Tuesday, June 29, 2010

'FIFA World Cup Trophy' Versi Asal dan Replika


Salam.. Dah beberapa hari Anna tak menulis entri kat blog ni. Kalau buka pun juz blogwalking, baca entri kawan2 and komen2 entri.. Paling tak pun jenguk2 dan belek2 gambar dalam album kawan2.

So, petang ni, sambil2 Anna tgk cite ILUSI kat TV3, Anna terfikir nak cari info tentang FIFA. Nak kata minat tu, tak jugak la,, tapi still ikuti juga. Maklumlah kat rumah Anna kan hero2 belaka. So, diorang mmg stay tunggu tgk bola. Anna pun terkena tempiasnya bila diorang asyik borak2 pasal bola.. Kat rumah tu siap ada jadual untuk LIGA FIFA WC ni.. Sebesar2 alam bertempek kat dinding tu..~


Rasanya masih belum terlambat untuk Anna berkongsi tentang TROFI yang akan diberikan kepada JUARA.. Fakta2 ni sgt menarik. Bagi Anna, info ni mmg baru la kot. Tak penah tau pun sape pencipta, sape presiden, sape yang mula2 dapat trofi ni.. bla bla bla....~ heheh.. so, jom kita baca sama-sama... co0l~



Dari tahun 1930 hingga 1970, Jules Rimet Trophy merupakan trofi utama Piala Dunia. Sebelum itu, trofi yang direka oleh pengukir Perancis itu hanya dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde. Namanya ditukar kepada Jules Rimet Trophy pada 1946 bersempena nama presiden FIFA, Jules Rimet yang merupakan pengasas Piala Dunia. 


Trofi Piala Dunia disampaikan kepada juara kejohanan itu tetapi bukan untuk disimpan. Ia hanya diserahkan secara kekal kepada mana-mana pasukan yang pernah menjadi juara Piala Dunia sebanyak tiga kali. Pada 1970, Jules Rimet diserahkan kepada Brazil. 

Selepas 1970, trofi baru telah dicipta. Sebanyak tujuh buah negara dan 53 model trofi diperkenalkan. Akhirnya trofi ciptaan pereka Itali, Silvio Gazzaniga telah dipilih dan ia dikenali sebagai trofi Piala Dunia FIFA. Trofi yang diperbuat daripada emas padu 18 karat ini mempunyai ketinggian 36 sentimeter dan berat 4.970 kg.

Trofi Piala Dunia FIFA yang asal kekal dalam simpanan pertubuhan itu dan tidak diberikan kepada mana-mana pasukan - tidak kira berapa kali mereka menyandang gelaran juara. Pasukan yang menjadi juara Piala Dunia hanya menerima replika trofi itu yang bersadur emas.


4 comments:

Anonymous said...

oooo...thanks for info anna..rajin nya cari...baru ejum tau...yg terima tu bukan trophy sebenar..hnya replika eh..hehe..ok2..thanks

sweetsal said...

waa..anna minat jugak bola yer..kita tak minat..hero sorang kt rumah tak tidoq malam tgk bola..hehe

annazanariah said...

hehehe.. anna pon baru je tau.. ada terbaca kat megazine.. so share la kan.. ada sumber cakap, piala asal yg emas padu tu dah dicuri dari simpanan. then tak dapat balik dah la.. agaknya dah kena lebur kot.. jadi kayooo la camtu.. ngeh3~

annazanariah said...

sweetsal~ akak... anna minat jgk la.. tp bukan faham sgt pun. minat sebab football player yg ensem2 kot.. hahahhaa...