsir, sarung kusyen dan alas meja. Kalau dulu, malam raya baru nak kelam kabut buat itu ini, dengan nak gosok baju, ketupan kat luar tengah rebus.. Wahh.. rindunya saat tu. Sekarang, arwah tok ayah dah takde, tinggal tok je kat kampung yg tak berapa sihat. Jadinya anak2 menantu dia la yg bawak balik serba sedikit untuk juadah di hari raya.


Malam hari raya juga dah dengar takbir hari raya berkumandang dari masjid. Rasa sangat berbesar hati. Kanak2 turut tak ketinggalan untuk bertakbir bermula daripada saat berbuka puasa hinggalah tengah malam. Sangat meriah~

Tapi kini, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, suara kanak2 dan anak muda bertakbir di masjid tidak lagi kedengaran meriah macam dahulu. Nape ye? *berfikir sejenak*


KUIH MUIH


Dari segi kuih muih lak, kalau raya dulu kuih wajib ada biskut makmur, kuih bakar, kuih loyang, kuih kapit, samperit, putu kacang dan hidangan traditional lain seperti dodol dan halua maskat. U all tau ke dan kenal tak nama2 kuih tu?

Sekarang pula, hidangan kuih muih dah mengalami transformasi. Ada Almond London, Blueberry Tart, Oat Chocolate Cookies, dan macam2 lagi la. Anna sampai sekarang kalau raya masih mencari2 kiuh lama. hehehe.. Faveret Anna of course la kuih makmur yang gebu dan manis. Hiks~


MALAM TUJUH LIKUR

Malam yang warna warni dengan cahaya lampu menandakan hari kemenangan bakal tiba. Best sangat. Masa kat kampung tok ingat lagi, bapa sedara akan turut sama tolong buatkan pelita buluh dan pelita daripada tin susu.. Kreatif kan? Yang pastinya malam tujuh likur ni pun ada pertandingan rumah cantik tau. Rumah tok Anna pernah menang. Masa tu Anna dalam darjah empat. Main mercun tak payah cite la. Baik yang muda mahupun yang tua, semua enjoy..

Tapi, sekarang nape cam sepi je. Yang ada budak2 main mercun. Yang ibu2 bapak2 ni lebih senang berada di dalam rumah. Mungkin sibuk menguruskan hal2 lain kan..


SAMBUTAN HARI RAYA

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, maka tibanya hari raya. Hari kemenangan untuk umat Islam yang berjaya menjalani ibadah dengan penuh kesabaran. Dulu, biasanya pagi raya akan ada takbir rumah ke rumah. Setiap rumah automatik akan jadi open house lah.. Terasa sangat kemeriahan tu. Biasanya lepas solat hari raya dan ziarah kubur. Masa kanak2 apa lagi, DUIT RAYA!!! Hehehe..

Sekarang, takbir rumah ke rumah tu dah takde la.. Malas nak cakap sebab ape. Huhuhu. Tapi amalan kunjung-mengunjung tetap diteruskan. Sampai skrg pun even dah besar tetap berkunjung ke rumah jiran2.. sebab semua jiran kat kampung tok tu sedara. Disebabkan dah sama tinggi dengan mak, Anna ikut golongan aunty2 la pergi beraya. Kadang2, rezeki baik still dapat duit raya tau. Wakakakaa~ *Malu*





Kemeriahan raya tahun lepas

Itulah sedikit sebanyak nostalgia raya dulu dan sekarang. Simple je. Kalau nak tau lebih detail kena la beli buku edisi khas yang bakal Anna lancarkan bulan depan berborak panjang la.. Hihihi..

Ada dedikasi khas untuk Padin ni. Banner selamat hari raya. Dengan harapan dapat duit raya extra ye pokcik. Ngeeee~



Hasil kerastangan Anna yang kurang kreatif. Hihi~
SELAMAT HARI RAYA YE... 
MAAF ZAHIR BATIN~

10 comments:

Penulis Rindu said...

salam...dulu malam raya kita takbir sampai jam 1 pagi..sekarang ni setakat jam 11. malam ..lps tu balik rumah

sweetsal said...

kuih makmur tu memang feberet akak jugak..sedap n gebus sgt..kuih tu paling cepat laku time raya..kuih moden tu almond london terbaek kot..sekejap ja dh lincin, mkn pn kena sorok2 gn anak..hehe

annazanariah said...

abu lukman.. tu la.. anna takde pengalaman la bertakbir di masjid. cuma boys la gi sama. adik2 anna dulu camtu la. kul12 baru la balik rumah. tu pun sebab org kampung suh balik tido. kalau tak sampai k pagi la.. tapi sekarang dah takde.. betul la.. sampai kul 11mlm je.. lain sgt kan..

kak sal.. hehehe.. nak kuih makmur.. nyummy.. raya ni mesti akan ada juga... amboi kak, sampai kena sorok2 gn anak2 ea. hehehe..

Ellen said...

review terbaik anna..jum hantar kat magazine ker atau ke mana mana...caya lah....ellen juga suka giler ngan kuih makmur 2..pecah2 dimulut oh alangkah nikmatnya...duiiii..

harap2 ada juga orang sudi kirim kuih dodol ker ngan ellen di sabah..wakakak....

mesti dpt duit raya ni..kalo x dpt...hmmmm...padin..jumpa ellen..hahhaaaa..[gurau]

Padin said...

hehe alamak ellen mau buat apa hehe larikkkk..

err gudluck, anna hehe

XYZ said...

wahhh anna hohoho malma tujuh likur pon ade gak owhhh =)

CIK TOM said...

kuih makmur best!!good luck anna :)

annazanariah said...

wahhh.. ramai peminat kuih makmur rupanya. anna nak kena belajar buat kuih makmur yg gebu ni. pernah buat, tapi tak berapa jadi. senang retak. tak syok.. misi raya kali ni nak buat kuih makmur la.. hihi..

Padin said...

kuih raya gebu ke kuih tembam miahahah

annazanariah said...

PADIN...!!! Nak kena serang ke? Ellen.. Jom kita kasi bom warung padin.. Huh!