Wednesday, June 16, 2010

Bakti Siswa di Chenor Pahang~

Hye....~

Rasanya dah lama Anna peram gambar2 program Bakti Siswa ni (4,5 & 6 Jun).. Hehhehe.. Biasalah, bertangguh. Jari ni keras lak nak menaip n mengarang.. But, hari ni Anna share jgk lah. Mana tau ada antara U all yg mmg plan nak organize program camni, boleh la amik idea sedikit sebanyak kan? So, kita layannn....~

Program BAKTI SISWA a.k.a Program Anak Angkat ni dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, KTF, UTM. Peserta asalnya 50org, but last minit ada yg terpaksa tarik diri sebab ada hal yg tak dapat dielakkan, so yg konfem 45orang sahaja. Pengiring 6 org and sorang photographer. Idea asal nak join venture dengan BERSAMAMU TV3, but ada hal yg tidak mengizinkan, jadinya kami proceed dgn perpindahan teknologi je la sebagai main course semasa perasmian nnt... Kg yg indah ni namanya Kg Huma Luas, Chenor, Maran, Pahang.. Let's check out da photo~


Yg kat atas tu masa kitorg singgah Subuh n rest kat R&R Gambang. Breakfast roti n air kotak. Betulkan balik urat2 n otot2 yg lenguh setelah melalui lebih kurang 6 jam perjalanan (bertolak kul11pm dr UTM, sampai sini kul4am). Dalam bas mula2 bising je, masing2 xcted nak jadi anak angkat, then dah lebih kurang separuh perjalanan, masing2 dah tertido.. Paling bestnya, ketibaan kami disambut mesra oleh penduduk kg. Ada ucapan2 n penyerahan anak angkat. Kami yang jadi pengiring ni tak merasa lah jadi anak angkat. Huhuhu.. sedih.. :O


Yang ni lak pada malamnya.. Kami beramai2 menolong kat rumah kenduri. Actually kendurinya hari Ahad. So, malam ni kami tolong untuk pasangkan bunga telur la.. Best.. ^_^.
Mmg kecoh betul sebab saling usik mengusik. FYI, antara ramai2 peserta Baksis ni, ada 3 org non-muslim. Diorg bertiga ni punyelah excited tolong buat bunga telur. 1st experience kata diorg. Hehehe..


Ni antara fasi yang terlibat dalam aktiviti kat sekolah SK Sekara. Aktiviti ni pada hari kedua. Terbahagi kepada tiga group, iaitu group sekolah menengah, sekolah rendah and pelukis mural. Mmg co0l lah~ So far, alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar dan mengikut plan.


Haaa.. yg ni plak masa sukaneka bersama penduduk kampung dan family angkat sejurus selepas aktiviti di sekolah tamat. Wahhhh~ tak sangka sambutan yang begitu memberangsangkan. Sampai ada 10 group yg bertanding. Mmg happening beb! Sampaikan urusetia sukaneka pun pening nak tentukan pemenang. Hahahah...Antara game yg ada: menganyam ketupat, isi air dalam botol, minum air kelapa, tiup belon dan cari gula2 dalam tepung.


Selamat hari raya...! Oppss... Heeheheh.. Macam gambar family masa raya kan? Ngeh3~ Ni sebenarnya parent angkat peserta Baksis bukan family angkat kitorg. Tapi dengan baik hatinya beliau suami isteri menjemput kami ber-7 yg takde family angkat ni sarapan kat rumah ni.. Terima kasih.. baiknya pakcik Jamal n wifenya.. dalam gambar ni tak cukup sorg sebab photographer malu2 kucheng nak bergambar bersama.. :p


Ni la gambar kami pengiring2 yg kiut miut.. Actually kami berempat ni pembantu felo kolej. Posing skit before gi malam kebudayaan. Malam kebudayaan buat kat depan bilik gerakan JKKK. Persembahan dari peserta BAKSIS: koir and boria. Persembahan dari wakil Kg Huma Luas, nyanyian oleh ketua kampung. Class gitew~. U all tau, malam tu hadiah cabutan bertuah sangat banyak. Anna doa2 je dapat, tapi takde rezeki mlm tu, tak bertuah. Hahahah...



Sape kenal awek cun yg bergambar dengan Anna tu? Hehehe.. Tu la cik Kasih... Ni bergambar dalam Bilik Gerakan JKKK before perasmian penutup program pada hari last. Hari ketiga.


Posing ramai2 before peraasmian penutup. Majlis penutup akan dirasmikan oleh YB Dato' Tan Aminuddin. Antara VIP lain yang datang termasuklah wakil daripada UTM, pengarah Alumni UTM, dan ketua kampung. Majlis penutup diselitkan juga dengan penyerahan semula anak2 angkat oleh penduduk kg kepada UTM. Sob3.. sedih.. sekejap sgt dah 3 hari~


Bergambar ramai2 pas menikmati hidangan tengahari yang mengujakan. Hihihi.. Sedap betul masakan selera kampung. Ada ayam kampung masak merah, Gulai terung, ulam2an, ikan goreng, dan yang paling best ikan patin masak tempoyak. Bertambah2 Anna makan.. Wakakaka~


Lagi posing daripada kami.. Hihihi.. cantik sgt pemandangan kat kampung ni. Maklumlah kampung baru. Tak tercemar oleh pencemaran lagi. Udara sgt segar, pokok2 menghijau.. Sukeeeeee~


Anak sape la ni.. hihihi.. Ambik kesempatan melawat kawasan sambil posing.. Ntah apa2 je kan.. Biarlahhhh..



1...2...3... Lompat! hahahah.. Ni lah gelagat kitorg masa hari last. Masa untuk pulang.. Ada macam2 perasaan kot masa ni. Nak tau kena la interview diorang kan?


Uikss... Nampak kepala je.. Salah satu banner yang ada. Actually ada tiga banner. Tapi Anna upload yg ni je la ek.. lalalalalalaaa~


Sayonara.....~ Semangat satu Malaysia ni.. Masa ni masing2 anak2 angkat bersalam dengan family masing2. Hujan air mata pun membasahi tubir mata.. Huhuhu.. InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki berjumpa lagi..

Nota kaki tangan: Overall program ni BEST. Walaupun 3 hari je, tapi banyak experience yang diperolehi. Semoga dapat anjurkan program yg best2 lagi meletop lagi pas ni.. Thanks to all samada yg terlibat secara langsung atau tidak langsung~ Kalau nak tgk gambar yang punyalah belambak tu boleh view kat fb. Add Anna ye: sitizanariah_307@yahoo.com. Zassss~

1 comments:

Zeenathul Azreen said...

Salam. Hai akak, saya Zeenathul Azreen, dr UIA. Blh sy dapatkan contact no. sesiapa urusetia program ni? Mcm menarik je tempat ni. Harap dpt membantu. :D Thanks akak. Wassalam.