Thursday, June 24, 2010

Bidaan RM66,550 telah menjadikan KCT 1 milik Dato K



Wahhh.. Bayak betul duit dato' K. Sanggup berhabis demi dapatkan KCT 1. Bagi orang yg berkemampuan mmglah cakap berbaloi. Bagi yang gaji-cukup-bulan-habis ni camne? dah boleh buat beli kereta sebijik lagi.. Hohoho...




ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sah menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 selepas memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran itu dengan nilai bidaan RM66,550, semalam.

Nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dipaparkan sebagai pemenang bagi bidaan nombor pendaftaran itu dalam senarai dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, di sini, semalam.

Nama Datuk K dengan nilai bidaan paling tinggi antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

Akhbar ini kelmarin menyiarkan Siti dikatakan antara pembida utama nombor pendaftaran KCT 1 yang dikatakan mempunyai gabungan nama beliau dan suami. Bagaimanapun, akhbar semalam menyiarkan penjelasan Siti bahawa nombor itu sebenarnya dibida Datuk K serta menafikan mereka sanggup menghabiskan wang sehingga RM100,000 semata-mata untuk membida nombor pendaftaran berkenaan.

Difahamkan, bidaan bagi nombor pendaftaran itu sudah dibuat minggu lalu sebelum senarai pemenangnya ditampal di beberapa papan kenyataan di pejabat JPJ Kedah, di sini, semalam.

JPJ menetapkan harga minimum tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000.


dari-kaca-mata-Anna: Hmmm.. apa salahnya bagi membuktikan cintanya kepada Dato' CT. Kalau U all ada duit banyak sanggup tak? rasanya berbaloi ke...?

4 comments:

Badrul Hafiz said...

huiyoooo..... dasat2...
bg kt eden beli myvi sebijik pon ok dah...

annazanariah said...

huhu.. tu la pasal.,, takpun bg biasiswa ket den ni ha.. buek boli buku, ado pekdahnyo..

Kasih Suci - Mama Damia said...

perghhh...membazir betul la diorang ni...banyak duit la katakan...huhuhu

annazanariah said...

apa boleh buat.. duit melimpah kowt... hehehe..