Sunday, June 27, 2010

Alor Setar - UiTM Arau - Kangar - Tasik Melati - Gua Kelam - Alor Setar

Salam 1 Malaysia...!

Hari ni Anna nak story ke mana Anna menghilang sepanjang hari semalam dari pagi sampai malam.. *perhatian, entri ni agak panjang sebab nak story the whole day, maleh nak buat part by part.. Kalau taknak bace pun takpe, seyes tak majok.. hehehe*

Actually semalam Anna and family gi hantar adik Anna yg no-2 tu register di UiTM Arau. Perjalanan dari Alor Setar ke Arau lebih kurang 2jam. Sebab kami tak lalu highway. Kami memulakan perjalanan pada seawal jam 7.15 pagi. Kalau lewat nanti Q panjang lak kan..

Sampai di UiTM lebih kurang jam 9am.. Masa tu kereta dah Q dari luar pintu gerbang UiTM lagi. Dah agak dah, tentu ramai lagi yg datang lebih awal walaupun pendaftaran dikatakan bermula jam8.30am. Matahari memancar terang membuatkan peluh mula terhasil.. Eh, ayat novel lak. Maaf~ Hihi..


Berbaris dulu untuk naik bas ke kolej kediaman masing2. Parents juga turut merasa orientasi. Hahaha.. Dengan barang2 yg maha banyak, peluh dah menjejes, ada family yang 'pandai' potong Q, mcm2 gelagat lah.. Pendaftaran akan dibuat di kolej, so mmg la sanggup beratur sebab kalau lambat susah lak kan.. Actually Adik Anna (Amin) dapat dah kunci bilik masa enter main gate tadi. Kiranya gi kolej nnt boleh terus masuk bilik la. Owhh~ panasnya...!


Tadaaaa...! Ni la AMIN.. Yang kat belakang dok senyum lebar tu adik Anna yg 1st. Boleh jumpa blog dia kat SINI.. Amin dapat kursus DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM. Ni first time dia duduk asrama. Ngeh3~ kali ni perlu la berdikari ye dik. Mujur dekat je. Senang nak balik umah nanti..




 

Adikku yg bongsu dah penat and ngantuk sebab beratur panjang. Dah hampir 30 minit kot beratur ni. Cian dia awal2 pagi dah kena kejut suh tolong masak. Tapi dia tak bangun pun.. hehhehe..


Masa ni dah siap daftar. Ni la blok Amin. Perut dah lapar bangat nih! Lepak2 dulu sambil berkenalan ngan roomate dia. Satu bilik 3 org. Kebetulan ketiga-tiganya org Kedah. =)



Anna pun tak ketinggalan untuk bergambar,,, hahaha.. Note: Adik Anna tu tipu, beliau tak setinggi itoo okeyh~ Perut dah lapar.. Jom makan...!


Jalan2 cari pasal port makan kat TASIK MELATI. Bawa bekal tu nak picnic. Tapi port depan2 dah penuh la.. So kami lepak kat area playground.


 

Finally dah jumpa port baik punyeee...! So, apa lagi.. buka la bekalan yg dibawa.. Ada mushroom spegeti, bihun goreng, nugget, buah2an dan grape juice.. Kalau dah lapar tu, semua sedap kan..




Wajah2 yang Anna sayang~ Bergambar dengan hepi sebab perut dah kenyang.


Bergambar kenang2an before meneruskan perjalanan. Pasni akan ke Gua Kelam. But before tu kena hantar Amin ke UiTM dulu. Orientasi start kul 3.30pm. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti..~



Yeay! Dah sampai GUA KELAM.. Aktiviti picnic diteruskan. Adik Anna yg bongsu aje bersemangat nak mandi.. heheh.. excited jumpa air. Masa ni hanya ada Anna, mak, ayah and adik dua org. Amin dah memulakan aktivitinya di sana.. Hihihi.. next time la datang lagi bawak Amin. Sambil tunggu adik mandi, kami makan bekalan yang dibawa. Sebab mmg dah plan nak singgah mandi kat sini. So menunya: Sandwich tuna! Nyummy.. Sedap..

Sampai sini dulu story Anna. rasanya ni adalah 1st time Anna bercerita tentang family kat blog ni. Actually Anna ada lagi sorang adik form 5. Tapi sayangnya tak dapat ikot sebab beliau dah kembali ke asrama di Sek Men Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Kebetulan je last week balik asrama sebab dah habis cuti sekolah..~

dari-kaca-mata-Anna: Hope U all tak pening2 lalat baca story ni.. Juz for fun untuk berkongsi.. Daaaa~








9 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

wah wah wah dier nye bekalan bukan main bnyk lagi ye...cam berkelah tu agenda utama plak..hehehehe...sure hepi kan ble dah berkumpul ngan family camtu..(",)

annazanariah said...

hahha.. jarang dpat berkumpul tau.. mesti ada yg missing jgk. ni pon kurang sorang. tu yg ralat sgt. kalau dulu diorg g picnic mesti tanpa ANNA! Adik pun asek komplen kakaknya bz dgn aktiviti U je.. huhuhu.. Kali ni dapat jugak join..

sweetsal said...

wah best sambil antaq adik sambil mkn angin..syok nya..nampak spageti tu sedap pulak..

Faiq Roslan said...

uitm arau sgt best. pengalaman 3tahun kt sna mmg sempoi. sy spatutnya jd oc ari tu. tp x p pun. haha.. DPIM,DSG n sportrec plg meriah kt sna =D

annazanariah said...

sweetsal: ala.. akak pon best jgk.. pas hantar anak ke uitm, singgah makan McD kan? hehe.. spegeti ekspress je kak. pagi tu masak kalut2.. huahuahua..

annazanariah said...

F-Cicak: dulu kos ape? OC tu ape maksudnya? Anna pon terlibat dengan urusetia sabtu ni.. student baru masuk 3hb. orientasi 4 hari je kot..

nurul said...

tahniah tuk adik awk..
adik saye kt uitm machang..
baru pas anta gak..
fuh ramai gile manusia kt sne..huhu

Connecting With My Own Soul said...

tahniah jugak utk adik. :))
semua adik lelaki ek. huhu.
bagus2. bole protect kakak. hee..

singgah blog saya kalau ada masa ye. hee. thanx.

annazanariah said...

mar: TQ~ adik mar lelaki ke ppuan? dia amik kos ape? kalau kos 3 thn, nnt diorg boleh grad same2 la kan? kat shah alam.. hehe..

izyani: tu la beruntungnya anna semua adik boleh buat kawan. diorg mmg best buddy tau. Ok.. nnt anna singgah~