Friday, July 09, 2010

Pelancaran Kelab 1 Malaysia di UTM Skudai


Sedar tak sedar, dah seminggu berlalu MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA (MTM) di UTM, Skudai... Banyak program dan pengisian yang berfaedah dan berinformasi telah diatur untuk membantu mahasiswa baru melakukan transformasi diri mereka. Seiring dengan transformasi ni, UTM juga telah memperkenalkan DASAR PEMBANGUNAN MAHASISWA (DPM). Dasar ini adalah berasaskan kepada 7 nilai teras iaitu proaktif, berdikari, integriti, kompetitif, berbudi mulia, bekerjasama dan tabah



Anna tertarik untuk berkongsi salah satu pengisian yang sangat bermakna, iaitu pelancaran KELAB 1 MALAYSIA oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ucapan yang diberikan amat memberangsangkan. Majlis juga diselitkan dengan pelancaran buku MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI yang ditulis oleh Prof. Dr. Mohd. Tajudin Bin Haji Ninggal (TNC HEM&A)






Lintas langsung dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai: Ucaptama oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siaran ini juga turut ditonton secara langsung oleh mahasiswa daripada UTM International Campus, KL (teknologi di hujung jari~).



 

Upacara pelancaran buku MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI.





Sorakan 1 MALAYSIA! bergema dengan penuh bersemangat.. Ada kolej yang menyediakan bendera Malaysia, sepanduk 1 Malaysia dan juga logo 1 Malaysia. Meriah~





Macam biasa, mesti nak bergambar.. Rasanya U all kenal kot sape gadis2 ayu dalam gambar tu... Hehehe.. Ni la buku yang dilancarkan tadi. Diedarkan secara percuma kepada hadirin yang datang pada malam ni. Bertuahnya kan? :)





Bacaan IKRAR SETIA MAHASISWA. Dipimpin oleh Saudara Mohd Zaki (Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, UTM). Credit to Cik Liyya for taking dis pic! :)






Eh! Kenapa ada gambar ni? Lalallalaa~ Nak enter-frame jgk ni.. Maaf ye gambar agak kurang berkualiti. Ape2 pun, posing tetap adoooo... hihihi..



Oh ya, before bersurai, macam biasa akan nyanyi-nyanyi kan? So, ada dua lagu yang dinyanyikan. Pertama: Perpaduan Bangsa (nyanyi je walaupun lirik tak berapa hafal lagi), then lagu UTM iaitu KEUNGGULAN TERBILANG (ada sedikit perubahan kat lirik memandangkan UTM dah berjaya dinobatkan sebagai RESEARCH UNIVERSITY).. Alhamdulillah...~
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom tengok lirik KEUNGGULAN TERBILANG... 



Bersama kita menjulang

Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Pengajaran penyelidikan
Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa...~


Proud to be UTM's student... (^_~)


4 comments:

Mustaffa Khairul Azzam said...

oh..dah ade kelab baru erk..wah best best...

oh...baru ku tahu ade pembaharuan dlm lirik lagu keunggulan terbilang tue...patut la laen macam jer bunyinyer... :)

annazanariah said...

semalam baru dilancarkan kelab ni serentak antara Skudai and KL. Simbolik dia bagi kad besar kat Timb Menteri.

Lirik tu baru je tukar diorg cakap. Anna pun kadang2 tersasul lagi nyanyi lirik lama.. :)

Kasih Suci - Mama Damia said...

yezza..i'm proud to be UTM's student (",)

tehr said...

moga sis dapat cipta kecemerlangan nanti
insyaallah